CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Saturday, August 21, 2010

tulang rusuk LELAKI vs PEREMPUAN

assalamualaikum..hari ni macam aku cakap hari tu, nak cerita pasal tulang rusuk..tulang rusuk manusia lelaki dan perempuan..biasa dengar "perempuan dijadikan daripada rusuk kiri lelaki" tak? hmm..ada percanggahan pendapat di sini..tettttt..bukan aku yang bercanggah pendapat..entah siapa aku pun tak kenal la..kadang-kadang manusia ni terlebih berfikir, lepas tu wujud la teori baru yang entahkan betul entahkan tidak...



okay, yang paling atas tulang rusuk lelaki(tak berapa jelas kan?), yang bawahnya, tulang rusuk perempuan..gambar dari en.google..heheee..aku rasa ramai yang beranggapan tulang rusuk lelaki kurang satu daripada perempuan kan? mitos!! lelaki dan perempuan mempunyai bilangan rusuk yang SAMA..kiri dan kanan...tak percaya? tanya doktor anda...come on..you couldn't expect if Adam's rib is taken to create Hawa, and his children will have the same missing ribs as his father, could you? kalau seorang bapa mempunyai tangan yang kudung akibat kemalangan atau sejak lahir, bila kahwin, tak kan anak dia pun tangan kudung jugak? peratus kemungkinan tu ada tapi sangat rendah..tu pun kalau sebab genetik..

lagi satu isu yang tidak pasti..sejak kecik lagi kita diceritakan tentang kisah kejadian Nabi Adam dan Hawa..yang menjadi isu, betul ke Hawa, Allah jadikan dari rusuk kiri Nabi Adam? diingatkan sekali lagi, bukan aku yang timbulkan isu ini ye..

daripada buku ibu aku ni, Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir; Jilid 1, m/s 132...

Sebuah pendapat yang diriwayatkan oleh Muhammad ibn Ishaq daripada Ibn 'Abbas yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Hawa telah dijadikan daripada tulang rusuk sebelah kiri Adam a.s. sedangkan pada waktu itu Adam a.s. sedang tidur."
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

tapi berdasarkan ayat al-quran, "Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri..." maknanya dari spesis yang sama: manusia, Homo sapiens. timbul la persoalan yang mengatakan hadith kat atas tadi hanya kiasan daripada Rasulullah..ye la, tulang rusuk kan bengkok, perempuan diibaratkan macam tulang rusuk tu, senang patah, mudah terpesong dan sebagainya..

weh...aku rasa aku tak layak la nak cakap lebih-lebih pasal ni..aku belajar Quran dan As-Sunnah pun sampai SPM je..so, sangat kurang ilmu..tapi tak apa, ni sebagai pengetahuan sahaja..

kalau nak tau kenapa perempuan tidak berasal daripada rusuk lelaki, disertakan dalil sekali..tapi aku masih ragu dengan kenyataan itu..sebenarnya, Allah sahaja yang tau...sebab tu la timbul isu macam ni kalau manusia terlebih berfikir...tapi tak salah kalau kita mengkaji..ilmu kita setitik daripada air laut sedunia okay...nak dibandingkan dengan ilmu aku ni, tak sampai setitik pun..okay, klik sini






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

14 tHis girL's lovers commenting:

HaN WarreN said...

fakta menarik ni...hantwo try wat research ar...mencari kepastian supaya kebenaran dapat diperolehi... ;)

My Love said...

Hawa bukan diciptakan daripada rusuk adam.. itu kiasan saja..

yg menyatakan hawa (eve) dicipta drp rusuk adam terdapat di dalam Bible..

yg sahihnya, hawa itu diciptakan daripada adam.. dan tak dinyatakan drp bahagian mana..

tapi wanita selepas hawa, semuanya diciptakan daripada air mani.. ;)

Anonymous said...

hantwo, wat la..sy dah penat bukak dr buku ke buku, dr website ke website..masih samar je lg..

Ustaz, yeah ade ustaz nak jawab! sy suke..um..kalau wanita selepas Hawa memang la dari semen n ovul..sy tau..dan yg dari Bible tu pun sy tau(alangkah bagus nye kalau injil sebenar masih ade)..tapi sy pelik, sy dh bace buku2 tentang ni, kenapa tak nyatakan skali tu sekadar kiasan..baru2 ni je org kate kiasan Rasulullah..sy harap la ade forum perdana/halaqah/al-kulliyyah tajuk pasal ni..

Anonymous said...

Ini soal kecil watpe nak buat forum. Lbh byk soal lain yg lebih penting. Excited sgt pasal tulang rusuk. Napelah klu hawa dijadikan dari tulang kering nabi Adam a.s... Hehe

misyamissyou said...

Anonymous: mmg pn soal kecik tp besar pengertiannya..sbb tu xjd kan drp tulang kering.. -___- tuhan tu bijaksana la dia jd kan perempuan drp tulang rusuk..tulang yg tggungjawabnye melindungi jantung, peparu n hati manusia..tp manusia bernama lelaki je yg xpernah faham sebuah kejadian mulia ni..smpai kate npe xjadikan drp tulang kering..pffft!

Anonymous said...

saja nak tambah, baru2 nie ader tgk citer agama yg mlm2 kat tv tu. pasal kunsa. benda nie terjadi semasa zaman sahabat (ali r.a). seorang lelaki yg baru pulang ke rumah setelah sekian lama mendapati isterinya mengandung sedangkan isterinya ditinggalkan bersama seorang hamba perempuan yg pernah beranak (kemudian didapati beliau seorang kunsa). hal ini diajukan kepada khalifah dan saidina ali yg berilmu tinggi pun buntu. lalu seorang tua menasihatkan agar saidina ali mengira tulang rusuknya untuk memutuskan sama ada beliau adalah lelaki atau perempuan. :)

misyamissyou said...

Anonymous: oh wow really? ilmu baru ni..hmm entah..tp tu drp cerita ke drp rancangan forum agama? ke hadis? hurmm ape2 pn thanks sebab sudi share! :D

MC Bong said...

kiasan sahaja ...
lelaki dan perempuan jmlah tulang rusuk sama sahaja ..
sy juru x ray ..
jumlah tulang rusuk adalah 24 cabang semua

Anonymous said...

Tiap2 anak cucu Adam akan rosak binasa kecuali tulang ekor. Dari situlah dia akan disusun semula pada hari berbangkit (sumber rujukan daripada Tafsir Ibnu Katsir).
"Tulang ekor" maksudnya mungkin DNA pada sains moden sekarang.
Ini pada anak cucu Adam tapi bagaimana dengan Hawa?
Dalam Al-Quran Hawa dijadikan dari diri yang satu (Adam).
Adakah DNA itu benar2 tulang ekor atau benda lain yang akan dapat ditemui sains pada masa depan?

Unknown said...

Rasanya tulang ekor tu dimaksudkan dengan tulang sulbi. Pabila seorang anak Adam meninggal dunia,keseluruhan jasadnya akan dimamah bumi kecuali tulang sulbi. Tulang sulbi ni ialah satu bahagian di tulang belakang berdekatan dengan kawasan pinggang seseprang manusia. Sebesar biji sawi. Ada dinyatakan di dalam Al-Quran. Daripada tulang itulah kita akan dibangkitkan kelak.

Unknown said...

Kalau xfaham tendang smua ni tolong tunjuk ustaz2....mntk tolong jgn buat blog yg bodoh ni....kerana ia Sgt menampakkan kebodohan yg amat bodoh

misyamissyou said...

Tapi anda pun tak perlu nak tunjuk kebodohan anda dgn mengata orang bodoh. Dan tak perlu juga tunjuk kebodohan anda dalam perkara membaca sebab anda tak membaca dari mula sampai akhir dan bodoh dalam memahami kandungan petikan. Ye kan? Bodoh tak? Orang lain tak ada masalah pun dgn blog ni, sebab blog ni sekadar membuka minda orang yg selalu anggap tulang rusuk lelaki kurang. So anda atau saya atau blog ni yg bodoh? 😏

misyamissyou said...

Ye yg saya faham pun tulang ekor tu tulang sulbi. Tapi kan, tentang tulang rusuk tu hanya kiasan 😊

Unknown said...

Cuba seorang Bapa potong jarinya.. anak yg lahir secara normal jarinya tetap 10.
Tuhan tidak menyatakan semua lelaki akan kurang rusuknya berbanding perempuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails