CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, December 29, 2010

Cara nak buat Scroll box untuk Archive

a very quick tutorial for a blogger friend mia adnan..ingat nak buat malam takut tak online pulak nanti tengok bola..hehee..ni tutorial scroll box untuk archive ataupun ~herstory~ macam dalam blog ni..sama je macam nak buat scroll box lain, cuma yang ni kena buat kat Edit HTML la ye :)





macam biasa, Dashboard>Design>Edit HTML>Expand Widget Templates
tekan Ctrl+F cari,

<div id='ArchiveList'>

atas kod tu anda akan lihat

<div class='widget-content'>

kan?

anda cuma perlu tambah 

style='overflow:auto; height:350px'>

kat belakangnya..nanti jadi macam ni,

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:350px'>

yang berwarna merah tu, ubah ikut kesesuaian blog anda...jangan lupa sebelum tambah, ">" delete dulu ye :)

apa-apa pun preview dulu ye..dah puas hati, baru save..ada yang tak faham, boleh tanya yep! :D

oh..maaf la, tak boleh nak copy atau highlight..tapi boleh taip kan? hehehe =P kesulitan AMAT dikesali..hmm =(

UPDATE: ok i dah remove disable select-text script..anda semua boleh highlight ye..nak copy, jangan right-click, tekan Ctrl+C je.. =.=






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, December 24, 2010

saya suka baca entri ANDA, tapi...

oh yeah selamat malam..semua orang ada tak ni? online tak? ke semua tengok anugerah skrin? hehee..okay..nak cerita pasal hobi yang dah berkurun ni..apa? hobi baca entri anda, anda, anda dan anda =D

bila i singgah blog anda, first sekali memang tengok entri..kalau dah baca, rasa macam nak komen, i komen..kalau tak, sebabnya i tak tau nak komen apa..biasanya kan, kalau i tengok komen dah berpuluh tu i jadi malas pulak..komen daripada pengunjung la, kalau komen dari tuan tanah i tak kira..selalunya i komen jugak..peduli apa..hehe

tapi kadang-kadang, masa tengah syok baca, tiba-tiba "Read More"..haihh..membantutkan pembacaan i..kalau mood i baik, cerita pun best, i tekan "read more" tu..kalau tak??? i terus cari shoutbox...maaf ye..tak tau la kenapa..maybe sebab kena load balik page tersebut..i malas..


i tak pernah kisah pun blog anda ada lagu ke tak ke sebab i tak mengamalkan buka volume kuat-kuat masa tengah blogwalk..tak baik untuk kesihatan telinga ye kawan-kawan..lagi pun kesian speaker lappy i..kesian gegendang telinga i, penat bergetar je..

dan i tak pernah kisah pun kalau blog anda tu serabut ke banyak sangat widget ke ataupun entry anda panjang berjela ke..yang penting i dapat baca entri anda..memang i baca smpai habis..so, kalau entri anda hurufnya super kecil, memang i terus cari shoutbox..hehe..dah la i pakai cermin mata..hmm..

i tak pernah kisah pun kalau comment box anda ada word verification atau tak..kalau tak ada lagi bagus..tapi i suka word verification tu sebab kadang-kadang perkataan yang diberi buat i gelak..pelik kot perkataannya..nanti kalau i ingat nak print screen, i buat entri pasal ni..hehee dan i rasa, lebih baik comment area tu anda buat pop-up window..ataupun tab baru..senang sikit i nak komen..hehe

lagi satu kan, jangan la marah i sebab tak jenguk blog anda..sebenarnya, memang i masuk baca entry..cuma masa tu mode untuk blog anda: mode stalking..hehee..so memang tak akan ada la misyamissyou kat entri ataupun shoutbox anda.. :) kalau stalk mode dah habis untuk blog anda, i tulis kat shoutbox "dah penat stalking"

kadang-kadang i sibuk dengan kehidupan seharian..hm..tu memang tak boleh elak la kan..i harap tak ada yang terasa hati..suka hati anda la kan, blog anda..blog i pun suka hati i la kan..hehee

ni........






haha..sikit gila..sedey jap...






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, November 26, 2010

Nuffynanggy~~

salam sejahtera dan selamat hari Jumaat kepada semua..hee..aku bosan dengan kerja sekolah jadi aku amik angin kejap..haha angin blog..terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi mengambil bahagian dalam kerja sekolah aku..erk? mereka tolong buat ke? hmm..ye ye mereka dengan besar hati (ye kan kamu? kamu dan kamu?) tolong aku buat soalan survey..

okay cukup..nak cerita pasal nuffynanggy..siapa tu? Nuffnang la..tadi aku klik kat bahagian earning..dah lama tak tengok situ..ada beberapa BE dah jadi ME dan ada satu penambahan BE (satu je? T_T bagi la lebih sikit en.nuffynanggy..siap bagi nickname lagi tau :P)


aww..Taylors University..aku suka kalau iklan akademik dekat blog aku ni..ye la..aku kan orang yang sangat sibuk..businesswoman la katakan (sila muntah) mana sempat nak melayari website education macam ni..nak cari link lagi segala bagai..bila ada iklan macam ni senang je aku klik terus..sebagai panduan untuk masa akan datang..nak sambung MA pulak ke kan..tu pun kalau ada rezeki..insyaallah..

tapi masalahnya..kalau anda tengok, semua iklan Leader Board (LB) ataupun yang dekat header tu..tak pernah dapat kat SS and LR..yang dah jadi ME pun LB jugak..dah berebut iklan-iklan tu nak berjoget-joget kat atas tu..ye la dance floor muat untuk sorang je..ahaks! ada tips ke nak dapat iklan LB dan SS??

paling aku rasa tak boleh bla sekali..bila aku scroll down ke bawah page earning tu..dengan absent-minded--nya aku pergi klik Cash out my earnings! tu..lepas tu, tekan ok..erk? aku telah pun meng-cashout earning yang sangat ciput (tapi lepas la nak beli lolipop satu kedai) dalam keadaan separuh sedar..hahaa!

lepas seminit macam tu dapat la emel confirmation..ok jugak kan..dah nak akhir bulan ni..nasib terklik dah nak akhir bulan..kalau awal bulan macam mana? lambat la nak dapat beli lolipop satu kedai..

lepas 5 minit dapat lagi emel daripada Nuffynanggy..tajuk Duplicated Earning Issue..klik untuk pembesaran..


cuak jugak masa dapat ni..ingat apa la..tapi aku baru je lepas tekan cashout macam mana nak tau berapa earning yang sebenar..aduss..

hmm..apa-apa je la..jadi fokus utama sekarang ni, tunggu cek Nuffynanggy sampai rumah..ka-chingg! ka-chingg! $$$ heee..

okay tu je..heee :D



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 13, 2010

mula dah meroyan HP~~

aduhh..bosannya hari sabtu ni..memang nak berehat-rehat daripada buat assignment..so memang tak sentuh la assignment..esok-esok baru "dive in" balik..

tadi tengok trailer HP lagi (zzz..kalau dah kipas susah mati tu tak boleh nak buat apa-apa la) kat website warnerbros..fuh..rasa tak sabar tu membuak-buak! bila nak tiba 17hb ni?? (macam boleh tengok tarikh tu jugak) huarghhh!! minggu depan hari raya..jadi lepas raya baru dapat tengok..hurmm

janji nak tengok dengan housemates..tapi sorang pulak balik kampung bercuti semester..adehh..tangguh ke entah berapa hari bulan...tapi tak apa..janji dapat tengok..hehee

jom tengok movie snippet!

the best friends



Death Eaters dan Snape

Nagini..belaan Voldemort

i suka gila part ni..part ni part sedih..memang looking forward lah nak tengok scene ni..

yang ni lagi suka! kalau dah H/Hr shipper mesti la suka..hehe

oleh kerana bosan yang amat, i dah buat keputusan, hari ni i mula retweet reread DH untuk yang ketiga kalinya..saje nak refresh..tu pun nasib baru 3 kali..


dan kerana 17hb lambat lagi, i buat keputusan nak baca perlahan-lahan je..nanti baca cepat sangat bosan lagi..huhuu

jangan lupa serbu panggung wayang minggu depan tau! anda sekalian serbu la dulu sebab i nak beraya korban dulu baru serbu...hehe




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, November 12, 2010

Tips MUET

hai selamat pagi! hari ni i mulakan hari dengan basuh baju..haha! lepas tu sarapan tomato cherry dengan jus epal..sangat berkhasiatkan? lapar..lapar..lapar.. T_T

okay..rasanya peperiksaan bertulis MUET hari Sabtu ni..kira macam dah terlambat jugak la nak buat tips bagai..hehee..tak apa..untuk panduan masa akan datang..untuk adik-adik i yang bakal amik MUET..ko kena baca ni Saniy!! ko mesti mencontohi kakak ko yang pandai ni (pandai la sangat! tipu je..sila muntah)


ni tips berdasarkan pengalaman la ye..macam biasa..semua melalui pengalaman..hm..should i write in english? i mean because we are talking about MUET here..tapi tak apa la, khusus untuk pelajar melayu..pelajar bukan melayu pun boleh...1 Malaysia, jadi kita kena pakai bahasa kebangsaan. hehee

format sekarang dah baru..i amik MUET zaman format lama (selalu jadi batch terakhir..sadiss) tapi tips ni sama je..boleh guna kot..MUET ada 4 bahagian; speaking, listening, reading dan writing..mana yang paling susah? semua susah!! (saje bagi anda cuak..haha)

Speaking
ada 2 bahagian; individu dan berkumpulan

individu
1. baca dan fahamkan soalan..kalau ada yang tak tau makna perkataan boleh tanya pada examiner (ni dulu la..tak tau pulak sekarang boleh lagi ke tak)

2. otak anda kena bergerak cepat (mas persediaan 2 minit je kan), fikirkan hujah yang sesuai dengan soalan, sekurang-kurangnya 3, lebih lagi baik dan tulis dengan ringkas supaya tak lupa.

3. bila masa menjawab, pastikan anda mempunyai eye-contact dengan kedua-dua examiner..sangat penting ye..ni untuk menunjukkan anda yakin dengan hujah anda.

4. gunakan kata hubung contohnya, furthermore, moreover, consequently, hence, thus etc. bagi perkataan bombastik sikit biar examiner tu terkejut dan terus je bagi markah besar kat bahagian vocabulary..haha

5. pastikan anda ada ayat huraian kepada setiap hujah anda..1 je cukup.

6. sertakan sekali pendirian anda (opinions and recommendations) dengan menggunakan perkataan i think.., in my opinion.., etc.

7. jangan lupa senyum! :D sebab anda akan berasa yakin..kalau untung, examiner pun senyum dengan anda..senang je hati dia nak bagi markah lebih..hehee

berkumpulan
1. tips untuk individu boleh digunakan di bahagian ini.

2. kalau boleh, biar anda menjadi leader kepada perbincangan ni..macam mana? banyakkan bercakap..nampakkan yang seperti anda yang mengawal perbincangan ini.

3. bercakap seperti biasa, informal tapi jangan guna slang, contoh; "you can't do like this la"

4. jika ada candidate yang pasif (kurang bercakap), ajak dia bercakap contohnya tanya pendapat dia, tanya dia jika dia bersetuju dengan kenyataan anda dan sebagainya..markah anda akan berkurang jika anda sahaja yang bercakap..tu namanya pentingkan diri sendiri..

5. kalau perbincangan tu mempunyai reaksi gembira, lawak, jangan segan..gelak je..tapi jangan la lebih-lebih..ini menunjukkan yang anda betul-betul faham dengan perbincangan tersebut..kalau reaksi sedih, jangan menangis pulak..nyatakan kesedihan anda dalam bentuk percakapan seperti "i feel very awful about this news"

6. yang penting, anda kena bercakap dengan isi hujah yang sesuai..jangan keluar topik!

Listening
sebelum hari test
1. mesti buat banyak latihan listening dengan cikgu anda..
2. banyakkan mendengar berita radio berbahasa inggeris
3. buat latihan: jika tengok cerita berbahasa inggeris, jangan baca sari kata/subtitle..fahamkan jalan cerita dengan hanya mendengar dan melihat.

pada hari test
1. mesti baca soalan dahulu sebelum dengar broadcast, talk etc yang diberikan supaya anda tau kata kunci apa yang perlu diambil..

2. berikan sepenuh tumpuan kepada conversation, talk etc yang berkumandang..

3. cari kata kunci yang penting seperti tarikh, tempat, nama etc dan tuliskan supaya tak lupa

4. anda boleh cuba pandang 1 tempat sahaja semasa mendengar untuk fokus..tak galakkan tutup mata sebab fokus akan hilang terus..

5. terus tandakan jawapan pada kertas soalan supaya tak lupa..anda akan diberi masa untuk menghitamkan kertas jawapan..

Reading
1. tak ada cara lain..anda kena banyak buat latihan untuk test ni..macam tak biasa pulak, dulu sekolah PMR dan SPM pun ada reading jugak!

2. fahamkan petikan/gambar yang diberi..

3. read between the lines!! maknanya cari maksud tersirat yang ada dalam petikan..

Writing
1. luaskan pembacaan dan vocabulary..baca isu semasa yang berlaku dalam negara..

2. baca contoh karangan yang baik dan lihat pada ayat/perkataan yang digunakan

3. biasakan penggunaan kamus english-english..kurangkan bilingual dictionary kerana kita belajar bahasa bukan makna perkataan.

esei pendek
4. fahamkan soalan/petikan/gambar rajah etc sebelum mula menulis

5. buat analisa yang sesuai berdasarkan soalan..lihat pada kata kunci yang diperlukan

6. jangan lebih patah perkataan.

esei panjang
7. mesti rangkakan karangan anda..sangat penting supaya tak keluar topik.

8. mesti ada topic sentence (main point) dan huraian yang kukuh, sekurang-kurangnya dua ayat.

9. sertakan contoh dan pendapat..

10. jangan lupa ayat pendirian contohnya; i honestly agree/disagree.., i strongly agree/disagree.., etc...

tu je..selamat berMUET dan semoga berjaya! :)

psst~i pernah amik IELTS mock test..lebih kurang je..tapi susah sikit la..





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 6, 2010

pendakap gigi/braces tu apa??

selamat petang semua..hari tu i ada janji nak cerita pasal braces kan..ni la nak tunai janji..braces atau dalam bahasa kita pendakap gigi..tettt! i bukan doktor gigi yep! tapi saje nak kongsi info yang i tau..




 

okay..kenapa pakai braces? sebab susunan gigi yang tak teratur..mungkin boleh menyebabkan masalah percakapan, estetik, pemakanan dan sebagainya..bukan nak cantik je tau! gambar atas tu la benda gadget yang ada dalam mulut seseorang yang memakai pendakap gigi.

yang memainkan peranan penting dalam pembetulan gigi ni archwire dan bracket, yang membolehkan gigi bergerak...archwire tu memberi tekanan pada bracket..fungsi bracket mengagihkan tekanan ke seluruh gigi..masa mula-mula pakai braces ni mungkin anda akan rasa tekanan tu..

bila tekanan dah menjalankan tanggungjawabnya..haha..gigi akan longgar daripada gusi..macam mana boleh longgar?? (macam menakutkan gila bunyinya tu) membran kat akar gigi (dalam gusi, kita tak nampak) akan mengembang dan menguncup yang membolehkan gigi bergerak..bila dah berhenti bergerak, tulang (gigi) akan tumbuh bagi support la supaya gigi tu tak tanggal terus..hahaa

masa proses ni berlaku, memang tak boleh gigit makanan yang keras walaupun nasi..lain la kalau anda seorang yang gagah perkasa..hehee..sebab tu orang yang pakai braces ni lama sebab adjustment dilakukan paling kurang sebulan sekali sahaja..archwire tu menjadi panduan kepada gigi yang longgar untuk bergerak pada paksinya..huahaha..maknanya tak ada la gigi tu bergerak ke tempat yang tak sepatutnya..

archwire tu akan berubah faktor bahannya mengikut suhu badan kita..kalau orang yang minum air sejuk atau panas akan rasa dawai tu mengetat ataupun rasa tekanan pada gigi..archwire ni tak akan berubah bentuk..satu lagi, retainer..retainer ni dipakai bila rawatan hampir selesai..


masa pakai pendakap gigi ni, bukan boleh makan sebarangan..salah makan memang kaw-kaw sakitnya..kena rajin gosok gigi, floss berkumur dan sebagainya sebab nanti dah bukak pendakap gigi tu gigi jadi buruk (tak putih), masalah plak, masalah ulser..macam-macam la..rujuk ortodontis anda untuk maklumat lanjut ye..

pengalaman memakai braces sangat best..hehee..bukan semua orang dapat rasa..tak tau la macam mana nak gambarkan tapi banyak orang yang dah habis rawatan kata, mereka rindu dengan braces mereka (i masih pakai lagi so tak tau la rasa rindu ke tak) masa mula-mula memang cakap tak sabar nak bukak, bila dah bukak rindu pulak..so masa pakai braces jangan lupa amik gambar kenangan..hehee :P

hmm..mengikut hukum agama..i tak pandai la, kalau semata-mata nak cantik tak boleh kot..nak tau lebih lanjut tentang hukum pakai pendakap gigi klik sini 

sumber 1



psst~dah lama tak kunyah chewing gum


 
  
 
MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, November 4, 2010

25 perkara tentang diriku~nak tau klik :P

salamunalaik..hari ni nak selesaikan tag yang tertangguh entah sejak bila..maaf la ye..tag ni daripada anishaway, hana nabihah, farhanafabulous, dan eilyfarhana ni la akibatnya kalau ditag, bertangguh..bukan apa nak kumpul..nanti senang..huhuu
 
okay jom tengok apa yang ditag oleh rakan-rakan bloggerku ni..
 

1. Thanks the person who gave you this award and link of the person
thanks ye cik eilyfarhana..huhuu..cantek ke diri ni? haa..kamu buat i perasan hawt la! :P (sila abaikan i gurau jep)

2. Spread the award to 15 blogger who you like and you think their blogs are awesome
weydd!! i kedekut la buat masa sekarang ni..so award ni i tak bagi siapa pun..hahahaa!

3. Tell 7 things about yourself
aaa..ni nanti i combine dengan tag lagi satu..

lagi satu ni tag about yourself jugak tapi huh! banyak sampai 25..hehee..ada la syaratnya..i malas nak ikut..ada i kesah? haha!

1. suka nombor 1
2. misyamissyou bukan nama sebenar i, rakan blogger panggil misya jep..
3. tidak menggemari teddy bear
4. suka bau hujan, bau rumput lepas kena potong
5. suka mandi/main hujan
6. tak fotogenik pon
7. ada facebook, formspring, twitter and friendster yg lain macam hi5 and myspace host site tu dah delete sebab tak aktif..
8. suka lelaki yang berambut pendek
9. suka makan lolipop dan gula kapas
10. tak pernah pergi Sabah! nak pergi...
11. suka tengok buku bank..hehee $$
12. suka chocolate tapi tak suka makan dengan strawberry..sebab tak sedap pon..
13. suka warna putih
14. pakai baju kurung je pergi kelas..tak pernah pakai jeans or casual (sebenarnya ni janji pada diri sendiri)
15. jeans putih termasuk dalam wishlist..huhuu bila la nak dapat
16. suka huruf A dan S
17. suka bracelet, bangles etc..
18. telinga i tak bertindik ye..hehee
19. is a die-hard fan of Harry Potter
20. senang marah, senang cool down
21. suka tengok benda-benda yang jauh, tinggi, besar, luas etc.
22. dream of bmw sport putih..dapat drive sekali pun cukup la..
23. sayang semua barang kepunyaan
24. tag line "besar punya!!" tu tagline i tapi maggi dah curik..haha! tak ada la..i suka tagline tu..hehe
25. i live my life my own way..jadi diri sendiri..tak perlu menipu

psst~kerja gila i, pergi kelas petang tadi lupa nak pakai jam, sebelum masuk kelas i singgah booth jual jam kat hallways, i beli jam RM15 semata-mata terlupa pakai jam je..membazir!!
 
 
  
 
 
MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, October 22, 2010

info Malaria | Love Holidays

assalamualaikum dan selamat tengah hari Jumaat..macam dah berbulan je rasa tak update blog (haha padahal hari tu baru je post entri) semalam jari aku kena tebuk..berlubang dah jari manis tangan kiri aku..sakit kot..sadissss..betul la..aku tak tipu..tau anda semua mesti tak percaya kan?



misi-misi tu serbu masuk kelas..pintu dijaga tak bagi pelajar keluar..lepas tu paksa kami cek darah..kejam tak? aku tak tipu ye..betul..sebab kat kolej kami ada kes malaria..

kami diberitahu, kes ni sebenarnya bawaan pelajar luar negara yang ada kat kolej ni..pihak hospital buat macam ni..ye la takut pelajar tempatan pulak kena..kalau pelajar luar negara je yang kena, aku tak rasa pihak hospital kisah sangat..hahaha!

sebab ada yang tak nak bagi kerjasama cek darah, tu yang mereka serbu masuk dalam kelas (sebelum ni cek dekat pintu masuk je) kerana mereka tu la jari aku kena tebuk..sakit kot!! aku mana tahan sakit..nak menangis malu, jadi lepas kena cucuk, aku terus lari balik rumah..ye berlari okay..singgah kedai bawah blok jap beli 100 plus (apa kena mengena beli 100plus dengan sakit?aku jarang kot minum 100plus) terus naik ke rumah, mandi dan melalak dalam bilik air..jangan la bahan/gelakkan aku!!



pernah je amik blood test ni dulu kat sekolah sebab masa tu tingkatan 3, belajar pasal jenis darah..so daripada pengalaman, bila dah kena cucuk jarum macam ni, ataupun terluka..apa-apa jenis luka pun, cepat bersihkan luka tu, lap kering, dan biarkan, jangan diusik luka tu..kalau luka besar perlu la letak ubat kan...sebab tu balik rumah terus mandi (sebenarnya menangis masa mandi..saje nak cover la tu..gedik gila nak nangis)

tadi dapat flyers daripada pihak hospital/kesihatan info tentang malaria..ni dalam BI..aku terjemahkan je la kat sini secara suka hati aku la..tapi ni fakta ye bukan aku reka..

Malaria tu apa?
malaria disebabkan gigitan nyamuk (Anopheles) yang membawa parasit malaria..parasit ini dalam sel darah merah yang akan memusnahkan sel tersebut dan boleh membawa maut.



Cara jangkitan
nyamuk Anopheles yang membawa parasit ni akan memindahkan parasit tersebut bila pesakit terkena gigitan nyamuk

nyamuk ni memang hidup di kawasan tropika panas lembab macam negara kita tapi bawaannya memang daripada Afrika..

Tanda-tanda
1. demam
2. menggigil kerana demam
3. berpeluh sejuk
4. demam panas sejuk mungkin berlarutan
5. lemah badan dan pucat

Cara pengesanan malaria
malaria boleh dikesan melalui pemeriksaan darah

Kesan malaria
1. kerosakan buah pinggang (Nephrotic Syndrome)
2. kegagalan otak
3. keguguran kandungan, kemandulan, kelahiran pra-matang dan kekurangan berat badan
4. hati/hempedu membengkak

Cara pencegahan malaria
1.memakai pakaian yang dapat mengelakkan gigitan nyamuk..senang cerita tutup aurat (see, banyak hikmah menutup aurat)
2. tidur dalam kelambu
3. guna ubat nyamuk i.e ridsect, sheltox etc.
4. membenarkan pihak bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyemburan asap
5. mendapatkan rawatan dengan segera jika menunjukkan simptom-simptom penyakit
6. kebersihan tu sangat perlu di sekitar rumah

sama je cara pencegahan macam penyakit aedes..aedes pun datang daripada nyamuk juga..jap ni nak tayang..




aku dah tengok cuti-cuti cinta (kantoi tak buat assignment sebab tak reti nak mula intro) best la jugak..dan shot muka Farid Kamil yang handsome tu sangat besar, 2/3 daripada skrin okay! :P

suka dialog "Remyyyy.." dan jawapan Zed Zaidi(Remy), "aunty/uncle..." siap dengan mata, suara dan bibir yang seksi gitu..haha! i'd say, berbaloi RM8 tengok cerita ni..




psst~ cinta yang dicari akan pergi..aku tak pernah cari pun..tapi pergi jugak..haha! mitos!!! tapi tak tau la kalau gedik datang balik untuk kali kedua..memang nak kena maki a$$h0l3+tampar+buat macam eva buat kat remy dalam cuti-cuti cinta tu..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, October 9, 2010

bila Potterfreak bertemu~~

aip!! selamat petang semua..semalam blogwalk..jumpa dengan kak wan punya blog..huhuu dah jadi follower kak wan dah..belek punya belek blog kak wan tiba-tiba ternampak post pasal "Harry Potter"..ngee i pantang kot nampak perkataan tu..tak boleh tahan! mesti nak bukak link tu...


so rupanya memang kak wan ni peminat the Potter series...wee~ kak wan! kita geng..hehe

kalau dulu zaman sekolah..susah gila nak dapat peminat HP macam ni..semua tak minat macam i dengan kak wan..

serius rindu zaman gosip-gosip pasal HP..sampai i join forum..The Snitch Forum..masa tu i tingkatan 2..kalau tak silap i, masa tu baru keluar filem HP pertama; Philosopher's Stone..gila tak teruja? sekarang dah nak sampai filem yang ketujuh..masih teruja tau..hehee

kalau tak nampak anda klik la..i join 7 tahun yang lalu..perghh lama dah..tadi pergi jenguk jap forum tu..boleh jadi legenda kisah HP ni..

betul rindu dengan forum tu..rindu dengan Potterfreaks jugak..hahaa..rindu dengan Potter universe (ni yang kami gelarkan) jangan tak tau, dalam dunia Potter (realiti+maya) perang pernah berlaku kot..shipping war..haha..siapa Potterfreak tau la..

so bila potterfreak bertemu, walaupun tak kenal rasa macam dah kenal lama..i tak kenal Nymph (tengok gambar atas) tu siapa..haha..jahat tak? hmm..i suka quote ni..entah jumpa kat mana..tapi memang setuju dengan quote ni

'People will pick up Harry Potter books for generation to come but we are the lucky few who can say "We are there". We will remember the crazy late-night madness of book releases and the huge crowds gathering all over the world in honour of HP. We will remember watching a book about a boy wizard enchants kids away from their tv sets. We will remember spending countless hours arguing with our friends about Snape's loyalty and if Harry would survive the series. We are the lucky one'



yup..we were there..i was there.. *bangga jap*

psst~ tak sabar nak balik johor..dan nak amik Deathly Hallows for the second time reading..bila nak hari Rabu ni?




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia

Friday, October 8, 2010

soalan-soalan panas!!!

i sangat suka jawab soalan ala-ala selebriti terkenal macam si jolie bibir seksi tu..tapi bibir i tak seksi (sila jangan cari gambar i dalam blog ni) jari i je seksi..hehee

jom la setat tengok soalan panas dan jawapan hangat yang i dah jawab ni..


1. apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

benda ea..kalau benda laptop ni penting kot..duit pun penting..banyak deyhh..

2. benda yang terakhir korang beli guna duit sendiri?

duit sendiri tak ada lagi..semua sumber dari ibu ayah..lain la kalau dah kerja baru kira duit sendiri..betul tak?

3. dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?

aww! kat rumah sendiri sudah..tema adat melayu sudah..nak pergi amik tema pelik adat orang lain buat apa..

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?

kenapa ada soalan ni? sekarang bercinta dengan Penciptaku, dengan ibu ayah, dengan ilmu je..

5. berapa lame korang akan mencintai kekasih korang?

oh..kekasih ye..selagi dia tak curang, bertanggungjawab, taat kepada Tuhan..insyaallah cinta sampai mati

6. novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?

i beli paper hari tu (hari tu? ishh) ni kira tak? majalah dara kot..

7. dimana korang selalu jumpa dengan kekasih korang?

hahaa..soalan apakah?

8. apa name penuh korang?

ngee~ cari la dalam blog ni..ada buat entry pasal ni..huhuu

9. antara mak dan ayah mana yang korang lebih mesra?

dua-dua..ibu dan ayah..

10. namakan orang yang betul2 korang jumpe dalam hidup korang?

hah? kawan-kawan tu bukan betul jumpa ke? ke cakap pasal kekasih ni?hahha

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?

apa barang bagi orang lain basuh..hampeh..basuh sendiri sudah

12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

banyak tempat..tapi yang pertama nak pergi mekah buat haji dulu..

13. pilih satu, peluk atau cium?

peluk..haha

14. beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang?

cun..rajin datang sini, tukar header hari tu..hehe

15. 5 mende yang korang sayang sangat dalam hidup korang?

benda lagi..belajar hargai apa yang kita ada..so sayang semua benda..

16. 5 lagu yang korang suke dengar?

sekarang tengah suka Outta Here-Esmee Denters
lain-lain pun suka jugak..

17. bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?

16 September 1989..haha..kenapa tanya tahun lepas..tahun ni 1 Malaysia sambut..hehee..seronok kot!

18. 5 orang blogger yang korang nak tag.

aww..i nak tag sorang je boleh tag? hehee sebab i ada sebab-sebab yang tidak boleh diberitahu..i je tahu..so i nak tag
cik is

19. cerita cikit blogger pertama yang korang tag.

cik is bakal cikgu..huhuu..moga jadi guru yang berdedikasi yep!

thanks ye cik erma kerana sudi mengetag..yang pertama pulak tu..heee.. *malu jap*
jom ramai-ramai terjah blog cik adik ni..





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails