CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Wednesday, November 30, 2011

Z - Zikir


Rasulullah bersabda: "Perkataan yang paling disenangi oleh Allah ada empat: Subhanallah Alhamdulillah, Laa ilaahailallah, Allahuakbar. Tidak mengapa dimulai yang mana di antara kalimah tersebut." (HR Muslim)

assalamualaikum..hari ni huruf terakhir dan aku pilih Zikir untuk entri cabaran huruf terakhir ni...alhamdulillah setakat ni aku mengamalkan zikir yang empat dalam hadis tu..sebab senang..masa kecik ayah hantar kat Tadika Islam Masjid Jamek Segamat kan..memang cikgu suruh hari-hari berzikir sebelum mula belajar dan sesudah habis belajar..dah arwah cikgu tu..tak sempat nak tengok anak murid dia ni berjaya :'( al-fatihah

hurm..ketahuilah dan yakinilah dengan berzikir hati menjadi kuat dan tenang..betul aku tak tipu..aku pernah alami keadaan yang sangat teruk dulu..then i turned to Allah and everything is fine again..jadi nak share dengan semua zikir ni


dan ayat terakhir tu, hauqalah nama ayat ni


Rasulullah bersabda: "Siapa yang mengucapkan 'laa haula walaa quwwata illa billahi' akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan." (HR Tabrani)

Daripada Ibnu Mas'ud beliau berkata, Rasulullah bersabda: "Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula walaa quwwata illa billah?" Maka Muaz menjawab, "hanya Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Rasulullah menjawab, "La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: "Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan."


boleh je baca kat mana-mana..basahkan lidah kita dengan zikir..daripada kita mencarut, memfitnah, mengumpat kan...alhamdulillah..cabaran dah habis..semoga semua mendapat manfaat :)

huruf-huruf lain:
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, November 29, 2011

Y - Yeah!

Yeah! Yeah! Yeah! bukan lagu Usher ye..dan bukan jugak 'yeah man' trademark Usher ye hahaa..apa yang yeah sangat ni? Yeah sebab semester ni tinggal betul-betul 2 minggu dari sekarang..tak sabar rasanya nak cuti..aku nak pergi jalan-jalan makan angin..err..tapi tak tau lagi nak pergi mana..hurm..janji bercuti...




aku dah rimas kat duduk kat kolej ni..dah seminggu lebih terperap kat rumah buat kerja yang entah bila nak siap ni..jadi harap anda faham la ye kenapa aku tak blogwalk semua..sikit boleh la utuk hilangkan rasa menyampah kat jurnal..asik menghadap jurnal je..mata pun naik juling dah..

jadi aku berharap hasilnya sepadan dengan apa yang aku kerjakan ni..doa dan tawakal je la...desperate nak A ni..hurmm 

hari tu kan dah ada plan nak buat masa cuti yang cuma lebih kurang 3 minggu je (ye la cuti musim sejuk bukan lama pun) tapi dah lupa apa rancangan tu ishh..short term memory lost ni dah makin teruk..(ala tadi kata nak bercuti, cuba tamparkan budak ni) tak apa la kan, just go with the flow 

dan Yeah! jugak sebab cabaran ni dah nak habis..esok Z last..hehee






psst~ hey you! cuba dengar lagu Selfish - Asia Cruise.. 





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, November 27, 2011

X - X-rayed oleh.....

yeah yeah cabaran A-Z ni dah nak abis..hari ni huruf X..ikut tajuk x-rayed oleh.....huhuu oleh siapakah? kenapa ada "-ed" kat belakang tu? sebab tu perkataan bahasa inggeris hehee..kalau ade "-ed" tu past tense la kan (kita belajar bahasa inggeris lagi ye adik-adik -___-)

okay masuk ceritanya, aku nak tanya, anda pernah kena x-ray tak? eh bukan kena x-ray dengan mesin tu..kena x-ray dengan mata orang..hoho! sangat menakutkan okay terutamanya bagi kaum wanita..aku pernah je kena dengan orang lelaki gatal! opss!

masa tu tak ada la pakai seksi pun (eh baju aku ada ke yang seksi? um ketat sikit ada kot sebab dah bam bam :P tapi tak pakai lagi la) aku pakai baju kurung kot!! bukan baju kebaya pun..masa tu ada kenduri kahwin anak kepada kawan ayah...dah pergi kenduri tu pakai baju kurung la kan..masa nak balik tu la kena..nak jalan ke kereta..ayah dengan ibu dah kat depan aku masih terkedek-kedek lagi kat belakang..

orang tu duduk kat bawah pokok sorang..nak kata aku perasan je pun tak boleh sebab tak ada orang lain kat situ..ibu ayah dah kat depan (tapi tak jauh sangat la) orang tu tengok aku atas bawah..eee creepy ye kawan-kawan..dah tengok atas bawah tu siap boleh sengih tunjuk gigi kat aku..macam perogol bersiri okay! aku terus la lari (jalan je...jalan cepat) kat ayah..

orang lelaki ni boleh fikir macam-macam..kita pakai tutup aurat pun dia pandang semacam..hadoii apatah lagi yang pakai ketat, yang terdedah perut peha betis..siapa dan mana silap sebenarnya?





psst~ budak perempuan ni pernah free hair, tapi masa sekolah rendah je hehe :P kanak-kanak pun masa tu 





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 26, 2011

W - Welcome Hijrah 1433


salamunalaik..kita dah sampai ke penghujung tahun Hijrah 1432 ye..nanti jangan lupa petang sikit nanti baca doa akhir tahun, lepas maghrib baca doa awal tahun pulak (ceh nanti aku yang lupa sebab ni tengah buat assignment ni)

tahun hijrah yang ni, agaknya berkat doa tahun lepas, semuanya semakin baik, dari segi kehidupan, dari segi rohani batiniah dan dari segi ibadah, alhamdulillah..ada la sikit yang aku dah buat..semoga tahun depan (lagi beberapa jam je lagi >_<) akan lebih baik daripada tahun ini


baca 3 kali untuk setiap doa, sebelum dan sesudah maghrib..banyak kebaikan doa ni..nama pun doa kan...sama-sama la kita berhijrah ke arah kebaikan 

salam tahun baru Hijrah 1433 =)



psst~ azam tahun baru, nak kumpul duit beli perfume..eh bukan..kumpul ilmu dan tenaga nak buat umrah..hopefully dapat tahun Hijrah 1433 ni..tahun 1432 tak dapat uhuk! adik aku yang dapat >_<





MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, November 25, 2011

V - Vulnerable


yeah..selamat malam..nasib baik tak lupa buat entry V untuk hari ni..dari pagi sampai la tadi baru siap assignment..jadi, hari ni kita tambah vocabulary ye adik-adik..Vulnerable maknanya lebih kurang sensitif, lemah, terdedah kepada ancaman dan seumpamanya

pernah jadi vulnerable dulu, tapi sekarang tengah kuat hehee..ala..semua orang ade kelemahan..

pernah dengar 'to love is to be vulnerable'?



psst~ semua benda dalam hidup ni berisiko



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, November 24, 2011

U - Unforgettable, Unstoppable


I can be tough, I can be strong 
but with you it's not like that at all..
there's a girl that gives a shit (this girl obviously)
behind this wall, you just walk through it

and i remember all those the crazy things you said 
you left them running through my head 
you're always there, you're everywhere
but right now I wish you were here....

I love the way you are
it's who I am, don't have to try hard
we always say, say it like it is
and the truth is that I really miss

excerpt daripada lagu Avril, Wish You Were Here..aku suka la lagu, selalu menggambarkan apa yang aku rasa..best tau! hehehee okay bukan tu yang aku nak ketengahkan..cuma 2 perkataan ni je..

Unforgettable, Unstoppable

tak boleh lupa, tak boleh berhenti pun..kesian kan? 


psst~ misyamissyou



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, November 23, 2011

T - Tulip





wordless wednesday #5


psst~ ♥ ♥ ♥



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, November 22, 2011

S - Suara Saya Serak Sudah~

salam sejahtera..apa kes tajuk macam tu? haha semalam terjerit GOL kuat sangat..dang! aku jerit masa gol je..masa lain aku senyap..(in fact, aku tak suka orang yang hurm..over maybe..terutama perempuan..kalau mengeluh sikit tu biasa la kan..tapi....) tradisi tengok bola kat rumah macam ni..bila gol je jerit, yang lain senyap..lagi seronok kalau tengok dengan adik-adik lelaki aku..weeeheee tiba-tiba rindu mereka..hari tu balik tengok lawan Myanmar sama-sama..masa lawan Indonesia peringkat kumpulan dengan ayah je..

apa-apa pun tahniah Harimau Muda..pergh pergh..memang cantik gol pertama tu meleret slow je masuk gawang..macam lawak pun ada..tapi Malaysia menang penalti..biasa orang kata menang penalti ni tak berapa nak 'cun'..tapi penalti ni la skill menendang, skill mengamati bola tu nak terjah masuk ke mana kan? haha whatever yang penting kita menang! 

serak dah hilang..suara dah ok dah pun..hehee..eh aku suka lagu ni..bangga tak habis lagi ni..
Gemuruh Suara


kalau engkau jatuh, jangan engkau lemah 
kerana hidup mengajar kita jangan cepat mengalah
bina yakin diri mampu kita lakukan
tiada yang mustahil, segalanya BOLEH

kita bergandingan meraikan Malaysia

gemuruh suara jadi bangsa berjaya
gemuruh perkasa bawah 1 bendera
nama kita bina di seluruh benua rasa bangga
genggam amanat wira julang panji Malaysia

hurm..boleh pun kita bersatu bab bola, bab lain tak boleh ke? 1 yang aku tak bangga, aku ada kawan-kawan berbangsa lain yang sungguh tidak supportive semalam..tak ada semangat kenegaraan langsung..aku tak suka orang macam ni ye..no offence friends, in case you are reading this, but it's the truth


psst~ semua tidur malam tadi senyum aje kan? haha aku pun




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, November 21, 2011

R - Rimas

selamat pagi! dah lame tak guna warna font biru ni..haha..ok..hari ni huruf R...RIMAS..bukan r*mas ea..letak bintang tu sebab nanti orang yang gila tutt google, dah keluar keyword geli geli tu dah naik nama blog ni..

apa yang aku rimas ni?

semester ni aku rimas dengan macam-macam benda/orang..bilik aku tu rimas tengoknya sebab asyik bersepah je..baru kemas dah bersepah balik..bukan bilik aku je yang aku rasa rimas..kat hall depan tv aku rasa rimas, dapur lagi la rimas (orang dah biasa dapur besar kat rumah segamat, ruang kecik sikit je tak boleh..mengada kan?), nak masak semuanya la rimas kat dapur tu..tempat yang aku rasa tak berapa rimas kat dalam bilik air aku je hahaa sebab wangi+bersih+sejuk+nyaman :P (cuba anda tamparkan budak perempuan ni sikit)

rimas dengan blok apartment ni sebab makcik cleaner tak bersihkan..yang student pun macam tak sekolah tinggi pergi buang sampah kat koridor blok..rimas dengan udara kat sini, bila angin ade je, pergh! semerbak bau tinja-tinja yang ditinggalkan kucing-kucing..semerbak bau asap..sabar je la

rimas dengan kerja-kerja yang melambak..rimas dengan orang yang lalu lalang (padahal mereka tak buat apa pun kat aku), rimas dengan bunyi yang annoying..maksud aku perlu ke bunyi enjin kereta yang tak berapa nak sporty tu? perlu ke bunyi tapak kaki yang kuat? (berkasut tapak ladam kuda agaknya) perlu ke bunyi orang jerit-jerit? perlu ke bunyi orang cakap-cakap kat telefon kuat-kuat? perlu ke? bagi tau aku sekarang, PERLU KE??? stfu la..

ishh entah bila la semester ni nak habis..aku kerap balik segamat kot semester ni..rimas rimas rimas! pfffttt!


wehearit


dahsyat..i know..



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, November 20, 2011

Q - Quotes

sebab hari khamis hari tu terskip 1 entri, maka hari ahad kena buat Q..hari ni nak pos quotes je..quotes tu apa? um apa eh? quotes tu kata-kata yang telah disebut oleh orang lain..kira macam ayat-ayat yang memberi inspirasi, semangat dah sebagainya la..mutiara kata? kata-kata hikmah? huhu tak tau la nak terangkan macam mana..apa kata anda tengok kamus je senang :P tapi nama pun quote..jadi quotes bahasa inggeris yang aku nak pos ni..tapi tak tau siapa owner-nya..kebanyakannya memang bertepatan dengan apa yang aku rasa


weheartit

  1. I don't want to start the conversation first because I'm scared I'll annoy you (selalu rasa macam ni)
  2. The pain of yesterday is the strength of today
  3. I don't care about your past, all I want to know is if there's a place for me in your future 
  4. You meet someone. You two get close. It's all great for awhile. Then someone stops trying. Talk less. Awkward conversation. The drifting. No communication whatsoever. Memories start to fade. Then that person you KNOW becomes that person you KNEW. That's how it usually goes, right? Sad isn't it? :(
  5. Never Give Up.  Trying to do what you really want to do. Where there is inspiration and love, you cannot go wrong.
  6. Never judge a book by it's movie
  7. And one day i hope you look back at what we had, and regret every single thing you did to let it end
  8. Never give up on anybody. Miracles happen every day
  9. Paint the sky, make it yours
  10. Happiness can be found even in the darkest of time. If one only remembers to turn on the light (haha! dumbledore memang gila..tiba-tiba teringat quote ni..memang betul pun kan?)
  11. Without the rain, there would be no rainbow
  12. Love is the condition of which the happiness of another person is essential to your own
  13. The reason why I don't talk to you anymore is because I keep telling myself that if you want to speak to me, You Would. (cuba tengok balik nombor 1)
  14. When writing the story of YOUR life, never let anyone else hold the pen
  15. You usually find what you're looking for once you stop looking for it
  16. A morning text does not always mean "Good Morning" it has the hidden message that says "I think of you when I wake up" ( i miss those times..not wake up message, wake up call)
  17. Sometimes, even though you're having a good time, you can't help but to stop and think about how you miss the old times
  18. Be better than you were yesterday
  19. A smile is the best make-up a girl can have
  20. If what you see by the eyes doesn't please you, then close your eyes and see from the heart because the heart can see the beauty and love more than the eyes can ever wonder.

dah la tu..ngantuk la..

weheartit



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 19, 2011

P - Putih | Tips Memakai Pakaian Putih


I love Putih! sumpah tak tipu!

selamat petang! hari ni 3 jemputan kahwin, 1 daripada kawan sekolah rendah aku..tahniah echa! kali terakhir jumpa masa sekolah rendah, sekali lagi jumpa dah kahwin...wahh! tiba-tiba aku pulak meroyan nak kawen jugak! 

jadi hari ni nak buat huruf P..putih..hehe kalau readers memang tau la kan budak perempuan ni suka putih..huhuu pakaian aku, tudung etc banyak warna putih..white lover la katakan :P ada orang takut nak pakai pakaian putih sebab takut kotor, susah nak jaga, jarang dan sebagainya..tapi aku relaks je..haha..tapi aku bukan la pakar fesyen pun..ni yang aku tau dan dibaca daripada majalah dan website je...

first off, pakaian putih melambangkan ke-simple-an, bebas, gembira dan sebagainya..aku suka putih sebab aku suka simple huhuu


google images

1. yang pertama, pastikan putih sesuai dengan anda
tak ramai orang yang sesuai dengan warna putih..kalau warna kulit macam aku ni sesuai la jugak..warna kulit yang tak terlalu gelap n tak terlalu cerah sangat..kalau sawo matang, tanned skin secara semula jadi sesuai kot..kalau putih menyebabkan anda kelihatan pucat, hindarkan 

2. pilih jenis kain yang tak jarang
kain putih biasanya akan nampak jarang..tips masa beli kain putih, hadapkan kain kat tempat bercahaya, letak tangan anda di belakang kain..kalau bentuk tangan dan warna kulit anda nampak dengan sejelas-jelasnya, bila pakai kain/baju tu nampaka la semua yang dalam..huahaha..hindarkan ye..

3. pilih kain putih yang berkualiti
contohnya kain cotton atau linen berkualiti 

4. pakai pakaian dalam yang sama dengan warna kulit
selalu orang takut pakai putih sebab nanti nampak pakaian dalam kan? jadi, jangan pakai pakaian dalam yang berwarna-warni....jangan pakai putih jugak


google images
5. padankan dengan aksesori berwarna semula jadi
 cari aksesori, kasut dan beg tangan yang sesuai dengan pakaian putih anda..kalau nak menonjol, pakai kasut tinggi warna merah..haha! yang berpadanan warna coklat, perak, emas..warna-warna semula jadi..jangan pakai putih jugak!

6. jangan pakai putih kalau nak berbasahan
kalau nak pergi mandi kat pantai, air terjun, jangan pakai putih..nanti semua nampak huhuu

7. jangan pakai pakaian putih yang ketat
semua tayar, benjol, bisul akan terserlah..haha

8. jangan pakai putih kalau anda nak buat kerja lasak

9. untuk perempuan, berhati-hati masa 'bercuti' :)

1 mitos, kalau pakai putih nampak gemuk..tak pun...lepas ni dah tau do's and don'ts ni dah boleh pakai pakaian putih dah :) sekarang aku tengah gila nak matching putih dengan kuning cair..sweet okay! nanti kawen pun aku nak all white macam gambar abang dengan akak kat bawah ni..sumpah hari kawen tu aku pengsan dengan warna putih aje nanti haha :P


google images





psst~ i never lie when i say i love putih very much



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, November 18, 2011

O - Otak jem


salamunalaik..kalau tak hari ni sepatutnya huruf P tapi disebabkan ada perkara tak diingini berlaku, terpaksa skip..apa yang berlaku sangat sadis..anda tak payah tau kot sebab kalau anda tau, mesti anda ketuk kepala budak perempuan ni dan akhirnya baru la jadi sadis (apa aku merepek ni?)

hari tu pembentangan case study kedua..okay je tapi ada la tergelincir dari landasan sikit tapi keseluruhannya okay je..minggu depan pembentangan case study ketiga..lepas tu merdeka untuk 1 jam, kemudian kena pulun assignment pulak..


google images



otak budak perempuan ni dah jem dah weyh! tolong! okay, tipu..hampir jem je sebab hari pembentangan rabu lepas sakit kepala, badan panas-panas..acah-acah nak demam kan..tapi antibodi budak perempuan ni gagah perkasa la jugak hihik!

sampai hari ni sakit jugak kepala..on and off despite a whole one day not doing anything accept for watching football..tensi jugak tengok malaysia vs indonesia semalam kot..aku rasa si izzaq tu kena mandrem dengan diorang la sebab bila sampai pintu gol je dia tergelincir (dah cerita pasal bola dah ni tetttt!)

tapi alhamdulillah panas badan dah beransur hilang..cuma sakit kepala dan sakit gigi! semalam jugak aku pergi jumpa orthodontist aku buat rawatan lagi kat gigi ber-braces ni >_< dan dang! lupa lagi nak tanya pasal gigi bongsu aku okbai!

tadi berjaya buat 200+ perkataan untuk assignment (tu pun nak bagi tau -___-) walaupun secara tiba-tiba sakit kepala..sebab stres sangat ke..1 hari dah chill out makan nasi bungkus lauk ikan goreng kat rumah ni kot (tak ada benda nak masak..ibu tak ada kat sini semalam) haha entah la..musim kerja banyak ni memang selalu je otak jem..semua kerja jadi slow motion je..jadi cepat la semester ini berakhir!!! lagi sebulan je lagi..lepas tu cuti musim salji bermula selama 2 minggu je hurmm



psst~ dear stress, let's break up..




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, November 16, 2011

N - Never


selamat petang..hari ni huruf N..masih berkisar tentang lagu lagi entri aku ni..malas nak cakap banyak..cuma semalam aku cuba dengar lagu ni...dulu ada sekali tu boleh la dengar..tapi semalam..hurm entah..


but NEVER give up hope on Him though..He's the best that all i've got..turn to him and everything would be fine..

nak balik dah ni..kalau kat rumah memang susah nak fokus..tapi kerja banyak! pembentangan ada lagi 1..assignment 2 lagi pending..budak perempuan ni macam dah nak demam dah..sakit kepala on and off..tapi budak perempuan ni, she's never gonna quit =)




psst~ lagu apa? lagu baik-baik sayang...




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, November 15, 2011

M - ....Macam Movie


selamat malam..aku sibuk, tambah dengan panas badan ni macam nak demam je..harap tak demam la sebab banyak kerja nak buat..memerlukan kesihatan yang baik ni..huhuu..okay hari ni macam movie..sebenarnya alangkah bagusnya kalau hidup ni macam dalam movie..indah je..

dua tiga hari ni aku asyik dengar lagu ni je..lagu Taylor Swift..If This Was A Movie..nah..layan la kalau tak pernah dengar


Come back, come back, come back to me like
you could, you could if you just said you're sorry
i know that we could work it out somehow
but if this was a movie you'd be here by now

malangnya hidup ni bukan macam movie..ada skrip, ada pengarah, ada instruction, kalau salah boleh "cut!", boleh retake semula...semuanya dalam tangan Dia..aku redha, aku pasrah...cewahh! ayat kecewa okbai!



psst~ hidup kita memang macam movie pun..eh tak, drama banyak haha :P




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, November 14, 2011

L - Lelaki....seperti dia

yeah salamunalaik! hari ni huruf L..hehe lelaki seperti dia..wahh..tiba-tiba teringat lagu tu..tapi aku bukan nak cakap pasal lirik tu..ubah sikit boleh? ngee 

memang tak ada lelaki seperti dia
tapi yang lebih baik banyak..dah tentu!
memang tak ada lelaki sehebat dia
tapi yang lebih hebat banyak haha! weerrkk!
maka tak perlu kususah hati
banyak lelaki yang bisa  kupilih
untuk  kujadikan sandaran hati weeee~
memang tak ada lelaki seseksi dia..oh yes dia seksi! -___-"
tapi yang lebih seksi banyak uuuu~
memang tak ada lelaki setampan dia..hurm boleh la kot
tapi yang lebih tampan banyak..susah bai cari!
maka tak perlu sedu sedan itu
jangan sampai kumerendahkan diriku...um..my ego saves me

ok dah..nanti ade orang saman aku ubah-ubah lirik haha :P ala, ada je orang yang lebih baik kan? hehee..

mood nak kawen sekarang jugak! sebab tiba-tiba tension kawan-kawan dah tunang, bakal berkahwin dan dah berkahwin..ada yang dah ada baby okay! apa-apa pun gembira untuk mereka..perjalanan aku masih jauh lagi...chill sudah! kerja, beli boyfriend (kereta la) dulu baru kawen!




psst~ entri motivasi untuk diri sendiri ni..but he's all that i want kot..tak nak yang lain boleh? ok nak..tapi sama macam dia boleh? *mengada*


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, November 12, 2011

K - Kawan

selamat petang! hari ni huruf K pulak..KAWAN..ataupun sinonimnya sahabat, rakan, taulan etc. mungkin anda rasa maksud setiap perkataan tadi tu berlainan dan diukur berdasarkan rapatnya dua orang insan tapi pada aku maksudnya sama je..

mungkin aku bukan seorang kawan yang baik..dulu la..masa sekolah rendah dan sekolah menengah..mungkin pernah rasa kurang senang dengan kawan-kawan, mungkin ada jugak aku mengata belakang tanpa sedar, biasa la kan, budak-budak baru nak kenal dunia..

hahaa..aku baik la sebenarnya (weeheehee masuk bakul angkat sendiri) sekarang, fikiran lebih matang daripada dulu dan pengalaman banyak mengajar tentang hidup..kawan, mungkin tak sebaik yang disangka..kawan baik selamanya ataupun anda panggil BFF..so-called best friends forever pun boleh buat khianat pada anda..hurm tapi aku ada kawan baik..3-4 orang tak kira la alam maya ataupun dalam alam sebenar (you know who you are =)) dan kawan-kawan yang ramai lagi best! perghh sayang korang ketat-ketat! <3

weheartit

sekarang, aku lebih senang berkawan secara santai..tak renggang dan tak jugak terlalu rapat..nak cerita masalah, cerita je..kongsi apa-apa pun tanpa ada niat jahat dan lain-lain..ibu aku kata, "berkawan tu jangan rapat-rapat sangat, nanti ada masalah timbul, sendiri yang susah, sendiri yang tanggung" apa yang ibu cakap tu memang betul

mungkin antara kawan ada perbezaan pendapat..aku sekarang ni tak amik pusing benda-benda macam tu sebab aku fikir setiap orang ada pendapat masing-masing..masa tu berbeza pendapat, masa tu jugak HABIS..THE END..TITIK..tak bawak masuk dalam hati..tak ada nak terasa hati, sakit hati dan sebagainya..

mula la nak cerita kat orang pasal si fulan ni, si fulan tu tentang si kawan tu..cerita tersebar, orang pandang serong pada si kawan tu..macam segalanya si kawan tu yang salah..padahal cuma beza pendapat sikit je..padahal si fulan ni dan si fulan tu hanya tahu daripada sebelah pihak..benda macam ni yang rosakkan persahabatan

dan itu jugak la yang berlaku pada zaman sekolah dan zaman kolej universiti...betul tak? mungkin juga berlaku di alam pekerjaan..

bukan senang nak cari kawan macam tu..yang santai macam kita jugak..BOHONG kalau tak ada sikit pun terdetik dalam hati "aku tak suka perangai dia yang ni dan yang tu" tapi, apa hak kita nak nilai dia, nak hukum dia dengan sebar cerita..lagi teruk, fitnah? 

weheartit


semua orang tak sempurna..

jadi, aku nak mintak maaf kat semua kawan-kawan, tentang zaman persekolahan kita dulu yang mungkin ada terlebih dan terkurangnya..jika ada la..kalau tak ada huhuu alhamdulillah (rasa memang macam tak ada pun =P)

0 - 0 boleh? 



psst~ pergh panjang aku bebel.. >_<




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, November 11, 2011

J - Jemput-jemput


hyep! aku hampir terlupa hari ni huruf J..al maklum la sibuk dengan kerja..hihii okay, seperti tajuk jemput-jemput..ni perkataan orang johor tapi orang negeri lain panggil cucur ataupun cekodok..haha dua-dua pun sama je..

ada banyak jenis jemput-jemput seperti jemput-jemput udang, pisang, ikan bilis, bawang, kurma, kentang, keledek, manis, nasi pun ada! tak percaya? cuba la google..ngee..tak tau rupa jemput-jemput atau cucur ataupun cekodok ni? gambar bawah ni jemput-jemput pisang


aw aw aw! sedapnye..jemput-jemput ni bahan asasnya tepung gandum je..yang lain-lain tambahan..anda nak goreng adunan tepung dan air sahaja pun boleh..namanya tetap jemput-jemput tapi kurang sedap la sebab tak ada flavour kan..tu yang letak pisang, bawag, ikan bilis, udang etc..senang je buat ni..orang lelaki yang jarang pergi dapur pun boleh buat..cuma kena pastikan jangan terlalu sikit air, jangan terlalu lebih air dan garam jangan lupa!

aku tengah mengidam jemput-jemput ikan bilis ni...hurm dah lama tak makan jemput-jemput ikan bilis ibu..selalunya aku je yang buat kat rumah...ye la aku dah besar kan..sekali mintak ibu buat, ibu cakap "pergi la buat sendiri, senang je pun" okay, sangat hampa T_T

nak resepi? klik je kat gambar jemput-jemput pisang tu.. :)




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, November 10, 2011

I - i l o v e y o u


assalamualaikum..semalam sedih tak tentu pasal..masa buat entry tu (petang) tak ada la sedih..biasa je..cuma mungkin tu yang dirasakan sejak pagi tapi tak dilayankan sangat..entah la ada kaitan dengan masa, tarikh ke apa..baru perasan kejap tadi pasal tarikh tu..genap dah rupanya..hurm..hari ni huruf I pulak..

cuba anda pergi kat google translate, taip perkataan ni "iloveyou" lepas tu klik ikon speaker/listen..sebutannya bukan i lep u ye..hihihii..okay that's not the point..

weheartit

sebenarnya aku nak cerita pasal semalam je..malam tadi main tweet unmensi dengan mRa sambil godeh-godeh facebook orang..tiba-tiba nampak pos lagu orang tu share..terus cakap ******* (bukan perkataan mencarut ye..tapi ada la, tak boleh bagitau kat sini) dan menangis..ye, entah apa-apa la kan budak perempuan ni..kira macam kemuncak hari semalam la..haha 

terus tweet nak tidur sebab malas la nak menangis bagai..berhenti menangis, shutdown lappy, capai roti sumbat dalam mulut..lompat atas katil..oh cuba la teka..aku menangis semula!! nangis sambil makan roti..capai fon, tweet sms pulak..mRa cakap "confirm masin weyh kau bagi jem air mata.." >_< 

lepas tu macam terdiam kejap sebab tersedak roti sebab baca tweet mRa (jangan gelak la!)..disebabkan 1 lagu tu je boleh menangis sampai tertidur..heh aku tak nak la menangis lagi sebenarnya tapi air mata ni je yang gedik nak keluar..aku ikutkan je rentak mata ni..

tapi hari ni dah okay dah =)



psst~ dia ajar ni dulu: India Lima Oscar Victor Echo Yankee Oscar Uniform




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, November 9, 2011

H - Hati

a year and few months ago....









wordless wednesday #5


psst~ asik dengar lagu kisah hati je ni...




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, November 8, 2011

G - Gigi


selamat petang! hari ni huruf G..nak cerita pasal gigi (apa lah cerita pasal gigi..tak ada benda lain ke nak buat entri?) sebab aku sekarang ni tengah buat assignment berkaitan dengan syarikat Colgate-Palmolive haha..tengok website dia penuh dengan ubat gigi je tu yang sampai entri blog pun nak buat entri gigi :P

anda tengok gigi orang ni dulu..cantik kan?


jeles okay ngan orang gigi tersusun rata sempurna macam ni..maka aku pun pergi la jumpa doktor gigi bagi membetulkan gigi yang ke depan ke belakang ni..ye, tengah pakai pendakap gigi ni..bila entah nak siap


cakap pasal gigi ni..aku tengah cuak je..bila gigi bongsu aku nak tumbuh ni?? tak faham kot..orang lain yang muda daripada aku dah tumbuh 4..aku 1 pun tak tumbuh lagi..umur aku dah lebih 21 kot!!!!!! arghh! hari tu masa buat braces dah kena cabut 4 batang (tengok gambar atas, 2 gigi yang first molar, kiri kanan belah atas dan 2 bawah, second premolar)

disebabkan 4 gigi bongsu (third molar yang sepatutnya keluar pada umur 17-21 berdasarkan gambar atas tu) belum menunjukkan dirinya, maka gigi aku sekarang ni kurang 8..sadiss T_T langsung tak ada apa-apa tanda pun nak keluar..nak tanya doktor tak tertanya-tanya..lupa je..budak perempuan ni ada gigi 24 batang je..jangan gelak ah! :(


psst~ 4 gigi bongsu anda dah keluar ke? amacam? best tak? :P




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, November 7, 2011

F - Fakta...lagi~


hyep! hari ni habiskan masa berada di jalan raya je..hari ni dah kena balik kolej sebab esok ada kelas..tak menyempat nak update..okay..ni tentang fakta yang tidak dibuktikan dengan kajian saintifik tapi semuanya betul dan memang kena dengan kehidupan seharian..terutamanya perempuan..hehe okay lelaki pun boleh apply jugak..kot.. :P

























































































huhuu dah la..banyak dah tu..nanti post lagi hehee

nak tau apa yang aku buat ni? sila klik sini dan untuk entri-entri ABCDE sila la anda lihat archive kat sidebar.. hehe :)



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails