CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, November 30, 2011

Z - Zikir


Rasulullah bersabda: "Perkataan yang paling disenangi oleh Allah ada empat: Subhanallah Alhamdulillah, Laa ilaahailallah, Allahuakbar. Tidak mengapa dimulai yang mana di antara kalimah tersebut." (HR Muslim)

assalamualaikum..hari ni huruf terakhir dan aku pilih Zikir untuk entri cabaran huruf terakhir ni...alhamdulillah setakat ni aku mengamalkan zikir yang empat dalam hadis tu..sebab senang..masa kecik ayah hantar kat Tadika Islam Masjid Jamek Segamat kan..memang cikgu suruh hari-hari berzikir sebelum mula belajar dan sesudah habis belajar..dah arwah cikgu tu..tak sempat nak tengok anak murid dia ni berjaya :'( al-fatihah

hurm..ketahuilah dan yakinilah dengan berzikir hati menjadi kuat dan tenang..betul aku tak tipu..aku pernah alami keadaan yang sangat teruk dulu..then i turned to Allah and everything is fine again..jadi nak share dengan semua zikir ni


dan ayat terakhir tu, hauqalah nama ayat ni


Rasulullah bersabda: "Siapa yang mengucapkan 'laa haula walaa quwwata illa billahi' akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan." (HR Tabrani)

Daripada Ibnu Mas'ud beliau berkata, Rasulullah bersabda: "Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula walaa quwwata illa billah?" Maka Muaz menjawab, "hanya Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Rasulullah menjawab, "La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: "Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan."


boleh je baca kat mana-mana..basahkan lidah kita dengan zikir..daripada kita mencarut, memfitnah, mengumpat kan...alhamdulillah..cabaran dah habis..semoga semua mendapat manfaat :)

huruf-huruf lain:
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, November 29, 2011

Y - Yeah!

Yeah! Yeah! Yeah! bukan lagu Usher ye..dan bukan jugak 'yeah man' trademark Usher ye hahaa..apa yang yeah sangat ni? Yeah sebab semester ni tinggal betul-betul 2 minggu dari sekarang..tak sabar rasanya nak cuti..aku nak pergi jalan-jalan makan angin..err..tapi tak tau lagi nak pergi mana..hurm..janji bercuti...




aku dah rimas kat duduk kat kolej ni..dah seminggu lebih terperap kat rumah buat kerja yang entah bila nak siap ni..jadi harap anda faham la ye kenapa aku tak blogwalk semua..sikit boleh la utuk hilangkan rasa menyampah kat jurnal..asik menghadap jurnal je..mata pun naik juling dah..

jadi aku berharap hasilnya sepadan dengan apa yang aku kerjakan ni..doa dan tawakal je la...desperate nak A ni..hurmm 

hari tu kan dah ada plan nak buat masa cuti yang cuma lebih kurang 3 minggu je (ye la cuti musim sejuk bukan lama pun) tapi dah lupa apa rancangan tu ishh..short term memory lost ni dah makin teruk..(ala tadi kata nak bercuti, cuba tamparkan budak ni) tak apa la kan, just go with the flow 

dan Yeah! jugak sebab cabaran ni dah nak habis..esok Z last..hehee






psst~ hey you! cuba dengar lagu Selfish - Asia Cruise.. 





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, November 27, 2011

X - X-rayed oleh.....

yeah yeah cabaran A-Z ni dah nak abis..hari ni huruf X..ikut tajuk x-rayed oleh.....huhuu oleh siapakah? kenapa ada "-ed" kat belakang tu? sebab tu perkataan bahasa inggeris hehee..kalau ade "-ed" tu past tense la kan (kita belajar bahasa inggeris lagi ye adik-adik -___-)

okay masuk ceritanya, aku nak tanya, anda pernah kena x-ray tak? eh bukan kena x-ray dengan mesin tu..kena x-ray dengan mata orang..hoho! sangat menakutkan okay terutamanya bagi kaum wanita..aku pernah je kena dengan orang lelaki gatal! opss!

masa tu tak ada la pakai seksi pun (eh baju aku ada ke yang seksi? um ketat sikit ada kot sebab dah bam bam :P tapi tak pakai lagi la) aku pakai baju kurung kot!! bukan baju kebaya pun..masa tu ada kenduri kahwin anak kepada kawan ayah...dah pergi kenduri tu pakai baju kurung la kan..masa nak balik tu la kena..nak jalan ke kereta..ayah dengan ibu dah kat depan aku masih terkedek-kedek lagi kat belakang..

orang tu duduk kat bawah pokok sorang..nak kata aku perasan je pun tak boleh sebab tak ada orang lain kat situ..ibu ayah dah kat depan (tapi tak jauh sangat la) orang tu tengok aku atas bawah..eee creepy ye kawan-kawan..dah tengok atas bawah tu siap boleh sengih tunjuk gigi kat aku..macam perogol bersiri okay! aku terus la lari (jalan je...jalan cepat) kat ayah..

orang lelaki ni boleh fikir macam-macam..kita pakai tutup aurat pun dia pandang semacam..hadoii apatah lagi yang pakai ketat, yang terdedah perut peha betis..siapa dan mana silap sebenarnya?





psst~ budak perempuan ni pernah free hair, tapi masa sekolah rendah je hehe :P kanak-kanak pun masa tu 





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails