CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Saturday, June 30, 2012

keutamaan dan kepentingan


subhanallah lama sungguh tak update >_< hari tu entri pasal pilihan..hmm sekarang ni kan, aku tak suka cakap yang aku sibuk..tahu tak, tak ada 1 manusia pun dalam dunia ni sibuk...alasannya senang je, ni bukan soal sibuk, ni soal keutamaan..PRIORITY..kepentingan..bermakna, kalau anda mengatakan yang anda sedang sibuk dengan kerja anda, anda sedang mengutamakan kerja anda daripada orang yang bertanya tadi..uuuu tak faham?

berbalik kepada tiada 1 manusia pun yang sibuk...oh dalam masa masa sibuk anda tu anda sempat makan, minum, tidur bukan? haha anda tidak sesibuk mana pun kalau masih boleh makan, minum dan tidur..nak betah kenyataan itu? silakan...itu keperluan harian, sudah semestinya tidak boleh ditinggalkan....ye..

dalam kesibukan anda dengan kerja, anda sempat bersosial di laman sosial terkenal, sempat berbalas komen, like, retweet dan sebagainya..dalam kesibukan anda dengan kerja, anda sempat call dan message boyfriend girlfriend, sempat tengok bola, sempat pergi kenduri kahwin dan sebagainya...hahaha sibuk la sangat....uuuuu penipu!

anda cakap anda sibuk buat kerja sekolah, namun pada masa yang sama anda masih bersosial di laman sosial..keutamaan anda di mana tu? sedang menghadap laman sosial bukan? maka keutamaan anda yang tertinggi pada masa itu merupakan LAMAN SOSIAL, bukan kerja sekolah anda..nampak tak?

anda sedang sibuk menonton tv, kemudian azan berkumandang...terdetik dalam hati anda kejap lagi la baru solat lepas rancangan tv habis..di mana keutamaan anda pada ketika itu? panggilan menyembah Ilahi atau rancangan tv? astaghfirullah, rancangan tv menjadi keutamaan tertinggi kita daripada Tuhan Yang Maha Besar

jadi, bila seseorang mengatakan ia sibuk, tak sempat nak berbual, tak sempat nak berjumpa, kita tahu kedudukan kita di mata dia di mana..mungkin tempat kedua, ketiga dan mungkin juga yang terakhir..sedih bukan? fikirkan perasaan ibu ayah di kampung..fikirlah tentang kedudukan tuhan di hati kita..fikir


psst~



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

4 tHis girL's lovers commenting:

Elie Lily said...

kadang2 orang selalu memberi alasan. muhasabah diri. :)

amranaiman said...

betul juga tu.. kita selalu bg alasan sibuk.. padahal x sibuk mana pun :P

Woofer Storm said...

sibuk sngt buat kerja sampai dah lupa kat awk..hehee

#awk apa kbr?sihat??semoga baik2 saja..ermmm

Mra Mastura said...

terasaaa! nak bagi kt laki aku boleh? haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails