CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Tuesday, March 27, 2012

biarkan aku~


kadang kala kita perlu menyepikan diri 
memberi ruang kepada diri 
untuk mencari identiti 
yang hilang dari realiti ditelan mimpi 
kadang kala berseorangan itu indah 
kerana hilang dalam keramaian boleh membawa padah 
bila diri terlalu asyik dengan dunia yang penuh helah 
hal yang lebih penting tak diendah 
sungguh aku rindu 
kepadanya sangat selalu 
akhirnya aku yang termanggu 
hiba dengan kesedihan lagu 
sendirian menangis di sudut 
mungkin jua sampai semput 
tiada daya dan udara lagi hendak disedut 
mungkin sampai sudah berkedut 
tiadalah aku tahu mengapa 
rindu renungan dari redup matanya 
rindu senyuman comelnya mempersona 
rindu suara kematangannya yang menggoda 
aku rindu semua itu 
jangan ditanya begini dan begitu 
kerana hanya Dia yang tahu 
biarkan aku...biarkan aku 


cc: weheartit




psst~ 
berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tak selalunya bahagia, sedekahlah satu senyuman walaupun hati tidak dapat menahan air mata hati daripada mengalir, hiduplah dalam iman walaupun hidup ini penuh dugaan, berpeganglah kepada Allah walaupun Dia tidak kelihatan 


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

11 tHis girL's lovers commenting:

Mra Mastura said...

nk biar la ni :3

jangan sesedih smpi mkn roti jem air mata lg :)

Woofer Storm said...

biarkan aku sendirian disini...

Mashe said...

saya suka ini! suka!

Afiqah said...

wahhh. :)
hmm tersnetuh hati fiqa bace nii :D

Diari Si Froggie said...

T_T sedih la entri nie.. suka semua bait2 ayatnya.

Puan Besar Shag Yahaya said...

Jangan terlampau bersedih. Dugaan di hantar oleh-Nya sebab nak menguatkan diri untuk dugaan yg lebih berat di masa akan datang ;)

mirmashi94 said...

puitis nye ayat entri nie. hehe. hope sedey nie x lama ^^

Woofer Storm said...

cepat update!!

ejulz said...

hidup telah tertulis suratan.. kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.. Dialah yg mnentukan segalanya..

huda jamil said...

dugaan memang sntiasa ada. bersabar ye. btw, kadang2 bersendirian sgt osem kan.

misyamissyou said...

Mra Mastura: haha tak! kali ni sapu krim je hehhee

Woofer Storm: ok..biarkan dia situ sensorang

Siti Mashitah Saidin: terima kasih sbb suke..hehe

Detective Fiqa: huhuu >_<

Aida Omar: ermm thanks..sedey ea? entah..

Puan Besar Shag Yahaya: insyaallah..ujian, kena terima dgn redha hurm

mirmashi94: tak lama insyaallah

Woofer Storm: update sudah..

ejulz: benar itu..thanks :)

huda jamil: osem tak hengat..hehee insyaallah thanks sis! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails