CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Thursday, August 26, 2010

Laptop/Komputer anda Lelaki ke Perempuan?

hehee..saya dapat ni daripada blogger azwandy muhamad dan dia pun dapat daripada blogger lain, wan gerrard..credit and thanks to both of them..


okay..saya dah buat..dan lappy saya berjantina perempuan..haha..berdasarkan suara yang keluar la..nak cuba??

buka 'Notepad'
copy and paste semua di bawah ni, (Ctrl+C) untuk copy..


CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"


lepas tu save as, letak nama file i love u.vbs dan save. Keluar kemudian cari semula file tadi di tempat anda save i.e. Documents, Desktop etc..klik file tu..nanti ada suara keluar..suara lelaki ke perempuan?

perkataan 'i love you' boleh ditukar kepada 'i miss you', 'i like you' atau apa-apa je perkataan yang anda nak letak tapi kena save atas perkataan yang sama..jangan lupa tambah .vbs kat belakang ye..

hehee..selamat mencuba dan selamat berbuka.. :)






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, August 22, 2010

jom cerita pasal nama..heheee

hyep!! selamat petang..okay, hari ni nak cerita pasal nama aku..huhuu..

 

al-kisah masa baru lahir..ayah aku nak namakan aku..adoii..kenapa la ayah pilih nama Rabitah/Rabithah ni..eh tapi boleh panggil Ruby ek...hehee...tapi aku tak suka nama tu pada diri aku..tetttt..aku tak cakap aku tak suka nama tu ye..kononnya la kan, ayah nak kekalkan huruf "R" dalam keluarga ni...tapi ibu cakap, tak nak la letak nama tu, so ibu bagi nama aku.........hehee..macam kat gambar atas tu la nama aku...ditambah pulak kat depan "Nur"..
cun tak nama aku?? okay, aku tau ramai...beratus-ratus orang nama sama dengan aku...tapi aku mempunyai satu sifat yang pelik lagi tidak boleh dicontohi..haha..aku tak suka orang yang sama nama dengan aku..kalau boleh aku tak nak kawan dengan orang yang sama nama dengan aku langsung..hahhaa..JAHAT TAK?? huhuu..tak ada la, cuma bila tau orang yang sama nama dengan aku, first impression aku terhadap orang tersebut negatif..maaf ye..tapi bila dah kenal okay kot..(setakat ni memang aku cuba menjauhkan diri dari orang yang sama nama dengan aku..HAHAHA!!)
hmm..bukan apa, kalau berkawan nanti nak panggil apa? pelik je nak panggil nama sendiri..daripada nama aku tu, timbul pelbagai panggilan: mie, mimie, mia, miak(ibu la.. siapa lagi..waktu gurau senda..ehehee) dan mim..ek..ada lagi ke? ibu selalu panggil mimie, mia, mie dan miak (damn aku tak suka panggilan ni..geliiiiii!!!) ayah pulak, mimi atau mie je..kawan-kawan, mimie...hehee..tapi panggilan yang aku paling suka : Syamimi..kenapa?
sebab tu la nama sebenar aku..aku suka orang panggil aku dengan nama sebenar dan aku pun suka panggil orang dengan nama sebenar/nama penuh...dan kerana masa kita di padang mahsyar pun, kita dipanggil dengan nama penuh..nama pun satu doa jugak..afdal kan??
nama aku maksudnya um...sebenarnya terdapat kekeliruan dalam maksud nama aku..haha..maknanya kesayanganku ataupun keharumanku..hurm..tak tau mana satu betul..walaupun aku belajar bahasa arab tapi maksud nama sendiri pun kurang pasti..tapi dua-dua pun hampir sama je maksud...kategori SAYANG sayang darling darling honey sweetie cupcake sugar fragrance jugak..hehehee...see, sebab tu aku suka orang panggil aku dengan nama sebenar..bila orang panggil "Syamimi..." macam terdengar, "sayangku..." atau pun "my love..." hehehee..sila abaikan..
hmm..tiba-tiba teringat ada satu lagi nama panggilan daripada nama aku tu, 'sya'..but it's already a history..ada kisah sedih di sebalik nama panggilan tu..okay, tak nak sedih sedih..badan tak kurus pahala puasa yang kurus nanti..nama yang aku guna kat blog ni pun termasuk dalam kisah sedih tu...misyamissyou..sebenarnya aku terbalikkan je 'syamimi' tu jadi 'mimisya'..tapi tak sedap pulak..aku letak je 'Misya'..dan nama tu dah jadi identiti aku dalam alam maya internet ni..
dari mana datang misyamissyou? daripada seorang rakan forum berbangsa asing..dia cakap, macam nak sebut Miss Ya(miss you) so aku sambungkan je misyamissyou...yang kisah sedih tu tak payah cerita la ye...hmm..
apa apa pun..terima kasih ibu sebab bagi nama sedap macam ni(sedap ke tak sebenarnya ni?)..hee..nasib tak Rabitah..kalau tak blog ni jadi kepunyaan RUBY...geli i nyah! tak sakit pulak hati i u! (ala-ala nabil raja lawak)
hehee..anda pembaca, ada kisah disebalik nama anda??

 
MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, August 21, 2010

tulang rusuk LELAKI vs PEREMPUAN

assalamualaikum..hari ni macam aku cakap hari tu, nak cerita pasal tulang rusuk..tulang rusuk manusia lelaki dan perempuan..biasa dengar "perempuan dijadikan daripada rusuk kiri lelaki" tak? hmm..ada percanggahan pendapat di sini..tettttt..bukan aku yang bercanggah pendapat..entah siapa aku pun tak kenal la..kadang-kadang manusia ni terlebih berfikir, lepas tu wujud la teori baru yang entahkan betul entahkan tidak...



okay, yang paling atas tulang rusuk lelaki(tak berapa jelas kan?), yang bawahnya, tulang rusuk perempuan..gambar dari en.google..heheee..aku rasa ramai yang beranggapan tulang rusuk lelaki kurang satu daripada perempuan kan? mitos!! lelaki dan perempuan mempunyai bilangan rusuk yang SAMA..kiri dan kanan...tak percaya? tanya doktor anda...come on..you couldn't expect if Adam's rib is taken to create Hawa, and his children will have the same missing ribs as his father, could you? kalau seorang bapa mempunyai tangan yang kudung akibat kemalangan atau sejak lahir, bila kahwin, tak kan anak dia pun tangan kudung jugak? peratus kemungkinan tu ada tapi sangat rendah..tu pun kalau sebab genetik..

lagi satu isu yang tidak pasti..sejak kecik lagi kita diceritakan tentang kisah kejadian Nabi Adam dan Hawa..yang menjadi isu, betul ke Hawa, Allah jadikan dari rusuk kiri Nabi Adam? diingatkan sekali lagi, bukan aku yang timbulkan isu ini ye..

daripada buku ibu aku ni, Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir; Jilid 1, m/s 132...

Sebuah pendapat yang diriwayatkan oleh Muhammad ibn Ishaq daripada Ibn 'Abbas yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Hawa telah dijadikan daripada tulang rusuk sebelah kiri Adam a.s. sedangkan pada waktu itu Adam a.s. sedang tidur."
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

tapi berdasarkan ayat al-quran, "Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri..." maknanya dari spesis yang sama: manusia, Homo sapiens. timbul la persoalan yang mengatakan hadith kat atas tadi hanya kiasan daripada Rasulullah..ye la, tulang rusuk kan bengkok, perempuan diibaratkan macam tulang rusuk tu, senang patah, mudah terpesong dan sebagainya..

weh...aku rasa aku tak layak la nak cakap lebih-lebih pasal ni..aku belajar Quran dan As-Sunnah pun sampai SPM je..so, sangat kurang ilmu..tapi tak apa, ni sebagai pengetahuan sahaja..

kalau nak tau kenapa perempuan tidak berasal daripada rusuk lelaki, disertakan dalil sekali..tapi aku masih ragu dengan kenyataan itu..sebenarnya, Allah sahaja yang tau...sebab tu la timbul isu macam ni kalau manusia terlebih berfikir...tapi tak salah kalau kita mengkaji..ilmu kita setitik daripada air laut sedunia okay...nak dibandingkan dengan ilmu aku ni, tak sampai setitik pun..okay, klik sini






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, August 20, 2010

yang tidak bisa diucap oleh AYAH

ye selamat malam..saya tau anda pun tau bila saya buat entry malam je ada benda yang nak dikongsikan..disebabkan terlalu rindu dengan facebook, status box saya tu.. :( serius tak tipu..tadi pandang je status box tu..rasa macam nak taip status, tapi...oh ye..benda yang nak dikongsi ni sangat menyentuh hati..ni notes dari seorang rakan kepada rakan fb saya yang mengetag rakan saya tu..huhu..saya copy jek..hehee
baca dan hayati ye...
Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?


Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?


Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?


Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....


Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.


Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..



Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...


Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?


Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?


Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.



Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.


Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...


Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?


Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang


tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.


Dan akhirnya....


Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"


Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..
saya sangat tersentuh bila baca ni..teringat dulu masa kecik, belajar naik basikal..memang ibu ada cakap jangan buang dulu roda bantuan tu..tapi ayah cakap "tak pe, biar je" dan saya kayuh la basikal(ayah naik motor) dengan kekoknya keliling taman dekat Segamat Baru tu..lalu kat titi kecik(jambatan kat longkang besar) sampai abang jual burger kat situ kata "bang, nanti jatuh anak abang tu" tapi ayah cakap "ala, dia boleh tu"

hurm..rasa hiba pulak ni..oh, saya merupakan puteri tunggal ayah...dan sesetengah daripada yang dalam notes tu betul berlaku kepada saya..tak tau nak cakap apa dah..saya sayang ayah saya..hmm..apa perasan anda bila dah baca ni??


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, August 19, 2010

hormat la sikit..tak ada budi bahasa ke?

okay..aku buat entry tengah malam..sesuatu yang luar biasa..maknanya ada sesuatu yang menarik perhatian aku yang nak dikongsikan dengan anda semua(menarik ke?)..okay, macam ni, tadi petang aku blogwalk la kan..sampai la kat blog seorang blogger ni..siapa blogger ni? aku pun tak tau la..pertama kali aku sampai kat blog dia tu..

blog tu lawa..cun..terpikat la jugak aku..mana taknya, blog dia layout warna lembut je..sejuk je mata aku yang panas petang tadi pandang blog tu..macam biasa la kan, sampai kat blog je aku terus terjah entry..tengok mana yang boleh dikomen..entry terbaru dia..wa cakap lu, gempak habis la..memang straight to the point kata omputih..

oh ye memang bukan hak aku nak kritik apa-apa..maaf la..isunya pasal chatbox/shoutbox tu la..ala, kadang-kadang kan ada blogger yang promote YS, dapatwang entah apa lagi tu kan..katanya menyemak kat shoutbox dia..lagi, ada blogger yang hantar mesej cakap pasal dah klik nuffnang la, blog cun la, sebab nak suruh orang follow la..sebab nak mencapap cari traffic la segala bagai..anda pun tau je la kan bagi yang ada chatbox/shoutbox kat blog anda semua kan..

mula-mula aku okay je dengan luahan hati blogger ni..alih-alih sampai pulak kat bab-bab puasa..sebab orang hantar mesej kat chatbox dia "selamat berpuasa", "selamat berbuka" etc..dan dia cakap dia tak puasa dan tak payah hantar mesej macam tu...dalam bahasa yang aku rasa agak kasar..ini telah membuatkan emosi aku tidak seimbang..serius aku marah kalau bab-bab agama, bab-bab kaum, bab-bab harga diri..aku tak boleh nak kawal okay..aku terus tutup lappy..(ada macam diskriminasi tak kat ayat sebelum tu?)

who cares kalau kau tak puasa ke? tak sambut ramadan ke? zzz..ada orang kisah ke kalau kau tu melayu ke cina ke, india atau bangsa apa sekali pun?? dan dalam blog kau pun tak ada pulak statement cakap kau ni bangsa apa agama apa..so kalau tak puas hati dengan niat baik orang, tak payah la nak kecoh-kecoh..cakap aje la kat chatbox orang tu balik secara baik..konon nak tutup chatbox buat sementara sebab bosan dengan kerenah bloggers yang tinggalkan mesej entah apa-apa..kenapa tak tutup selamanya je?

pemikiran kau sungguh cetek la..and I don't assume mine is broad by the way..but I'm certainly sure mine is broader than yours..huh! aku hampir je mengeluarkan perkataan kegemaran aku tu..(nak tau ke? ala yang dalam english mula dengan huruf B tu..) okay stop..


and a big W for you...zzz..menjengkelkan..yup, memang bukan hak aku nak kritik tapi aku memang suka mengkritik..aku kritik benda yang aku tak suka..kalau ada yang menyampah dengan entry ni, suit yourself with this.. :) because I hate when I dislike so much, and I love deeply when I like things so much..and this is me..this is not the dark side..but ME! maaf ye..luahan hati je ni..don't take it to the heart..and don't hate me for this..

pasal follow mem-follow ni, aku rasa hak seorang blogger la..kalau dia suka entry anda, dia follow la..kalau tak rasa apa-apa(aku tak cakap tak suka ye) tak la kot..sebaiknya kan follow dengan ikhlas..kan senang..betul tak? aku ni tak nak la nak tulis wording yang macam kat bawah seksyen followers aku tu..tapi..hurmm..payah nak cakap..dan aku memang tak kesah apa pun korang nak tulis/taip kat shoutbox aku tu, jangan spamming sudah la..yang pasti kalau ada link insyaallah aku lawat semula blog anda..jangan risau :)


ps: wah sungguh merah..ye la siang tadi aku tak boleh nak marah..puasa..nanti kurang pulak pahala..haha!




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, August 14, 2010

fakta dan mitos tentang LIPAS..eww

ye selamat tengah hari..huhuu..saya memang suka update entry waktu macam ni..okay, hari ni nak cerita pasal makhluk Allah yang satu ni...makhluk ni boleh jadi housemate korang tau..ramai kadang-kadang tu..so, cuba la cari dalam rumah korang, mana tau ada ke..entry ni banyak gambar yang boleh buat saya pengsan..masa upload pun tahan je sebab nanti batal puasa..huhuu



oh..sangat geli okay..dulu dalam rumah saya banyak gila lipas..terutamanya dalam bilik air saya..bila nak mandi tu rasa takut takut...mau tak takut, sebab ada makhluk tengok kita mandi!! sebelum mandi tu check dulu kalau ada seekor yang tengah dok skodeng kat celah celah sink..eee..sangat geli..mana tau tengah mandi dia keluar kan..omg..rasa nak pengsan je bila ingat ni..kalau check ada, apa lagi amik sheltox la..

sekarang dalam bilik air dah tak ada makhluk tu(nak sebut pun geli) dah pindah koloni(ada koloni ke?) kat longkang belakang rumah..lepas tu bermula la episod takut masuk dapur..terutamanya waktu malam..serammmm..sebab lubang air kat dapur memang terus ke longkang belakang tu..entah dari mana masuk pun tak tau la..makhluk-makhluk tu bermastautin kat dalam kabinet pulak..adoiii..bila nak amik pinggan periuk kat tangan memang sedia sheltox je..sila jangan gelak..terutamanya lelaki..hehee

sekarang dah kurang..sebab kerja-kerja membanteras makhluk tersebut sangat giat dijalankan oleh adik-adik saya..hahaa..cuma masalah bila saya balik kolej, kat hostel memang kadang-kadang tu memang menjerit je.. :P



dengar cerita lipas ni boleh terselamat daripada bom nuklear..um, tak mati semua la..kalau korang cuba belasah lipas guna penyapu pun makhluk ni boleh lepaskan diri..haha..okay, fakta menarik tentang lipas:
  • lipas yang telah dipenyekkan bila letakkan kat luka boleh kurangkan rasa sakit/berdenyut-denyut..
  • lipas mempunyai darah berwarna putih..macam mahsuri pulak..
  • lipas biasanya keluar untuk mencari air, bukan makanan
  • lipas boleh hidup seminggu tanpa makanan tapi tidak tanpa air..manusia 3 hari tanpa air..hurmm
  • lipas boleh hidup seminggu tanpa kepala, mati lepas tu sebab kekurangan air..
  • otak lipas bukan kat kepala(sebab tu boleh hidup lama) tapi diseluruh badannya
  • lipas yang baru bersalin kulit berwarna putih dan bermata hitam..dan memrlukan 8 jam untuk membentuk kulit baru
  • lipas makmal(pernah dengar? selalu tikus makmal je kan) boleh bertelur tanpa kehadiran lipas jantan dan semua anak-anaknya betina
  • lipas terberat, Macropanesthia rhinocerus dari Australia seberat 50gram
  • lipas boleh hidup di semua tempat termasuk gurun dan artik
  • lipas boleh terbang!(ni lagi menakutkan..) tapi tidak semua jenis lipas
  • lipas menjadi makanan biasa di Kemboja..ewww
  • lipas tidak takut lampu/cahaya..pada lipas, bila lampu terpasang maknanya ada orang kat dapur..huhuu...so makhluk tu sembunyi la..
  • ada orang ingat lipas ada mata kat belakang kepalanya..tapi tak ada okay..haha..tapi makhluk ni ada bulu halus yang dapat mengesan pergerakan..patut la bila kita kat belakang, tepi, atas pun makhluk ni macam tau..
  • lipas yang "berparti" makanan semalaman boleh tahan tak makan untuk seminggu
  • lipas membersihkan diri(caya lah!) dan juga sesama rakan sepejuangan..so lipas boleh mati sebab asid borik..guna tepung dan gula(doh la tu kan) sebagai umpan..
  • lipas suka bawang! bawang kan berbau..huhuu
  • lipas makan apa sahaja..menjadikan makhluk ni omnivor
  • lipas betina..um..apa eh perkataan sesuai..mates..(hehe..google la kalau tak tau) sekali seumur hidup dan mendedikasikan sisa hidupnya untuk bertelur sahaja..haha..kesian lipas jantan..
  • jantung lipas boleh berhenti tanpa mengapa-apakan lipas tersebut
lipas pun ada mitos tau..
  • lipas tidak berhibernasi...mitos! lipas berhibernasi macam beruang jugak..haha
  • lipas tidak menggigit..mitos! ada jenis lipas besar yang menggigit
  • lipas hanya tinggal di tempat yang kotor..mitos! contohnya rumah saya la..bersih okay..tapi ada je lipas..lipas tinggal dalam dinding rumah yang bersih..lipas ada koloni besar dalam rumah sebab ada bekalan makanan yang banyak..haha..gelojoh lipas!
  • lipas bertelur dalam beberapa kantung telur dalam sebulan..mitos! ada lipas bertelur sekali dalam sebulan dan kantung telur ada lebih kuarang 40 ekor anak lipas..tapi lipas kat tempat kita juga dipanggil American Cockroach boleh bertelur setiap 2-3 hari dan dalam kantung telurnya ada 12 ekor anak lipas..produktif sungguh!
  • lipas aktif pada waktu malam..mitos! lipas aktif untuk 4 jam selepas anda menutup lampu..kadang-kadang pun kita nampak lipas waktu siang kan?
oh lipas sangat menggelikan..eww..sampai boleh termimpi-mimpi...jangan gelak! betul tau..ingat nak letak gambar banyak sikit..tak jadi la..pengsan nanti..hahha :P



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, August 13, 2010

don't hurt me~

salam alaik dan salam Jumaat..hari ni tak tau la kenapa kan..bagun sahur pagi tadi pun, rasa sedih je..lepas tu terus je la sedih sampai la sekarang ni..

tadi pulak blogwalk..baca entries hampir semua sedih je..paling sedih dapat tau seorang blogger ni, teman lelakinya meninggal dunia sebelum puasa hari tu.. :( hari ni hari sedih sedunia ke?


tu la sedih hari ni masuk masuk blog je terus tukar lagu..lagu ni pulak yang bermain dalam fikiran hari ni..ni lagu sedih kan?? :( rasanya semua tau lagu ni...jom layan..

bila cinta kini tak lagi bermakna
yang kurasa kini hanyalah nestapa
ditinggalkan cinta masa lalu ( :( )

dulu kau tawarkan manisnya janjimu
dan kusambut itu dengan segenap hatiku
hingga engkau pergi tinggalkanku

*hilangnya cintamu menusuk hatiku
hingga kumemilih cinta yang fana (nope..i choose everlasting love from HIM)
perginya dirimu merobek jantungku
hingga kuterjatuh dalam harapan

Kusebut namamu di setiap doaku (you're always included in my prayers)
bangkitkan setiap kenangan tentangmu
yang kudapat hanyalah bayangmu

* (2x)

don't hurt me..please....i can't take any pain anymore...do i have to get through this kind of feeling once in while? after all that painful thing that happened? come on! it's been a while now...go away sad....go away pain..happy, please come to me..i need you desperately..each day...everyday..

I have exam coming next week..didn't work on anything yet..feeling a huge amount of laziness in me..plus in this kind of sad state mood..i'm crossing my finger to result that will be resulted after the exam..in my mind, all I think about is a perfect holiday..perfect holiday, please come quickly..I need you so much...

and suddenly the hungry feeling is not felt anymore...despite fasting..despite the conga in my stomach..in other words, i lost my appetite..just let see what I'm going to do when break fast time..

geez..I have to do my asar prayer now..please, pray for me this sadness won't last till tonight..I have to have the mood the blogwalk tonight...and happy break fast all :) (forced smile)

ps: maaf, tiba-tiba tukar bahasa pulak..gambar kedua tu la punya pasal...


Edit: I ate..a bit..and my favourite curry puff..hehee

Edit #2: I just found out.. :( a blogger passed away days ago..how am I suppose to be happy? tak ada mood nak blogwalk ni..


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, August 12, 2010

Girls Followers, cun award..aiyarkkk!!

good evening all..how's your fasting today? any loss weight going on? hehee..I lost 3 kg last weeks..and feeling like i'm losing another kg today..hahaa..oops..mood english pulak dah..hmm..okayh, i dapat award lagi..weeehuhuuuu~~
hmm..dapat award ni daripada eily farhana..thanks ye sebab sudi tag saya..alamak malu amik award ni..cun ke i ni? hahhaa..adoii..konon konon cun je la..hehhee..

award ni untuk PEREMPUAN sahaja la..hmm..yang lelaki jangan kecik hati ye..ada kot award untuk lelaki..cuma belum ada yang buat...hehhee..oh sebab tu ke entry ni dalam merah jambu?? musykil sebentar...

memandangkan i tengah baik hati..i nak bagi semua followers wanita i...sila ambil award ye..sebab anda semua cun kerana telah menjadi pengikut blog ni..

amik!!!!!!! jangan tak amik..nanti i kecik hati..ni bulan ramadan ni..tak baik buat orang kecik hati..hmm..sebelum i kecik hati, baik korang amik award ni..

hm..okay dah mula nak merepek..ngantuk sebenarnya ni..





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

insan macam ni ada tak?

salamunalaik..macam mana puasa hari ni? seronok ke tak..hari ni nak kongsi sesuatu(entry ni saje suka-suki, kalau betul ada cepat isi borang..hahaha! :P)..nak tau insan yang ada ciri-ciri macam di bawah ada tak kat Malaysia ni..insan yang dimaksudkan lelaki ye..oh..kira macam lelaki idaman aku je ni..hehehee..

okay..aku mula ye(erk???)..lelaki idaman..huhuuu

1. mesti rambut pendek..serabai la(maaf ye yang berambut panjang) bukan apa, nampak tak kemas...for me, it's so not cool at all..
2. tak rendah dan tak tinggi..tinggi sikit 3 4 inci daripada aku sudah..kalau sama tinggi nanti aku tak boleh pakai heels..hehee
3. sentiasa berpakaian kemas..lagi bagus, kalau dia pakai selekeh pun, di mata aku tetap kemas..hahaha..ada lelaki macam ni tau!
4. have a clean shaved face..maksudnya, tak ada misai dan janggut..nampak kemas dan elegan(cewahhh!)
5. kulit cerah(wah..macam aku cerah sangat je) bukan apa, aku memang tertarik dengan lelaki kulit cerah la..tak tau la kenapa..tak cerah, kulit warna macam aku(berangan kulit cerah) pun diterima..hehee
6. wajah sedap mata memandang..kalau handsome tu bonus la kan(bajet aku cantik pulak kan..sila muntah!)
7. mempunyai sepasang mata yang ada 'WOW' pada pandangan aku..ni susah cari ye..sangat susah..hmm..sebab biasanya aku suka seseorang lelaki sebab mata dia cantik..


comel kan budak berdua dalam gambar ni..hehe..okay, yang kat atas tu macam sifat fizikal je..yang tak berkaitan dengan fizikal yang kat bawah ni..

1. taat perintah Allah dan rasul..kalau buat silap sikit lepas tu dah bertaubat tak apa sebab semua orang buat silap..aku pun bukan sempurna..
2. bertanggungjawab..mesti la kan..kalau tak bertanggungjawab memang tak payah jadi manusia..manusia tak lepas daripada perkara tu..
3. baik, tidak mengongkong dan memahami..nak aku ulas ke?
4. tidak panas baran dan boleh diajak berbincang..sebab aku panas baran sikit..nanti kalau dua-dua fire up tak tau la macam mana..tak nak la gaduh-gaduh..tak larat..lelaki kalau panas baran memang selalu angkat tangan kat perempuan..dayus okay! DAYUS!
5. tak jiwang..haha! tak nak la bahasa bunga-bunga semua tu..romantik halus, yang tak nampak tu..maksud aku, kalau ye pun lelaki tu nak romantik, cakap bahasa yang biasa sudah..
6. seseorang yang aku berasa sangat selesa bila bercakap hal-hal private..ni pun susah nak cari..hmm
7.yang paling penting, jujur, ikhlas dan setia...aku tak boleh terima la penipuan dan poligami..sedeyh.... :(

bila baca balik 7+7(kenapa 7 ek?) kat atas tu..kenapa hampir semua ada pada DIA???? da** it la!! mencik betul.. :( okay..kalau ada insan macam yang aku cakap kat atas ni..hahaa! sila isi borang..okay tipu jek..ni untuk suka-suka je okay..heheeee





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, August 10, 2010

"Apa perlu Melati makan untuk kurus di bulan puasa" contest~~

yay..saya join contest ni..haha..lama dah tak join contest..saya rasa contest ni agak menarik sebab macam lain daripada yang lain sikit..untuk kak Melati, saya harap akak berjaya melaksanakan impian akak dalam bulan puasa ni..saya mau kurus jugak!(ceh, baru hilang 3kg hari tu tapi tetap tembam :P)


saya nak bagi cadangan menu..kalau resepi untuk menu ni saya tak pernah cuba buat,tak dapat la bagi resepi tapi pernah makan dan merupakan salah satu makanan kegemaran saya..hehehee..

okay..menu yang saya nak pertaruhkan IKAN KUKUS HALIA/LEMON (ikan siakap lagi sedap dan sesuai)..rasanya menu ni memang menepati cita rasa kak Melati..nak pedas pun ye, nak lemon pun ye..dan memang berkhasiat..sebab kukus tak guna minyak..memang biasa makanan kukus sangat baik..

sekarang nak tag..um..

3. kamu!! siapa yang baca entry ni, sila join..hehehee

cik myra dan cik fatin..join tau! siapa-siapa yang nak join, join la..untuk syarat-syarat contest ni, sila klik sini..anda akan di-directkan terus ke entry contest ni kat blog kak Melati.. :)



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, August 8, 2010

belajar English perit?? ada tips..

hai assalamualaikum dan selamat petang semua..macam dah lama pulak tak buat entry berat(berat ke panjang? haha)..ye la hari tu tak berapa sihat..hari ni dah okay alhamdulillah..hari ni aku nak cerita pasal bahasa inggeris aku dan ada tips sikit..hehee..dari sekolah rendah sampai sekarang..harap anda semua bersabar la ye semasa membaca(kalau anda baca la)

apa jadi isu tukar balik silibus sains dalam bahasa inggeris ke bahasa malaysia tu? sebenarnya banyak kebaikan sains dalam BI..orang je sibuk nak sangat tukar balik..BM sama juga lingkup..hmm..zzz...cuba luas sikit fikiran tu..pandang jauh sikit..jangan pandang had tu je...opss..jangan kecik hati ye..maaf..

okay..sekolah rendah, english aku biasa-biasa je..malah sangat bodoh bahasa inggeris okay..cikgu banyak bagi kerja sekolah grammar, bina ayat macam-macam lagi la..kadang-kadang ada spelling..soal perkataan present-past tense etc...biasa la tu kan..selalu je cikgu(dah lupa nama cikgu) soal sebelum mula pelajaran dan aku antara murid terawal yang duduk..hehhehee..sambil-sambil duduk tolong member sebelah bagi tau jawapan..sampai kena marah dengan cikgu..huhuu

bila test selalu je dapat markah tinggi tapi percubaan upsr tak dapat A...zzz..how annoying..trial 2 kali dapat B dan B tu BAHASA INGGERIS!!!! dengan berbekalkan 2 minggu aku belajar, tingkatkan vocabulary, baca jawapan belakang buku latihan..akhirnya, alhamdulillah upsr bahasa inggeris dapat jugak A..yang lingkup sains..adoiiiiii..sejak tu sains aku terus jatuh merudum..hahaha!

form 1 okay je..bila dah masuk form 2 BI pn dah semakin susah..teruk jugak markah..masa tu la ibu beli buku Harry Potter..aku hentam je la baca buku-buku tu dalam BI..perit jugak belajar BI ni weh..baca sambil tengok kamus..lama-lama malas dah..teka je maksud perkataan..bukan dengan baca je, aku dengar lagu BI..cari lirik kat internet..sebut balik untuk betulkan pronounciation..tengok cerita omputih tanpa tengok sari kata..dengar radio hitz.fm..join forum di alam maya(harry potter forum)..

memang seronok belajar BI..terutamanya masa join forum tu..dapat berinteraksi dengan mat saleh..dan aku dapat seorang rakan pena dari Portugal..kami selalu berutus surat/email sampai sekarang..hohoho! masa tu umur aku 13-14 tahun..mudanya la hai masa tu..hehee..alhamdulillah BI aku bertambah baik..pmr english cemerlang..bila masuk silibus spm, memang susah sikit sebab kena buat karangan 350 patah perkataan..bukan 1 tapi 2 karangan..huh..maka,(ceh!) aku luaskan pembacaan..baca buku yang penulisnya berlainan(setiap penulis menggunakan cara penulisan yang berlainan), majalah(readers digest, newsweeks etc.)..diari pun aku tulis dalam english..

BI spm aku bagus..hehee..GCE-O tu pun bagus(bagus ke?)..sampai la aku form 6 kena amik MUET(Malaysian University English Test) pulak..lagi susah..kali ni siap ada speaking listening entah apa lagi segala bagai..karangan pun soalan demand macam-macam..pemikiran kena luas supaya karangan yang dihasilkan nampak matang(ibu aku yang cakap)...alhamdulillah MUET aku pun okay..siap amik 2 kali sebab nak dapat lagi baik..huhuu..aku ada 2 slip MUET..hehhee


sekarang ni, kampus aku memang all english..kira macam english based campus..memang setiap masa je kena cakap inggeris(setiap masa ke?)

untuk adik-adik aku(literally, if you guys ever come across this blog of your sister), sila contohi kakak kamu yang bijak ni..hahaha!! anda semua yang membaca boleh muntah sekarang...hehee..tak ada la bijak mana pun..biasa je...kurniaan sementara dari yang Maha Pandai..hmm..

biar aku ringkaskan tips yang aku dah guna:


1. pupuk minat membaca bahan bacaan bahasa inggeris(buku cerita)..saya syorkan mula dengan buku-buku Harry Potter sebab J.K Rowling guna simple english standard pelajar sekolah menengah rendah.

2. biasakan dengar lagu berbahasa inggeris(cari lirik), nyanyi sekali kalau boleh..peduli apa orang kata sedap ke tak..kita nak belajar cara sebutan perkataan tu (pronounciation)

3. luaskan pembacaan anda..jangan takuk buku Harry Potter je..baca la surat khabar, majalah dan sebagainya..diingatkan, semakin lama kita belajar, bahan pembacaan kena ditingkatkan kepada jenis ilmiah..bukan unsur fiksyen lagi..

4. tengok cerita berbahasa inggeris tanpa melihat sari kata(subtitle) untuk menguji kefahaman anda

5. praktis bercakap dengan rakan dalam bahasa inggeris..bila lagi nak praktis pronounciation anda? jangan rojak kan bahasa pulak..guna ayat penuh..

6. buang rasa malu..dengan kawan je lagi pun kan..kalau salah gelak ramai-ramai..hehee..lepas tu saling betulkan yang salah antara kawan-kawan anda..

7. tips untuk grammar yang betul cuma membaca dan buat latihan sahaja..tiada cara lain..sebab melalui pembacaan, secara tidak langsung anda dapat mengesan penggunaan grammar dan ayat yang betul, dibantu dengan latihan yang anda buat...

8. rajin buka dan baca kamus..huhuu..pelik tapi benar..bila anda buka kamus untuk cari perkataan yang diingini, anda akan lihat pelbagai lagi perkataan baru..boleh tambah vocab..ye tak?

9.tips terakhir, anda memerlukan kerajinan dan semangat yang tinggi..tapi saya tak ada la rajin..semua tu dilakukan kerana minat..

tu je la kot yang diamalkan semasa di sekolah menengah..adik-adik yang nak ikut cara ni boleh rasanya, tapi tanya la cikgu anda dulu..ye la, tips ni bukan daripada orang professional kan..cuma nak kongsi pengalaman hidup..hehee


jeng jeng jeng! ni la makanan tengahari aku..bubur nasi berlauk...lauk tu ada kobis masin, lobak manis, ikan bilis goreng..semua tu digoreng dengan bawang merah+bawang putih+cili(banyak pun boleh sebab kalau tak muak bila makan)..goreng lama sikit dalam kuali..tak tau la kenapa, ibu tak cakap pulak kenapa..supaya sedap kot..hehee..telur dadar aku malas buat(omg pemalas gila!!)




okay..tu je tips yang aku nak kongsi..



ps: aku pernah kena kutuk kot(tak ingat siapa) sebab dengar lagu BI..zzz...sungguh tidak moden dan cetek fikiran...





MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, August 5, 2010

followersku, cinta memang cukup sampai di sini~~

yay! saya suka buat entry waktu macam ni...hehee..tapi kat sini mendung pulak..patut la pun sebab pagi tadi bangun nak solat subuh, rasa sedih je..rasanya macam mimpi sedih la malam tadi tapi tak ingat mimpi apa...oh..mimpi sedih buat apa nak ingat kan?

aku tukar lagu ni semalam..cinta sampai di sini..bila masuk blog je..adoii..layu je rasa hati ni...jom layan..

mencoba tuk fahami
mencari celah hatimu
bila harus menangis, aku kan menangis
namun air mata ini telah habis(i can't cry)

*segalanya telah kuberikan
tapi kau tak pernah ada pengertian
mungkin kita harus jalani
cinta memang cukup sampai di sini(stop here..no more for you)

mencoba tuk rasuki
menyentuh palung jiwamu
bila harus mengiba, aku kan mengiba(i'm too weak to hold on..)
namun rasa ini telah sampai di ujung lelahku(..letting you go is better)

*(2x)

hurm..tadi blogwalk..macam-macam entry aku baca..tapi yang paling ingat, pasal bunuh diri...hmm..oh, aku tersangat la faham kenapa orang nak bunuh diri sebab putus tunang, kawen, cinta etc...huhuu..tapi tak pernah terlintas pun aku nak buat....ishh..minta dijauhkan dari perkara yang boleh memurtadkan diri tu..itu kerja bodoh okay...

cuma aku suka tempat tinggi..rasa tenang je bila kat tempat tinggi-tinggi..(ada potensi jugak!! haha)..lepas ni kalau keluar surat khabar tajuk: "blogger .:~tHis girL~:. mati bunuh diri" jangan percaya tau..sebab aku cuma terjatuh je..atas kecuaian(aku memang cuai)..tak ada niat bunuh diri..oh..lagi satu, tolong bela aku okay..aku tak munuh diri..hehe..apa aku melalut ni..*geleng pale* astagfirullah...*nak beristigfar kejap, trying to shake this thoughts off my head*

baru-baru ni pasal bekas ADUN yang mati dengan kesan tembakan kat kepala tu..dia bunuh diri ke? hmm..besar sangat ke masalah sampai nak bunuh diri ni? besar lagi dosa kita yang nak difikirkan..tambah pulak dengan dosa bunuh diri..wah..sangat besar okay..cukup untuk duduk dalam neraka beberapa tahun..beberapa ke? wallahualam..Dia je yang tau..

ala, cukup la..malas nak cerita pasal bunuh diri ni..minta dijauhkan la kita dari semua tu..hehee..aku ada benda nak tunjuk kat semua followers dan readers aku..ye la, tiba-tiba je followers aku dah cecah 100+..


hehee..kreatif tak?? (puji diri sendiri pulak! :P)..ni bukan banner, bukan giveaway, bukan contest atau apa-apa pun..saje je buat..bosan semalam...kalau anda nak amik, amik la..tempek kat blog ke, entry ke..aku tak kesah..memang aku buat tuk semua followers aku..tak amik pun tak pe..aku tak kecik hati..

tapi terima kasih banyak sebab sudi jadi follower/anonymous follower(kalau ada) blog sengal+emo+entah apa-apa je ni..okay..sangat malu bila orang follow blog ni..haha..tapi kalau yang belum jadi follower blog ni, nak follow, dialu-alukan..you guys meant a lot to me.. :)





MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, August 4, 2010

~rahsia garisan tapak tangan~

evening all..hehee..hari ni nak kongsi sesuatu..tapi jangan pulak percaya..bertujuan untuk suka-suka sahaja ye..ingat, semuanya di tangan Allah..

okay, bandingkan garis-garis kat tapak tangan anda dengan nombor pada garisan dalam gambar ni..maksud garisan tu seperti yang dinyatakan di bawah










1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan anda. Semakin panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan anda untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, memperlihatkan bahawa anda seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan berupaya untuk belajar dengan lebih gigih. Bagi anda, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan anda. Sekiranya anda mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, menunjukkan bahawa anda setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan anda mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama..

4. Garis kejayaan
Cuba anda perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan anda.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya anda mempunyai garisan sedemikian, menunjukkan anda akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan anda. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan anda tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, anda diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup anda. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya.

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak anda nanti. Misalnya anda mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak anda nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah anda seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya anda mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya anda juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi anda yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan anda mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba anda perhatikan pada pergelangan tangan anda di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat anda. Kira saja berapa gelang yang anda ada dan ramalkan jumlah hayat anda sendiri..


PERINGATAN: ajal, maut, jodoh pertemuan dan perpisahan semuanya di tangan Allah..jangan percaya sangat okay..ni untuk mengenali diri sendiri sahaja.. :)

ps: jawapan teka-teki bulan lepas(sila lihat entry ini untuk soalannya), hehee..jawapan jamban...okay boleh muntah sekarang..hahaa






MySpace Graphics


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, August 2, 2010

how to have a lovely day~~


selamat petang..hehee..tu..atas tu..how to have a lovely day..it works for me..terutama yang pertama tu..cuba la...

yup, everything is okay..semua baik-baik sahaja..semalam friendship day!! dan hari ni, sudah 2hb Ogos...sekejap je dah bulan Ogos..ceh, dah dalam bulan ni memang la kata kejap..sekarang ni, tunggu bulan Disember..kejap ke lama?? tak sabar menunggu tahun 2011..ada apakah???

tak ada apa-apa...cuma bila dah masuk tahun 2011, umur semakin naik, masa belajar semakin kurang, harap diri juga semakin matang seiring dengan usia..bila nak habis belajar ni? boleh tak aku nak skip tahun 2011 dan 2012? oh, tengok! aku tak bersyukur lagi..ishh..astagfirullah..

hmm..aku dah dapat makan beef steak dan sup ikan merah..weeheheee..terima kasih ibu! and lots of other cravings to be fulfill..in 2 weeks I hope..hmm..there's one thing i'm yearning for..that only one thing I yearn for years..but it is not to speak of here..sebab tak percaya rasa tu masih ada..benda dah lepas kot..tolong keluar dari wishlist aku...*sigh*


bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu bahawa dirimu telah mencuba sedaya upaya
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu
bila kau rasa ketinggalan dan ditinggalkan, Allah setia disisimu
bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak berhasil, Allah ada jalan penyelesaian
bila tiada erti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya


MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails