CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Sunday, June 19, 2011

~hari kesembilan~ 10 Perkara yg Ingin Dikatakan kpd Seseorang

assalamualaikum..pepagi je dah dengar berita tak sedap..omputih kata rumours..orang kita panggil khabar angin..tentang blog..bukan satu dua, beratus jugak la akan digodam..haihh..godam ni bukan ke salah satu jenayah siber? apa-apa pun ambil langkah keselamatan, set password super strong..

hmm..okay..nak tak nak aku kena buat jugak cabaran hari ni, sebab macam dah penat, lebih kurang macam nak dekat putus asa pun ye jugak..sebab hal tak sedap tu...eee geram..can't they just leave our blog alone?

10 Perkara Yang Ingin Dikatakan kepada Seseorang
(siapa eh seseorang yang aku nak cakap ni? masalah pulak nak fikir)

hari awak approve saya kat facebook, saya asyik senyum je sampai saya tertidur hari tu

masa tu mesti awak pelik kan macam mana saya tau nama awak? bila ingat balik rasa nak gelak guling-guling

awak buat saya ketawa tanpa buat lawak..awak ingat senang ke nak buat tu? setakat ni 2 orang je (termasuk awak) yang saya jumpa boleh buat macam tu

saya tak pernah puas la borak dengan awak..bila lagi kita nak sembang panjang lebar?

ada je nasihat awak untuk saya..paling terkesan dalam hati, "rapat-rapat la dengan ayah"

saya suka tanya awak pasal benda yang awak tau..teringat jap 'stroboskopik'..yang lampu kenyit-kenyit mata dulu sebelum dia betul-betul menyala tu kan?

awak suka marah saya..jangan marah saya lagi boleh?

rasa nak lepak dengan awak depan-depan la..lama sangat dah tak jumpa..last jumpa 4 tahun lepas kan?

kalau awak baca ni mesti awak akan tanya, "apa maksud blog awak tu?" kan? haha..sebab saya tak tau nak pilih siapa untuk cabaran ni..ternampak nama awak tadi kat fb..pilihan rambang je ni

"rindu nak cakap-cakap dengan awak" tu je yang sebenarnya saya nak cakap kat awak tapi cabaran ni minta 10..saya terpaksa bagi 10 :P


hehee..okay dah siap dedikasi aku untuk orang terpilih..
dan untuk lelaki yang aku paling sayang dalam dunia ni, tak payah nak jadi 'yang terpilih' untuk cakap 1 perkara yang ingin dikatakan kepada lelaki ni.

"ayah, orang nak call, tapi tepon hilang..mana tah dia lari..selamat hari ayah! ayah tau je apa yang anak ayah ni nak..susah mana pun ayah usaha jugak..paling rindu sekali kalau makan tengah hari ayah suapkan..sekarang malu kot dah besar macam ni nak makan bersuap lagi..anak ayah ni dah besar, tapi masih tak pandai nak jaga diri..ayah tau tak ada orang dah sakitkan hati anak ayah ni..tapi tak apa la..orang masih ada ayah..1 je orang nak cakap, sayang sangat kat ayah sebab orang tau, ayah sorang je lelaki yang sayang kat orang.."






MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

8 tHis girL's lovers commenting:

Ainun Nadini said...

sweet :)

misyamissyou said...

Ain Nadiah: thanks :D

Botak said...

siapa orangnya tu? buatkan seseorang gelak tanpa buat lawak? hebat ar, nak gi menuntut dengan orang tu., hehehehe.. :D

misyamissyou said...

Botak: haha..kawan..dia leh wat sy je gelak dgn cm tu..org lain sy xtau la..haha :P

Unknown said...

alahai sweet2 jer.hehe

misyamissyou said...

amir aizat: er..sweet ke? hehe...nasib baik sweet je bkn lain :P thanks!

Unknown said...

fuh ! aku nak menuntut bagi org gelak tanpa buat lawak ! bagi aku num tipun dia weyh :D

misyamissyou said...

hana nabihah: haha..tu apply kat aku je kot..sbb kalau dia bercerita, aku suke bygkan aku atau dia "berlakon" dlm cerita dia tu..sbb tu aku gelak! bkn lawak mane pon..haha :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails