CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Friday, February 24, 2012

bye anda semua~


salamun 'alaikum..perasan tak budak perempuan ni update straight seminggu..macam tak percaya je tuan blog ni bila budak perempuan ni update non-stop seminggu, satu hari satu entri..(tuan blog ni dengan budak perempuan ni orang yang sama ye) budak perempuan ni free (tipu! kerja sekolah berlambak) yang teramat sampai boleh update dan blogwalk sambil tersenyum baca entri blog anda semua..haha


weheartit



maka pada hari ini, detik ini, budak perempuan ini sudah mula buka microsoft word dan baca jurnal (tipu lagi!! dia tengah taip entri ni kot) yang sangat bosan..sukacitanya dimaklumkan, budak perempuan ni akan hilang..tak update blog je..3 4 hari, minggu mungkin, sebab nak fokus terhadap hal duniawi ni..nanti bila bosan dengan kerja sekolah budak perempuan ni ada la kat kotak komen ataupun kat tempat jerit blog anda ye

jangan rindu i tau haha..ada ke yang rindu i? (tiba-tiba gedik pakai "i" ni kenapa?) 




psst~ dear homework, can you like, go DIE or something?? huh!


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, February 23, 2012

bila hati mati~


banyak ketawa, hati mati

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (didunia ini) dan mereka akan menangis banyak (diakhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan. [At-Taubah:82]

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah)

Hati merupakan pemerintah diri...jika baik dan bersih hati seseorang, maka bersih la seluruh anggotanya dan jika kotor dan hitam hati seseorang, maka rosak la keseluruhannya..bayak ketawa membuatkan kita lalai..banyak ketawa seolah-olah tidak takut kepada Allah..banyak ketawa membuatkan kita sering lupa dengan perkara bermanfaat dan lupa mengingati mati..bila hati mati, senang la syaitan meniup dan membisikkan hasutan jahatnya...bila hati mati, runtuhlah keperibadian dan akhlak...bila hati mati, yang binasa maruah diri..namun Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana..

Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman. (Riwayat Tirmidzi)

orang tua-tua kata, jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis..itu sangat betul..

nah amik gambar tuan blog ni..ni namanya seni, tak payah marah la kenapa potong-potong gambar..kau apa tau, kau tak pergi belajar sekolah seni (abaikan, budak perempuan ni gila) dah lama kan tak letak gambar sendiri? ngeeehehehe sila jangan tengok mata dan senyuman saya tu lama-lama..nanti jatuh senta pulak..macam juling aje O_O






psst~ bila tersedar ketawa banyak, cepat beristighfar..semoga Allah mengampuni kelalaian kita



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, February 22, 2012

laut dan awan~



rindu nak sentuh gebu awan..rindu nak rasa masin laut



psst~ cuba dengar If You Ever Come Back - The Script..lagu tu je hari ni



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, February 21, 2012

Rapuh Tapi Tak Patah

selamat tengah hari..sebenarnya tak tahu apa yang berlaku pada diri ini..lebih tepatnya hati la..atau nak lagi tepat, tentang hidup..2 3 minggu ni macam celaru je..serabut entah kenapa...tu yang terhasil entri merapu "sometimes..." tu..lepas daripada tu struggle tak nak tulis entri yang konon-konon macam tak sedih, kecewa, gembira, senang hati etc.. buat yang macam biasa-biasa je..tapi tak boleh la..sungguh itu bukan diri budak perempuan ini..


source: google images

entri sebelum entri ni, "kurang kasih sayang" tak ada kena mengena langsung dengan aku..entri "beribu dalam satu" percubaan yang agak bagus tapi tersasar jugak..entri "tak boleh derma darah" merupakan entri gedik..bukan tak tau pasal derma darah tu cuma....i'm just not me..tapi entri ni memang diri aku yang sebenar..

bukan ada masalah apa pun..tak ada! TAK ADA! cuma pelik dengan diri sendiri..maybe it's hormone thingy..tapi jauh lagi, lama lagi kalau nak cakap ada kaitan dengan hormon..memang pelik gila..benda yang pelik-pelik je budak perempuan ni buat

blog ni pun pelik dah..aku dah aktifkan comment moderation yang aku tak pernah buat dulu..masuk blog orang baca tapi tak komen, tak tinggal jejak whatsoever..ada antara blog anda yang aku baca dalam silent mode..lepas tu ada yang aku mintak komen aku jangan di-publish, ada yang komen ke laut..semuanya ke laut..pelik bukan?

assignment? aku tak pernah delay sampai 3 minggu..TAK PERNAH! biasa kalau dah dapat soalan, terus mula buat research, susun info dan taip..tapi ni tak mula lagi satu apa pun..(ye ye budak perempuan ini rajin >_< masuk bakul angkat sendiri :P)


source: weheartit

oh..mungkin ada kaitan dengan perkara itu..perkara yang aku mengamuk semalam kat twitter..tak payah cari la aku mengamuk apa, aku mengamuk kat HQ je..nasib baik tak salah ngamuk kat sebelah..nasib baik tak ada boyfie..kalau ada satu hal pulak nak fikir pasal boyfie -___-

sebab ku sayang dia, sebab kukasihi dia
sebab kutak rela tak selalu bersama
ku rapuh tanpa dia seperti kehilangan harap
jikalau memang harus kualami duka
kuatkan hati ini menerimanya

***

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu
dalam dada kuharap hanya diriMu yang bertahta




psst~ dah faham dah makna mimpi tu...it is what i fear most..and it happens :'(
pssst~~ lirik lagu Rapuh--Agnes Monica | Opick..playlist dua lagu tu je hari ni
psssstt~~ dp fb tukar tulip lagi..



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, February 19, 2012

Kurang Kasih Sayang

assalamualaikum..serasa tidak mahu update hari ni sebab bahu ni sakit tiba-tiba macam bergaduh bertumbuk, terseliuh ke apa tak tau la..bangun pagi macam "arghhhh sakit!!!" tak boleh gerak langsung..sakit kat joint tu..agak sendi lesung (whatever it called, kawe lupo doh sendi gapo tuh) tu haus ke apa (macam tayar pulak) melalak jap atas katil pagi tadi sebab bila angkat tangan sakit ya ampun! ni pun sakit je lagi..tapi bila ada topik best nak share kan, kalau dah namanya blogger...haha ada aku kisah sakit tangan ke sakit lutut ke? up jugak!

urm..tadi la masa dalam kereta, on the way balik kolej, bual dengan ibu ayah pasal kurang kasih sayang ni..kesian tau dengan orang yang kurang kasih sayang..petik daripada ayat kelab apa entah tadi kat facebook:
"Orang yang kurang kasih sayang, sentiasa terdesak mahukan perhatian."

orang macam ni selalu minta dipuji, dikenali, disayangi, dihargai dan lain-lain la..tak kira la apa cara sekali pun..bagi sesetengah orang, orang macam ni agak menjengkelkan sebab orang ni menunjuk, berlagak, sombong, over, cakap lantang dan kuat, macam minta lempang dan minta kaki punya orang..adeh..

mungkin sebab faktor kekeluargaan..nampak macam gembira bersama keluarga tapi hakikatnya kurang kasih sayang..mungkin kasih sayang keluarga terbelah bahagi sebab adik-beradik ramai..ada yang terabai, tak dapat perhatian sewajarmya dan sebagainya..mungkin juga faktor kawan-kawan, sebab dia ni tak menonjol dalam kalangan rakan-rakan..kecik je kat tepi dinding kalau dalam kumpulan..maka orang ni amat terdesak untuk dikenali..dia menonjolkan diri dengan cara yang bagi sesetengah orang tak senang dengan perubahan dia tu..mungkin cara dia salah, mungkin cara dia tak sesuai


tak salah pun nak menonjol diri tapi berpada la...ada je cara menonjol diri yang baik..jangan la guna cara yang salah..ada tu sebab nakkan pangkat ataupun jawatan sampai sanggup dengki dengan orang lain..cara dengki-mendengki, cara fitnah-memfitnah, macam-macam cara jahat lain la..ishh nauzubillah..

namun, aku, ibu dan ayah sependapat mengatakan tidak semestinya orang yang tiada ibu atau ayah, atau kedua-duanya, anak tunggal, orang yang tak ada pasangan hidup, tiada boyfriend atau girlfriend, orang yang hanya mempunyai bilangan kawan-kawan yang sedikit dan juga orang yang hidup sebatang kara mengalami "kurang kasih sayang" ni..

kenapa?

sebab mereka hidup secara bersederhana....low profile omputih kata...tidak menunjuk, tidak riak dan takabur, tidak tinggi diri dan percakapannya, bersyukur atas setiap nikmat yang diberiNya..sejuk mata memandang bukan? 

kenapa? 

sebab orang yang macam ni diredhai Allah..kasih sayang Allah tu lebih besar..Dia juga maha pemurah dan maha penyayang..cukup dengan kasih sayang Allah je, kita dah boleh hidup kat dunia ni..lagipun, memang atas ihsan Dia juga kita hidup kat bumi ni..mohon kasih sayang daripada Dia, insyallah anda sendiri akan disayangi semua orang..tak perlu menonjol diri dalam keadaan terdesak


err..budak perempuan ni kurang kasih sayang ke? tak kot..haha ramai je sayang aku :P jangan jeles..




 psst~ kamek sik sempurna juak..mohon ajar kamek..mek sik pandai gilak kelaka sarawak tok >_<





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, February 17, 2012

beribu dalam satu


salamunalaik..malas nak taip intro terus je la..sebenarnya kan, aku tak tau apa yang aku rasa sekarang n, gembira? sedih? marah? keliru? rindu? sayang? cinta? kecewa? entah...tolak "marah" sebab aku tak ada pun rasa marah..rasa tu bercampur baur..semua yang berlaku cepat sangat..secara tiba-tiba..tak tau nak handle..lepas satu, satu yang datang..bertimpa-timpa

nooo! bukan masalah tapi situasi yang berlaku..pernah tertanya tak macam mana seorang wanita, ataupun senang cerita, budak perempuan ini boleh rasa macam-macam rasa dalam 1 masa? >_< hurm...kadang-kadang tu bila rasa macam ni, aku terus masuk tidur..malas nak fikir..


psst #1~ don't take someone for granted..you might regret it
psst #2~ penat la tunggu, kalau tak nak, saya pergi..senang cerita..tak ada la saya sakit hati
psst #3kalau awak nak cakap dengan saya, maknanya awak nak cakap la..tapi kalau awak tak nak cakap dengan saya, maknanya tak nak la kan..ye saya faham tu
psst #4~ rasa pelik menaip guna keyboard ni..lappy adik..lappy sendiri hantar klinik..tuan dia dah ok, dia pulak sakit..dia ok nanti aku blogwalk yep!
psst #5~ i hate to see you hurt.. :(
psst #6~ malasnya nak buat assignment
psst #7~ ibu pun tak bagi aku derma darah..haha yay! semua orang sayang budak perempuan ni..jadi, dia tak membantah lagi :P terima kasih, dan "saya sayang anda juga!" kepada yang melarang budak perempuan ni derma darah..
psst #8~ saya rindu awak tahu tak!! benci.. :( saya rindu conversation kita, saya tau lepas ni dah tak boleh nak selalu cakap dengan awak..saya faham..happy untuk awak..
psst #9~ tau tak, rasa paling best dalam dunia rasa mengantuk..semua rasa lain hilang..
psst #10~ banyaknya "psst~" ganti perenggan entri sebenarnya..dah la tu..kang tambah lagi, lappy adik pulak yang kena baling kat dinding





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, February 16, 2012

tak boleh derma darah~


yay! rindu belog..dah cakap dah tak lama pun..tak sampai 5 hari pun kan? assalamualaikum..dan selamat petang..hari ni nak cakap pasal derma darah...tapi kenapa tajuk macam tu? apa hukum derma darah ni sebenarnya?

dah check kat e-fatwa dah..hihii hukumnya:
harus menderma darah dan tak perlu asing darah orang islam dan bukan islam

bukan dapat menyelamatkan nyawa orang lain sahaja tetapi penderma darah akan dapat pelbagai manfaat seperti:
1. dapat check tahap kesihatan kita secara tetap dan teratur
2. dapat info tentang kesihatan dan menggalakkan amalan hidup sihat
3. derma darah dapat membantu proses penghasilan sel darah merah yang baru..

weheartit

erk..kenapa aku rasa entri ni macam formal tak macam selalu (maybe skill menulis kau dah berkurang, siapa suruh berhenti hari tu)

jadi, apa yang tak boleh derma nya?
sebenarnya aku tak tahu pun aku ni boleh derma darah ke tidak..tak pernah pergi check pun boleh ke tak..tapi memang teringin sangat nak derma..bila nak derma tu saje la survey kat orang yang dah pernah derma..tau tak mereka cakap apa?

"tak payah derma darah la kau ni..tak payah!"
"jangan derma, nanti darah kau jadi sikit kang susah.."
"tak payah la derma darah..jangan nak mengada.."

down kejap bila orang-orang cakap macam tu..apa? darah aku ni tak ada potensi boleh tolong orang ke? bukan patutnya memberi galakan dan dorongan ke? siapa yang cakap macam tu? 2 orang nurse, 4 orang kawan...urm..pandangan bakal doktor belum mintak lagi sebab takut dapat jawapan yang sama (kenapa bakal? sebab dia belum jadi doktor betul la..masih study)

dah dua kali dah nak derma tapi terbantut niat tu..

pernah derma darah tak?
pernah..
sakit tak?
tak pun..sikit je masa nak cucuk jarum tu..jarum dia besar..kenapa?
tak ada la..tanya je..kat lobi kolej ada bukak tempat derma darah..ingat macam nak pergi derma..esok kot
oh..tak payah la derma..
alaaa..kenapa pulak?
nanti sakit la..bukan tahan sakit pun kan?
haaa tipu..tadi kata tak sakit..
kenapa degil sangat ni? kita cakap sakit tu sakit la!
(diam..topik perbualan diubah)

suka hati aku la nak derma ke tak..you're not here anymore anyway..



psst~ this girl is afraid to open up again to anyone...




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, February 12, 2012

sometimes...


oh..dah taip panjang-panjang baru perasan bahasa inggeris..adehh..nak baca, baca la..tak ada apa menarik pun..tak ada gambar, tak ada apa-apa pun..maaf la..bila dalam bahasa inggeris maknanya apakah? haha pandai-pandai la anda teka..

i don't know what has gotten into me..i feel like...entah..it's one of those days where i don't want to do anything..lie on the bed...staring at the ceiling...but then this morning i fight the feeling, the emotion..get up, have my shower...thank goodness it's Sunday!

it's one of those days where i don't want to eat anything..but then i manage to boil the water..amik nestum, merangkak ke peti sejuk, tuang susu..nasib baik perut tak meragam..dia faham budak perempuan ni..sayang perut! 

it's one of days where i don't want to move any limbs, any parts of my body..but then i'm typing this anyway..jump in to blogs and entries..reading entries was no fun at all today..spending the morning facing the homepage of facebook..trying to gain back the mood, the energy, the feel of..life somewhat..have a chat with...i don't know his name..sorry awak saya dah lupa nama awak la..turned up the chat wasn't good as it seem since i'm not quite well..he's a blogger too though..thanks for cheering me up this morning, WS :)

maybe sometimes we need..i need to stop analyzing the past, stop planning for the future, stop figuring out precisely how we feel, stop deciding with our mind exactly what we want our heart to feel...sometimes we just have to go with the flow...yeah, i do that

you know what? tragedies happen..what are you going to do? give up? quit? no. i realize now that when your heart breaks, you got to fight like hell to make sure you're still alive. because you are and that pain you feel, it's life...the confusion, the fear, that's there to remind you that somewhere out there is something better, and that something is worth fighting for.

but i don't wanna fight no more..i want people to fight for me..sounds like i give up the life ain't it?

"even if the path is a bit blurry, keep walking, Allah with guide you, with prayers of course..just dont give up, and have faith in Allah"

i tweeted that yesterday you know..sekarang rasa nak give up pulak? *tampar muka sendiri 3 kali* i'm trying to choke down the feeling..because sometimes it's easier to say "i hate you" than  "i miss you"..because sometimes, it's easier to think, "screw life life, screw school, screw everything!" than admit that you're overwhelmed and feel like you're drowning..because sometimes it's easier to admit the simple things than say the hard things and realize how much you feel as if life has gone out of your control...i thought everything is ok now..tapi entah la..

panjangnya...biar panjang..saya nak berhenti blogging kejap..tak lama pun..5 hari ke seminggu je.. :)


psst~ tak larat nak bangun..tak ok ni.. :( *budak ni mengada, jangan layan!*




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, February 11, 2012

mari buat assignment!


hyep! ye kawan-kawan..aku ada assignments yang bertimbun di kala ada antara kawan-kawan yang sedang bercuti dan bersenang-lenang serta bercuti sakan di kampung halaman..huaaa! ala, tapi bila aku cuti anda pulak  tengah tertonggeng buat tugasan..ye tak? hihihi

sebenarnya dari pagi tadi cari mood assignments..payah betul nak sampai tau mood tu...dah dua minggu tunggu dan akhirnya masa duduk depan tv menonton Kuch Kuch Hotak Hang Hota Hai baru la mood tu tergedik-gedik sampai..

pagi tadi dah mundar-mandir dalam bilik..bosan, keluar bilik buat breakfast jemput-jemput ikan bilis dan nescafe hihihii


suka makan dengan sos cili dan kadang-kadang cicah dengan sos thousand island tu..huhuu

lepas tengok KKHH mood tu hilang semula..adehh tu yang kembali ke dapur..dinner pulak buat spaghetti aglio olio version tak ada oregano..haha nama resepi macam tu boleh? adehh..tapi boleh la..tak ada pun tak apa..huhuu


dah lama tak buat entri makanan kan? entah ni buat assignment akademik ke assignment suri rumah tangga, aku pun tak tau la >_<

mana lunch?? budak perempuan ni malas lunch tadi haha



psst~ baru mula 15% je tugasan pertama tu..hurmm ada lagi tugasan kedua dan ketiga T_T




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, February 10, 2012

kereta/bilik lelaki vs perempuan


salam jumaat..mood tak tau nak cakap macam mana ni..cuba tengok widget mood kat sebelah ni..macam tu la..haha tapi buat masa sekarang tak ada la begitu..emo tiba-tiba je huhuu

okay..rasanya ramai dah tengok gambar ni kan? betul ke?


untuk pengetahuan anda, bilik dan kereta (bakal ada) saya macam gambar bawah..bukan gambar atas ye..jadi, teori gambar ni salah.. :P

TAPI....

tetttt..tak ada la macam tu bersepahnya..teruk sangat tu..bersepah dekat satu tempat je..contoh kalau kat rumah kat johor yang bersepah cuma katil, penuh dengan beg, buku etc..kalau kat hostel ni, yang bersepah cuma meja..barang semua main campak je atas meja..haha teruk kan budak perempuan ni?

lagi, bilik aku tak adanya nak hias apa-apa macam tu..sebab aku rimas dengan bunga, daun, kupu-kupu, gantung-gantung benda juntai-juntai bagai..suka dinding licin tak ada apa-apa..paling banyak pun ada gantung jam, cermin dan satu hiasan bingkai ayat kursi..senang cerita, aku suka bilik aku simple yet still feel like home..urm bedroom..

KERETA?

belum ada kereta sendiri..tapi kalau ikutkan macam kereta ibu dan ayah, rupa isi dalam kereta macam tu la..luar kotor tak kesah sangat (sebab bukan kereta sendiri tapi kalau kereta sendiri memang nak kilat licin punya!) pantang kotor beb! aku suka kereta berkilat, bersih, wangi..kalau ada kereta sendiri, tiap minggu hantar cuci..ataupun cuci sendiri la :P



psst~ sebenarnya nak ada karpet dalam bilik..yang comel-comel bulu lembut tu, tapi fikir nak bersihkan karpet tu satu hal sebab tak ada vakum -___-





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, February 8, 2012

tidak ada yang berubah~


tak berapa nak wordless hari ni..cuma expresi diri







psst~~ dari pagi (sebenarnya dari semalam) dengar lagu Ku Ingin Kamu




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, February 4, 2012

mimpi | hari kekasih Allah


assalamualaikum..nak cerita pasal hari ni je..malam tadi mimpi sedih..tapi orang kata tak elok bercerita apa yang dimimpikan tu kan? mimpi encik kawan..ala, encik kawan yang selalu aku cerita dalam blog ni..emm tak selalu pun

terbangun malam semalam..menangis..hati tisu sangat! encik kawan kata kememe aku ni..sebenarnya tak pun..bila sedih je menangis..lain-lain tak pun..ok terkeluar topik pulak..menangis kejap je..lepas tu tidur balik sebab mengantuk! haha..bila bangun pagi, terus capai telefon, mesej encik kawan, nak make sure dia ok ke tak..

cuak kejap dia tak reply on the spot, tapi fikir dia sibuk ke tidur lagi ke kan..jadi biar la..pergi dapur bersihkan udang dan sotong dulu, bersiap nak balik Batu Pahat..dalam kereta baru dia reply..huh lega dia ok..encik kawan kata, mimpi je..tapi fobia la mimpi orang yang aku sayang ni..haihh tak payah percaya sangat la kan (ketuk kepala sendiri)

kalau dia tak ada siapa lagi nak cakap dengan budak perempuan ni? siapa lagi nak layan sengal budak perempuan ni? kat mana lagi tempat aku nak menangis? :( ada la sikit message conversation dengan encik kawan yang tak berapa nak convincing..cover air mata sebab ibu ayah kat depan..takut ibu ayah skodeng melalui cermin ke kan.. >_< 

tak mahu fikir la pasal mimpi tak best ni..mesej punya mesej dah sampai dah BP..singgah makan nasi briyani dulu la..my favvydan yang paling best sekali, ibu nak beli produk house of healin..jadi kami pergi stokis kat BP tu, alih-alih ada promosi awal tahun yang dah agak lama la..buat facial! harga RM28+15% next treatment...haha agak jakun la sebab pertama kali buat facial..adeh..tu la sekali..lepas ni kalau nak buat tunggu dah kerja la..

lepas tu pergi Popular sebab nak habiskan voucher buku yang tinggal sekeping tu...beli ni


tak salah sempena maulidurrasul ni..baca hadis-hadis yang baginda tinggalkan untuk kita dan cuba untuk amalkan..salam maulidurrasul..mari berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w


psst~ doa saya, semoga awak dan kawan baik awak sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya selalu :'( (arghh! jangan nangis lagi la..laju aje air mata ni..geram!!)



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, February 3, 2012

jom cari baby!

salamunalaik..ada je benda nak update tapi malas betul nak taip..huhuu.maka, ajak anda cari baby je..haha..kalau anda rajin, cari la ladybird sekali..3 tau!




klik gambar untuk besarkan

selamat mencuba!

jumpa tak? kalau dah give up baru klik sini untuk jawapan..yang biru untuk ladybird, yang hijau untuk baby 



psst~ budak ni pun kena cari balik masa nak bulatkan jawapan..hehek! susah! ladybird senang..






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails