CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, August 4, 2010

~rahsia garisan tapak tangan~

evening all..hehee..hari ni nak kongsi sesuatu..tapi jangan pulak percaya..bertujuan untuk suka-suka sahaja ye..ingat, semuanya di tangan Allah..

okay, bandingkan garis-garis kat tapak tangan anda dengan nombor pada garisan dalam gambar ni..maksud garisan tu seperti yang dinyatakan di bawah










1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan anda. Semakin panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan anda untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, memperlihatkan bahawa anda seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan berupaya untuk belajar dengan lebih gigih. Bagi anda, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan anda. Sekiranya anda mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, menunjukkan bahawa anda setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan anda mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama..

4. Garis kejayaan
Cuba anda perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan anda.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya anda mempunyai garisan sedemikian, menunjukkan anda akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan anda. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan anda tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, anda diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup anda. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya.

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak anda nanti. Misalnya anda mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak anda nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah anda seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya anda mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya anda juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi anda yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan anda mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba anda perhatikan pada pergelangan tangan anda di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat anda. Kira saja berapa gelang yang anda ada dan ramalkan jumlah hayat anda sendiri..


PERINGATAN: ajal, maut, jodoh pertemuan dan perpisahan semuanya di tangan Allah..jangan percaya sangat okay..ni untuk mengenali diri sendiri sahaja.. :)

ps: jawapan teka-teki bulan lepas(sila lihat entry ini untuk soalannya), hehee..jawapan jamban...okay boleh muntah sekarang..hahaa






MySpace Graphics


~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

8 tHis girL's lovers commenting:

MyraLove =) said...

best2..ahahah
siap main lawan2 lagi..sape menang..sape ramai anak..hahah

Anonymous said...

wah..lawan dengan sape pulak tu..hehee

miSz tUna said...

haha.. kalaulah bende ni tepat.. sy mcm akn hidup 25 thn saje :P

Anonymous said...

ishh..xdenye tepat..maut tu bukan garisan tangan yg tentukan..insyaallah panjang umo.. :)

tubelawak said...

garis tapak tangan aku pelik sikit.. ahahaha.. tak macam dalam rajah tu.. tangan pelik ni dipanggil simian line..

simian liner

Anonymous said...

yep..i know about simian line/r..hehee..ni berkaitan dengan otot kot..

SyazwanJaudin said...

ooo macam gini kot diorang tilik tapak tangan.. Ceh...
En.Wan

Anonymous said...

hehee..agaknye la kot..ngak tau deh..ngak ambil pusing..apa2 pun usah dipercayain hal kayak gini..

eh, kenapa ckp indon lak ni..hahhaa..ngantuk mcm ni le..huhuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails