CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Saturday, June 30, 2012

keutamaan dan kepentingan


subhanallah lama sungguh tak update >_< hari tu entri pasal pilihan..hmm sekarang ni kan, aku tak suka cakap yang aku sibuk..tahu tak, tak ada 1 manusia pun dalam dunia ni sibuk...alasannya senang je, ni bukan soal sibuk, ni soal keutamaan..PRIORITY..kepentingan..bermakna, kalau anda mengatakan yang anda sedang sibuk dengan kerja anda, anda sedang mengutamakan kerja anda daripada orang yang bertanya tadi..uuuu tak faham?

berbalik kepada tiada 1 manusia pun yang sibuk...oh dalam masa masa sibuk anda tu anda sempat makan, minum, tidur bukan? haha anda tidak sesibuk mana pun kalau masih boleh makan, minum dan tidur..nak betah kenyataan itu? silakan...itu keperluan harian, sudah semestinya tidak boleh ditinggalkan....ye..

dalam kesibukan anda dengan kerja, anda sempat bersosial di laman sosial terkenal, sempat berbalas komen, like, retweet dan sebagainya..dalam kesibukan anda dengan kerja, anda sempat call dan message boyfriend girlfriend, sempat tengok bola, sempat pergi kenduri kahwin dan sebagainya...hahaha sibuk la sangat....uuuuu penipu!

anda cakap anda sibuk buat kerja sekolah, namun pada masa yang sama anda masih bersosial di laman sosial..keutamaan anda di mana tu? sedang menghadap laman sosial bukan? maka keutamaan anda yang tertinggi pada masa itu merupakan LAMAN SOSIAL, bukan kerja sekolah anda..nampak tak?

anda sedang sibuk menonton tv, kemudian azan berkumandang...terdetik dalam hati anda kejap lagi la baru solat lepas rancangan tv habis..di mana keutamaan anda pada ketika itu? panggilan menyembah Ilahi atau rancangan tv? astaghfirullah, rancangan tv menjadi keutamaan tertinggi kita daripada Tuhan Yang Maha Besar

jadi, bila seseorang mengatakan ia sibuk, tak sempat nak berbual, tak sempat nak berjumpa, kita tahu kedudukan kita di mata dia di mana..mungkin tempat kedua, ketiga dan mungkin juga yang terakhir..sedih bukan? fikirkan perasaan ibu ayah di kampung..fikirlah tentang kedudukan tuhan di hati kita..fikir


psst~



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, June 18, 2012

melampau!

salamunalaik..sebelum cerita pasal tajuk, apakah? semua orang kata aku sedih, gara-gara entri lepas?? oh TIDAK, tidak sama sekali..okay, ada la barisan ayat yang agak menyayat hati...itu 1 tahun yang lepas..sekarang, okay je..cuma maksud kesedihan tu sebab silaturrahim yang dah terputus, tambah-tambah, aku yang putuskan..(sila rujuk psst~ entri ini) nangis sebab dosa itu..semoga Allah ampunkan aku :(

ok..hmm susah nak cerita..orang kata kalau cerita, aku ni jadi pembawa cerita..aku tak mahu dilabel begitu..selama ni aku diam, tapi dah melampau, kurang ajar..aku tak pernah label orang kurang ajar sebab bila kena label kurang ajar, yang kena tempias mak dan ayah serta cikgu..bukan salah mereka kankankan? :(

entah la..orang tak tahu cerita sebab aku jenis berdiam..orang cuma dengar hanya di sebelah pihak dan mula buat spekulasi sendiri..orang mula fikir, oh, dia ni yang bersalah, oh dia ni yang teruk bla bla bla...cuba orang tu tanya terus pada aku, tanya aku ni, bukan tanya orang yang tak tahu cerita..

tapi biar la apa orang nak kata kan? biar di mata orang kita ni jahat, kita ni keji, kita ni hina, yang busuk semuanya kita..tapi Yang Maha Melihat dan Yang Maha Mengetahui tahu kebenarannya..terpulang apa orang nak menilai pun sebab orang lain tak mengalami..rasakan sendiri, baru tahu macam mana kan? aku redha..harap 1 hari nanti Allah tunjuk semuanya, tunjukkan kebenarannya.


source


psst~ jangan jadi manusia yang kat depan orang, pijak semut pun tak mati..tak bahagia..
kalau kita terpaksa menunjukkan kepada orang yang kita sedang bahagia, kita belum bahagia..kalau kita bahagia, tak payah cakap/tunjuk pun orang boleh nampak sendiri kebahagiaan kita :)

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, June 14, 2012

macam mana nak "move on"?


salamunalaik..aku mengantuk..huhuu saje masuk belog jap..rinduuuuu..masih sibuk..tapi aku selalu ada kat twitter..ye ye budak perempuan ni tweet 24/7 kecuali bila tidur haha..okay, nak share ni..bukan senang nak move on...aku sendiri pun masih dalam proses move on..alahaii padahal dah lama gila..setahun lebih nak masuk 2 tahun dah.. >_<


hmm tak mampu nak ulas panjang..aku tau malam ni tidur dalam keadaan tak berapa nak terurus..sedia towel comel tepi bantal..tak mampu nak beli tisu dah..jujurnya la kan, aku dah buat dah langkah-langkah kat atas, tak berkesan pun..haha


psst~ satu cara nak berada dekat dengan orang yang kita sayang, kita jadi kawan dia..
tapi nak jadi kawan pun dah tak mampu...

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, June 10, 2012

kebiasaan yang masih berlaku


salamualaikum, dah lama terperap draft ni..aku fikir publish je la..wouldn't hurt anyone right? tak tahu kenapa nak tulis entri ni..anda tak payah baca kot, nanti menyampah rasa nak marah aku..ni untuk simpanan diri sendiri..ni kali terakhir..ever!

kebiasaan yang masih berlaku:

1. masih terbangun antara jam 0115 -0130 kalau aku tidur awal..entah mengapa..dulu terbangun sebab kadang-kadang waktu tersebut dia call, minta teman dia duty..sekarang, kadang-kadang masuk tidur dalam waktu macam tu jugak..tak ada la terbangun..kankan?

2. kalau berlaku sesuatu ke atas diri budak perempuan ni, capai fon, nak text dia mengadu hal (haha kuat mengadu) aku kan cuai..jatuh katil la, jatuh longkang, jatuh tangga..langgar macam-macam..mengada kan nak text dia bagai? sekarang, capai fon dan text, send..bukan kat dia..kat kawan..number dia tak ada dah..paling sadis, bila siap text, delete balik :(

3. bila tak boleh tidur, duduk tepi tingkap atau duduk kat balkoni hostel..saje amik angin, tengok bulan ataupun bagi makan nyamuk (eeee haha!) tiba-tiba mesti dia call...macam tau je dia kan? sekarang, tak boleh tidur, buat jugak benda yang sama tapi seluruh hati dan mata pandang ke fon je, tunggu dia call..sadis? yes..

4. bila hari kita cuti, dia kerja! suka bagi support kat dia ..sekarang bila hari cuti, tahu dia mesti sedang bekerja sambil lewa..hurmm

5. kalau hari hujan atau berserta guruh, main hujan kena bebel dengan dia macam mak budak suruh mandi la apa la..sekarang, main hujan pun dah tak best macam dulu

6. bila ada filem P.Ramlee Sarjan Hassan, beria duduk depan tv tengok sebab ada favourite scene kami..part naik kereta api tu, lagu tunggu sekejap dan macam-macam lagi..tersengih sorang bila teringat masa dia dah nak pergi latihan, dia buat drama sarjan hassan pulak..masa tu gembira rindu sedih bangga bercampur baur..sekarang, entahhhh

tak mampu nak sambung la...

**font warna ungu ni aku tulis hari ni.


psst~ i just ended it..all..everything..on the very same day we started everything 5 years ago..nothing more..not even friendship..
berdosa putuskan silaturrahim
*ketap bibir tahan nangis..tidur*



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, June 8, 2012

saya budak pandai??



salam jumaat kawan-kawan..sedang berusaha menghabiskan membalas jejak..sibuk sampai rasa tak boleh bagi komitmen kat blog..dulukan mana yang penting la kan..sibuk dengan pelajaran tak apa kan? kalau sibuk benda lain, payah la nak jadikan alasan..haha maklum la, susah sikit jadi budak pandai kat sekolah ni..eh ye ke budak pandai?

tahu tak nak pegang title "budak pandai" ni berat? zaman sekolah, cikgu la suka panggil budak pandai..mungkin untuk beri semangat kepada si budak pandai dan kawan-kawannya..yang betul-betul pandai tu lain la kan..kacang aerobik je jawab soalan periksa..huhuu

aku? sekadar dapat 2-3 A je kalau exam..tu pun dah syukur alhamdulillah..bukan tak pernah berusaha cuma mungkin kurang berusaha..kalau lebih sikit usaha tu mesti berderet A dapat kankankan? setakat PMR boleh la..alahai budak perempuan ni..tahu tak, zaman sekolah aku banyak silap buat keputusan, silap perhitungan, silap segalanya..

lepas PMR, minat aku ke mana, belajar pun entah ke mana...aku minat elektrik..suka sangat pateri papan elektronik..berbanding dengan kawan-kawan lain, cepat je siap kerja memateri..aku minat kemahiran..aku minat biologi, suka baca pasal sistem badan manusia..aku minat pelajaran agama, suka tahu tentang hukum dan sebagainya..boleh mohon masuk sekolah teknik amik elektrik, boleh terus ke SBP tu sambung kedua-dua aliran agama dan sains

tapi, yang dipilih stay di sekolah harian tu..lepas SPM, macam-macam jugak tawaran belajar..ipta dan ipts, universiti itu dan universiti itu, kolej ini dan kolej itu..tapi yang dipilih, stay di sekolah harian itu..lepas STPM, tiada tawaran ipta, yang banyak cuma ipts...alahai kesian budak perempuan ni..boleh je buat rayuan tapi tak buat..ego??? astaghfirullah..

sekarang, tahun akhir, semester akhir..aku sibuk dengan projek ni..pointer? boleh la..tapi nak dapat sijil ijazah kelas pertama sangat susah..tepuk dahi setiap kali dapat result..aku berada di kelas kedua atas je sekarang ni..orang kata swasta senang dapat result bagus, tapi bukan kolej universiti aku..bukan kalau anda amik ijazah sijil luar negara..nope nope nope..

doakan budak perempuan ini berjaya? :')


psst~ 




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, June 4, 2012

putih salji dan pemburu

salamunalaik..dah lama nak up ni sejak balik daripada MBO hari sabtu lepas tapi hari ni baru up..hehee..tiba-tiba nak pergi tengok kat MBO terminal 2 seremban..huhuu aku dan housemate memang aim nak tengok Snow White sebab hari jumaat lepas kami tengok Alice in Wonderland kat tv3..mood fairy tale je kan..

pelik kan? Snow White and the Huntsman..selalu Snow White and the Seven Dwarfs..versi kartun punya..versi orang mesti la nak romance cintan cintun kan? huhuu siapa yang minat fairy tale sila pergi tengok cerita ni..cerita ni mula macam mana permaisuri ni dapat ilham nak namakan Snow White yang cantik, rambut hitam bla bla bla la kan...tak lama selepas Snow White dah besar sikit, permaisuri mati..raja pulak kahwin dengan perempuan lain..nama Ravenna..Queen Ravenna ni cantik jugak..pandai produksi filem amik pelakon..huhuu


siapa Snow White? ni yang berlakon dalam Twilight tu..Kristen Stewart


jadi, ada la adegan "Mirror mirror on the wall, who's the fairest of them all?" cermin tu cakap la Snow White..Ravenna pun geram la nak bunuh Snow White kan..dah macam cerita Harry Potter pulak rasa sebab yang bunuh mesti Queen Ravenna atau Snow White yang bunuh, satu sama lain..atas kebongokan adik Queen Ravenna, Snow White terlepas daripada kurungan dan melarikan diri ke Rimba Gelap(?)..Queen Ravenna pun upah Huntsman (pemburu) untuk tangkap Snow White..tapi pemburu tu baik la jugak..maka terjadi la pengembaraan Snow White melintas Rimba Gelap dengan si pemburu..


alahh aku malas la nak cerita panjang..plot twist-nya dulu masa kecik Snow White ada berkawan dengan anak Duke, William..tapi Willian terlepas daripada Queen Ravenna..dah lama la tak berjumpa katanya..rupanya dalam diam si pemburu macam jatuh hati pada Snow White..bukan William adehh

okay ada babak makan epal dan Snow White pengsan tu, ada orang kerdil angkat Snow White tapi tak jatuh pun! aku geram di situ ye..Snow White bangun balik bila si pemburu kiss Snow White..adehhh dah macam sleeping beauty je dah..lagi, Snow White ikut berperang dan dapat bunuh Queen Ravenna..versi kartun aku tak ingat ending macam mana..

keseluruhannya, best! 7/10 aku bagi untuk Putih Salji dan Pemburu




psst~ forgetting him is not as easy as knowing him..willing him to go is a lot tougher than the second you wanting him at the first time :(

MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, June 1, 2012

Dear June....

minta maaf banyak-banyak..huhuu lama tak update..almaklum la, aku dah final year second semester ni >_< ada projek pulak tu..aiyaaa memamg akan jarang-jarang la update..aku nak taip dalam BI ni dah..dalam BI je diari la

Dear June, we meet again...it's been a rough May and thank goodness it ended...quite well i think..June, remember how excited I was few years back when you were coming? the first day, second, third until the ninth..and then tenth..because it is the start of everything..you remember?

it was as if yesterday, when the stupid phone was under my elbow and how this right elbow pressed the green button on the phone accidentally..the beginning of everything..my favourite moment..one of my absolute favourite moments

yeah, it was years back..it just triggers the memories back when you come around, June..i've just realized, what happened on last May..we both know the fact..the fact that i still have this feelings and we both didn't even know why or how..that has happened, we've become strangers..plus, someone really put us on the stage of strangers..i don't understand why she did that..insecure? maybe...

we are strangers with a past..and what happened in May made me realized that i don't miss you..i miss the way you made me feel..calling me by my name, telling and advising me like you used to, make me feel safe when you're around..the moment you said sorry, the pain was gone..i was longed to hear it from you..

at least i know he's okay, alive and well..physically..not that i known of his heart though..but i know he's fine..i love him enough that i want that..very much..i want him to have what's best for him..i want him to change to what he is supposed to be, like before..it just that, i wish i am around to see all that..praying night and day, so that he comes to his senses, realizing that he has wasted too much time...

i won't come back for you..with you..but i can't confirm anything..nope..





psst~ 
kalau ada masa kita, ditakdir yang Esa, cukuplah buatku di sana
kau sinar hati ini, biarpun hanya sesaat di sisi
kau nafas akhirku, kau yang di hati
-Buatku Di Sana--Mafa ft Ronnie-


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails