CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Tuesday, March 13, 2012

isu rotan


salamunalaik..isu rotan berputik berbunga dalam kepala otak budak perempuan ni secara tiba-tiba, terus taip untuk mengelakkan daripada terlupa...tapi gua banyak isu lain nak diketengahkan ni..gua dahulukan isu ni ye..hehee (apehal gua gua gua? guava ke apa ni? hurm dah lama tak makan jambu)

ROTAN

pernah kena rotan? apa? tak pernah? shame on you! kena rotan la sedap! hahaa..ok serius..ada satu masa dua tiga tahun lepas pasal guru rotan murid, ustaz rotan budak mengaji dan sebagainya..bila aku dengar pasal ni, tak hairan bin ajaib pun..tapi yang peliknya, ibu bapa mengamuk sebab anak kena rotan..pfftt!

nampak budak perempuan ni manja gila dengan ibu ayah dia? jangan tak tahu budak perempuan ni pernah kena tali pinggang, rotan buluh, batang payung, batang paip, penyangkut baju..anda namakan benda lain..lebam lebam kaki tangan..nampak macam kena dera kan? tapi tak pernah pula tapak tangan hinggap kat muka, tak pernah buku lima dan tapak kaki hinggap kat mana-mana bahagian badan..tak pernah berdarah mengalir, tak pernah ada tulang yang patah retak pun...

tapi semua tu zaman kanak-kanak..mereka rotan sebab sayang..aku faham..bukan senang nak didik anak-anak..tambah tambah zaman syaitan semakin ligat menghasut, menarik ke neraka..tak pernah salahkan ibu ayah yang menyebabkan lebam di badan..aku lebih takut daging kat badan ni hancur dilibas cemeti api Zabaniyah, kemudian cantum balik, kena libas lagi dan berterusan begitu sampai entah berapa ribu tahun >_<

masih belajar, dan terus belajar..salah silap, marahkan aje budak perempuan ni..tapi jangan rotan sebab entah sejak bila budak perempuan ni tak tahan sakit..sayang sayang je boleh..hahaha larikkkkkkkkkkk



psst~ tak suka bukan bermakna tak pernah berbunga-bunga hati ni..malu je...




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

9 tHis girL's lovers commenting:

Cheqna said...

dah sampai mana tu "larikkkk"..? cepat2 balik, nanti kena rotan pulak..hehe..

:-D

Anonymous said...

Cane is delicious???

What flavour is the one your teachers used? haha

misyamissyou said...

Cheqna: haha sampai siam je kak :P

Anonymous: geez..you must have google translated the entry..cane is delicious? yeah lol

-Incek Fik- said...

“Perintahkan anakmu untuk solat ketika umur tujuh tahun dan pukullah bila umurnya sepuluh tahun (bila tidak solat) dan pisahkan tempat tidur mereka (antara laki-laki dan perempuan)”.

Begitulah sabda Rasulullah yang kalau kita teliti secara mendalam, Baginda telah meninggalkan satu garis panduan dalam mendidik anak-anak.


Tidak salah kita memukul anak (sebagai pengajaran) dalam mendidik beliau, tapi pukullah pada umur yang sesuai sepertimana Rasulullah bersabda, dan pukullah anak-anak di tempat yang sepatutnya..


Di mana?


Di tapak kakinya.


Bukan ditampar muka, dilibas punggung, dipulas telinga serta ditempat-tempat yang sensitif. Itu salah sebenarnya.


Walllahu'alam~
:)

misyamissyou said...

-Incek Fik-: yep..tak pernah pun tempat2 lain selain di kaki n tangan..

Anonymous said...

Haha, yes I did use google. So if it is not delicious, what does it really mean? :)

misyamissyou said...

Anonymous: it means it feels good, because of you got use of getting whipped..you know, get use of the pain..

caliph shuriken said...

yup, dh biasa kena rotan.. bole elak jadi kuang ajaq ^^

*budak2 skrg manja sgt, rotan sikit x bole...

misyamissyou said...

caliph shuriken: haha betul :P tu la..entah zaman moden mmg gini ke ape ntah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails