CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Friday, June 24, 2011

jom tengok kasut baldu!

aha! assalamualaikum..update cepat-cepat sebelum pergi kelas jam 1430 nanti..macam dah lama tak post gambar kreatif/pelik etc kan? tapi yang aku nak tunjuk ni tak ada la pelik/kreatif mana..cuma, aku suka je..suka kasut balduuuuuuuu

bukan kasut perempuan je berbaldu, kasut lelaki pun ada...jom tengok!






















suka yang ni..warna-warni..




orang kata kasut baldu susah jaga..ye memang susah..kena letak dalam kotak kalau tak dipakai sebab nanti berhabuk..kalau hujan pulak, jangan pakai kasut baldu, nanti kotor susah nak bersihkan..kalau anda cermat, insyaallah kasut baldu tahan lama..tak macam tuan blog ni..sekejap je hancusss..huhuu

yang ni kasut aku..hehee..warna coklat...baldu..huhuu


kenapa suka kasut baldu? sebab..um..tak tau la..selesa kot..sedap je bila pegang..ha..ok bye, nak pergi kelas dah..ngam je jam 1430..



psst~ ada sebab ke kalau kita suka/sayang seseorang? tak kan?





MySpace Graphics

~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, June 20, 2011

~hari terakhir~ 10 Kata-kata Terakhir

selamat sejahtera! yay..hari ni cabaran terakhir..tak sabar nak habiskan..sebab rasa macam kena ikat kat pokok buat cabaran ni..haha..okay cabaran terakhir..

10 Final Words

i wish people would be honest and say "hey i'm coming into your life but i have no intention of staying long"

i hate that new friend who try to steal your best friend..the worst thing is that your best friend choose them over you..but i don't mind..haha

you know what is the sweetest time of the day? it's when you pray..why? because you're talking with the One who loves you most..uh, i already miss Him..

just because i don't talk about my problem, doesn't mean that they don't exist

if facebook starts showing how many times i visited your profile like in friendster, i'm so dead

that sad moment when you want to buy something, check the price and sadly leave it there..so expensive..

just because i'm here for you all the time, doesn't mean that you can take me for granted

it's already back to where we started...strangers

that moment when 2 strangers talking about HP movie and you're dying to join in the conversation..haha..that's me.. :P

a situation kinda:
me: i don't like him anymore
(5 minit kemudian)
me: omg omg he's online! ok ok, i don't care..i still don't like him..hm..
(tiba-tiba...)
dia: salam hai..
me: *pengsan*

kahkahkah! sila abaikan yang terakhir..yang tu berangan tengah berlakon dalam drama omputih je..hehe..kenapa tiba-tiba cabaran terakhir ni buat bahasa inggeris pulak..tak pasti la kenapa..






psst~ yang terakhir tu sebenarnya betul deyh..tulisan ni boleh tak kecik lagi?




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, June 19, 2011

~hari kesembilan~ 10 Perkara yg Ingin Dikatakan kpd Seseorang

assalamualaikum..pepagi je dah dengar berita tak sedap..omputih kata rumours..orang kita panggil khabar angin..tentang blog..bukan satu dua, beratus jugak la akan digodam..haihh..godam ni bukan ke salah satu jenayah siber? apa-apa pun ambil langkah keselamatan, set password super strong..

hmm..okay..nak tak nak aku kena buat jugak cabaran hari ni, sebab macam dah penat, lebih kurang macam nak dekat putus asa pun ye jugak..sebab hal tak sedap tu...eee geram..can't they just leave our blog alone?

10 Perkara Yang Ingin Dikatakan kepada Seseorang
(siapa eh seseorang yang aku nak cakap ni? masalah pulak nak fikir)

hari awak approve saya kat facebook, saya asyik senyum je sampai saya tertidur hari tu

masa tu mesti awak pelik kan macam mana saya tau nama awak? bila ingat balik rasa nak gelak guling-guling

awak buat saya ketawa tanpa buat lawak..awak ingat senang ke nak buat tu? setakat ni 2 orang je (termasuk awak) yang saya jumpa boleh buat macam tu

saya tak pernah puas la borak dengan awak..bila lagi kita nak sembang panjang lebar?

ada je nasihat awak untuk saya..paling terkesan dalam hati, "rapat-rapat la dengan ayah"

saya suka tanya awak pasal benda yang awak tau..teringat jap 'stroboskopik'..yang lampu kenyit-kenyit mata dulu sebelum dia betul-betul menyala tu kan?

awak suka marah saya..jangan marah saya lagi boleh?

rasa nak lepak dengan awak depan-depan la..lama sangat dah tak jumpa..last jumpa 4 tahun lepas kan?

kalau awak baca ni mesti awak akan tanya, "apa maksud blog awak tu?" kan? haha..sebab saya tak tau nak pilih siapa untuk cabaran ni..ternampak nama awak tadi kat fb..pilihan rambang je ni

"rindu nak cakap-cakap dengan awak" tu je yang sebenarnya saya nak cakap kat awak tapi cabaran ni minta 10..saya terpaksa bagi 10 :P


hehee..okay dah siap dedikasi aku untuk orang terpilih..
dan untuk lelaki yang aku paling sayang dalam dunia ni, tak payah nak jadi 'yang terpilih' untuk cakap 1 perkara yang ingin dikatakan kepada lelaki ni.

"ayah, orang nak call, tapi tepon hilang..mana tah dia lari..selamat hari ayah! ayah tau je apa yang anak ayah ni nak..susah mana pun ayah usaha jugak..paling rindu sekali kalau makan tengah hari ayah suapkan..sekarang malu kot dah besar macam ni nak makan bersuap lagi..anak ayah ni dah besar, tapi masih tak pandai nak jaga diri..ayah tau tak ada orang dah sakitkan hati anak ayah ni..tapi tak apa la..orang masih ada ayah..1 je orang nak cakap, sayang sangat kat ayah sebab orang tau, ayah sorang je lelaki yang sayang kat orang.."






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, June 18, 2011

~hari kelapan~ 10 Lagu Kegemaran

selamat tengah hari...sedang menikmati coklat panas pada tengah hari yang mendung seksi mengancam ni..jangan la hujan aku baru je basuh baju..uhuk! okay..cabaran hari ni..susah jugak! T_T




10 Lagu Kegemaran

You're My Everything - Santa Esmeralda

You Took My Heart Away - Michael Learns to Rock

Unwritten - Natasha Bedingfield

Ghost of You - MCR

Girl Next Door - Katy Perry
(Jessie James yang nyanyi tapi aku suka version Katy Perry)

Hold On -Good Charlotte

I Belong to Me - Jessica Simpson

Mad - Ne-Yo

Leaving On A Jet Plane - John Denver

Nothing's Gonna Change My Love For You - Glenn Meridios


eh, dah cukup 10 la..beribu lagi yang aku suka..hm..senarai atas tu yang paling suka la..evergreen..sebab lirik dia best..huhuu semua lagu inggeris..haha tapi aku nak senaraikan lagi 10 boleh? =P

White Horse - Taylor Swift
Headstrong - Trapt (suka sebab aku headstrong=degil)
Over - Lindsay Lohan
Here Without You - 3 Doors Down
Pelengkap Hidupku - Eren ft. Romi
Forget You - Cee Lo Green (suka versi Gwyneth Paltrow dalam Glee)
Back To December - Taylor Swift
Leave (Get Out) - Jojo
Sejati - Wings
Joget Kenangan Manis - Sudirman (sebab lagu ni comel!)

randomly picked...sebab lirik dan lagu best...hehee




psst~ rindu ayah!!


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, June 17, 2011

~hari ketujuh~ 10 Orang Penting

selamat tengah hari..aku mengantuk la..tapi kena buat ni dulu sebab petang aku ada program induksi..malas gila nak pergi..malam nanti baru terjah anda :)


10 Orang Penting

diri sendiri

ibu

ayah

adik beradik

keluarga rapat yang lain

*bakal suami dan anak-anak

*bakal keluarga suami

kawan/teman/sahabat rapat

*bakal majikan

orang yang tak dikenali


hah? kenapa orang yang tak dikenali penting? sebab orang yang tak dikenali ni kadang-kadang penting..contohnya pelawat blog ni..penting kan? yang ada bintang (*) tu akan datang..insyaallah..anda doa-doakan la..


psst~ nak jadi orang penting dalam hidup aku? then put me in your life..love given is love returned =)

jom tengok video ni..gila comel!!!








MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, June 16, 2011

~hari keenam~ 10 Perkara Yang Saya Tak Boleh Hidup Tanpanya

assalamualaikum..aku dengar ada blog yang kena godam..tapi penggodam tu baik, boleh dibawa berbincang..bagus la macam tu..kalau aku mesti dah tak tau nak buat apa..

okay..cabaran hari ni:

10 Perkara/Benda Yang Saya Tak boleh Hidup Tanpanya
(gila habis panjang bila terjemah..hurm..tak ada la sampai tak boleh hidupkan..rasa macam hidup tak lengkap je)


udara
(ni kalau tak ada kejap je dah K.O)

air dan makanan
(kalau tak ada ni, boleh mati kebuluran dan kelaparan)

pakaian
(kalau aku gerenti mati sebab malu..haha)

agama
(tak mati la..cuma sesat..ye, aku perlukan agamaku untuk hidup)

ibu ayah dan adik beradik..family

pelajaran, kelulusan, kemahiran
(semua ni insyaallah sangat berguna dan sekarang sedang mencari-cari lagi)

streamyx/maxis broadband etc., internet dan laptop
(kalau tak ada streamyx dan bb macam mana nak ada internet kan?)

duit, dalam apa sahaja mata wang

keperluan harian seperti, sabun, berus dan ubat gigi, periuk, cawan, pinggan etc.

telefon bimbit


haa..tu je kot..dah cukup dah 10..serius tak boleh bla..telefon bimbit akhir sekali..hahaa



psst~ tak dapat tengok bulan, sebab semalam dah mengantuk sangat..dapat tengok kat google je..huhuu..nak pergi qada' tidur kejap




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, June 15, 2011

~hari kelima~ 10 Impian

10 Impian/Harapan/Keinginan
(it should be 10 wishes..err..impian? harapan? keinginan?? dah terjemah serius pelik kan?)
































psst~wordless wednesday #1 =)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, June 14, 2011

~hari keempat~ 10 Perkara Yang Tidak Disukai

assalamualaikum! huargh! cabaran hari ni pun susah (aku rasa sampai cabaran ke-10 pun kau kata susah) sebab macam payah gila nak extract (sampai extract nih!) 





10 Perkara Yang Tidak Disukai

tak suka orang membebel kecuali ibu dan ayah

tak suka membeli-belah..rasa bosan, rasa nak marah, rasa keliru..semua rasa ada

tak suka tengok post orang maki hamun kat blog, facebook, twitter etc. secara terangan

tak suka orang yang tiru personaliti, cara etc. orang lain, dengan kata lain orang yang hipokrit

tak suka chatting kat facebook kecuali dengan orang tertentu

tak suka menunggu apa-apa pun

tak suka pegang telefon bimbit a.k.a telefon tak ada sepanjang masa dengan tuannya, dia selalu berjalan/lari/sembunyi daripada tuannya

tak suka dengan dosa-dosa yang telah dibuat..haihh kalau la boleh putar balik masa...

tak suka mimpi best yang tak habis

tak suka hilang barang/orang yang tak terganti



ala...dah cukup 10..aku nak tambah lagi satu boleh? heee =P

BENCI dengan orang yang menipu!





psst~ i wish i could hate you, it'd hurt less




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, June 13, 2011

~hari ketiga~ 10 Perkara Yang Disukai

hiks! naik sekolah hari ni..pagi-pagi dah tulis entri tau..saje tukar angin, selalu online tengah hari petang malam..ni pagi-pagi pulak...bukan apa, pagi-pagi selalu sibuk dengan kerja rumah (kalau ada kat rumah la), nak mandi siap pergi kerja (kau kerja pulak?), pergi kelas lagi kan (kata tadi pergi kerja? apakah?)

okay..cabaran hari ketiga:





10 Perkara Yang Disukai
(it should be 10 things i love, means sangat-sangat suka..not sayang la..ok, sayang pun boleh la)

suka hujan..hujan yang tidak membawa kepada banjir

suka sekuntum bunga sahaja

suka warna putih

suka gula kapas, lolipop, coklat, gula kopi

suka lari, suka jalan kaki

suka tengok benda-benda yang jauh, besar, tinggi seperti awan, gunung, bulan etc.

suka sangat laut, tempat tinggi seperti berada dalam kapal terbang dan kereta kabel, atas bangunan etc.

suka tengok muka lelaki dan perempuan ala-ala orang cina
(yang cantik dan kacak je =P i'll make an entry for this ..haha)

suka senyum

suka dia
(jangan tanya siapa..'dia' boleh jadi siapa-siapa je tapi buat masa sekarang hanya dia)






ahaa..okay..semuanya suka..mana sayangnya? nak tambah 1 lagi boleh??

sayang diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara
(nampak macam cliché kan? tapi memang benar..aku melenting kalau ada orang cuba mengapa-apakan semua di atas)







MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, June 12, 2011

~hari kedua~ 10 Cara Mengambil Hati Saya

assalamualaikum..sekarang ni aku kat Melaka ataupun kat Nilai ataupun kat KL ataupun dah sampai london..hehee..yup! aku siapkan awal sebab mana la tau aku penat ke malas ke..huhuu

cabaran ni susah ah! mana la aku tau..kalau aku jatuh hati, jatuh je terus..macam jatuh dalam lubang tu..


hmm..cabaran hari kedua:

10 Cara Mengambil Hati Saya

melakukan kerja/perkara yang saya suka/minat seperti pekerjaan, hobi etc.

masa bersembang, jangan buat lawak bodoh

buat saya ketawa tanpa buat lawak

telefon saya semula kalau talian terputus

kalau argue/berdebat dengan saya, sekali-sekala bagi la saya menang walaupun saya kalah hehe

boleh jadi kawan baik selamanya kepada saya 
(hey, boyfriend can be a bff too! and i want that!)

bagi saya nasihat, kritik secara baik, berterus terang

mempunyai respon yang baik kepada semua pertanyaan dan persoalan saya

jangan menipu!

jadi diri sendiri


senang je kan nak buat..tak susah pun..you have me hooked when you do all those =)
tapi......





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails