CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Friday, November 11, 2011

J - Jemput-jemput


hyep! aku hampir terlupa hari ni huruf J..al maklum la sibuk dengan kerja..hihii okay, seperti tajuk jemput-jemput..ni perkataan orang johor tapi orang negeri lain panggil cucur ataupun cekodok..haha dua-dua pun sama je..

ada banyak jenis jemput-jemput seperti jemput-jemput udang, pisang, ikan bilis, bawang, kurma, kentang, keledek, manis, nasi pun ada! tak percaya? cuba la google..ngee..tak tau rupa jemput-jemput atau cucur ataupun cekodok ni? gambar bawah ni jemput-jemput pisang


aw aw aw! sedapnye..jemput-jemput ni bahan asasnya tepung gandum je..yang lain-lain tambahan..anda nak goreng adunan tepung dan air sahaja pun boleh..namanya tetap jemput-jemput tapi kurang sedap la sebab tak ada flavour kan..tu yang letak pisang, bawag, ikan bilis, udang etc..senang je buat ni..orang lelaki yang jarang pergi dapur pun boleh buat..cuma kena pastikan jangan terlalu sikit air, jangan terlalu lebih air dan garam jangan lupa!

aku tengah mengidam jemput-jemput ikan bilis ni...hurm dah lama tak makan jemput-jemput ikan bilis ibu..selalunya aku je yang buat kat rumah...ye la aku dah besar kan..sekali mintak ibu buat, ibu cakap "pergi la buat sendiri, senang je pun" okay, sangat hampa T_T

nak resepi? klik je kat gambar jemput-jemput pisang tu.. :)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

4 tHis girL's lovers commenting:

Mra Mastura said...

lapar. masakkan!

misyamissyou said...

Mra Mastura: aku pn xde sape masakkan uhuk!

ILA HonEyBuNNy said...

org kedah panggil cekodok..hehhe

suka makan...;-)

misyamissyou said...

ILA HonEyBuNNy: hehe yep! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails