CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

bila hati mati~


banyak ketawa, hati mati

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (didunia ini) dan mereka akan menangis banyak (diakhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan. [At-Taubah:82]

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah)

Hati merupakan pemerintah diri...jika baik dan bersih hati seseorang, maka bersih la seluruh anggotanya dan jika kotor dan hitam hati seseorang, maka rosak la keseluruhannya..bayak ketawa membuatkan kita lalai..banyak ketawa seolah-olah tidak takut kepada Allah..banyak ketawa membuatkan kita sering lupa dengan perkara bermanfaat dan lupa mengingati mati..bila hati mati, senang la syaitan meniup dan membisikkan hasutan jahatnya...bila hati mati, runtuhlah keperibadian dan akhlak...bila hati mati, yang binasa maruah diri..namun Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana..

Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman. (Riwayat Tirmidzi)

orang tua-tua kata, jangan ketawa banyak sangat, nanti menangis..itu sangat betul..

nah amik gambar tuan blog ni..ni namanya seni, tak payah marah la kenapa potong-potong gambar..kau apa tau, kau tak pergi belajar sekolah seni (abaikan, budak perempuan ni gila) dah lama kan tak letak gambar sendiri? ngeeehehehe sila jangan tengok mata dan senyuman saya tu lama-lama..nanti jatuh senta pulak..macam juling aje O_O






psst~ bila tersedar ketawa banyak, cepat beristighfar..semoga Allah mengampuni kelalaian kita



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, November 30, 2011

Z - Zikir


Rasulullah bersabda: "Perkataan yang paling disenangi oleh Allah ada empat: Subhanallah Alhamdulillah, Laa ilaahailallah, Allahuakbar. Tidak mengapa dimulai yang mana di antara kalimah tersebut." (HR Muslim)

assalamualaikum..hari ni huruf terakhir dan aku pilih Zikir untuk entri cabaran huruf terakhir ni...alhamdulillah setakat ni aku mengamalkan zikir yang empat dalam hadis tu..sebab senang..masa kecik ayah hantar kat Tadika Islam Masjid Jamek Segamat kan..memang cikgu suruh hari-hari berzikir sebelum mula belajar dan sesudah habis belajar..dah arwah cikgu tu..tak sempat nak tengok anak murid dia ni berjaya :'( al-fatihah

hurm..ketahuilah dan yakinilah dengan berzikir hati menjadi kuat dan tenang..betul aku tak tipu..aku pernah alami keadaan yang sangat teruk dulu..then i turned to Allah and everything is fine again..jadi nak share dengan semua zikir ni


dan ayat terakhir tu, hauqalah nama ayat ni


Rasulullah bersabda: "Siapa yang mengucapkan 'laa haula walaa quwwata illa billahi' akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan." (HR Tabrani)

Daripada Ibnu Mas'ud beliau berkata, Rasulullah bersabda: "Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula walaa quwwata illa billah?" Maka Muaz menjawab, "hanya Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Rasulullah menjawab, "La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: "Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan."


boleh je baca kat mana-mana..basahkan lidah kita dengan zikir..daripada kita mencarut, memfitnah, mengumpat kan...alhamdulillah..cabaran dah habis..semoga semua mendapat manfaat :)

huruf-huruf lain:
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, August 17, 2011

K A R M A


salamunalaik...macam agak cepat pulak terawih sendiri tadi..nak gerak ke surau/masjid macam malas pulak..hehe ingat nak buat wordless wednesday..tapi..huhuu tengok je la


nak kata aku percaya pada karma..hurm..kalau tak silap aku, "karma" ni istilah sanskrit dalam agama Hindu , Buddha err..yang penting dari India la (kalau silap maaf ye)..tapi aku lebih suka gunakan "balasan"..yang aku percaya, balasan daripada Allah sama ada perbuatan baik ataupun jahat..

kalau kita buat baik dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan daripada orang yang kita telah buat kebaikan tu, tapi daripada Allah..sebab ganjaran Allah lagi besar daripada apa yang mampu orang tu bagi kepada kita...hurm..tapi kalau orang tu dah hulur RM50 macam mana? dah orang bagi ambil je la kan..nanti orang tu rasa terhutang budi, rasa bersalah..susah pulak..kalau tak hulur apa-apa, tak apa la kan..

begitu juga dengan keburukan ataupun dosa yang dilakukan..ada balasannya..ada orang berdendam..kalau kita buat jahat pada orang, dan orang tu membalas..balasan daripada manusia mungkin tak seberapa tapi kalau balasan daripada Allah? orang kata sekarang ni Allah bayar tunai..tak tunggu kiamat..waallahualam

balasan daripada Allah lagi sakit..berganda daripada apa yang boleh dilakukan oleh manusia..jangan la ada antara kita menganiaya sesama manusia..doa orang teraniaya tu makbul..cuma kita perlu bersabar dan menerima ujian hidup dengan redha dan bermuhasabah diri..tak perlu berdendam..Allah bersama kita..cukup la Allah sebagai pembantu kita




psst~ jangan buat orang, nanti orang buat kita balik..




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails