CREDITS TO WEHEARTIT AND GOOGLE IMAGES FOR THE GREAT PICTURES

~friendly friends~

Tuesday, March 27, 2012

biarkan aku~


kadang kala kita perlu menyepikan diri 
memberi ruang kepada diri 
untuk mencari identiti 
yang hilang dari realiti ditelan mimpi 
kadang kala berseorangan itu indah 
kerana hilang dalam keramaian boleh membawa padah 
bila diri terlalu asyik dengan dunia yang penuh helah 
hal yang lebih penting tak diendah 
sungguh aku rindu 
kepadanya sangat selalu 
akhirnya aku yang termanggu 
hiba dengan kesedihan lagu 
sendirian menangis di sudut 
mungkin jua sampai semput 
tiada daya dan udara lagi hendak disedut 
mungkin sampai sudah berkedut 
tiadalah aku tahu mengapa 
rindu renungan dari redup matanya 
rindu senyuman comelnya mempersona 
rindu suara kematangannya yang menggoda 
aku rindu semua itu 
jangan ditanya begini dan begitu 
kerana hanya Dia yang tahu 
biarkan aku...biarkan aku 


cc: weheartit




psst~ 
berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tak selalunya bahagia, sedekahlah satu senyuman walaupun hati tidak dapat menahan air mata hati daripada mengalir, hiduplah dalam iman walaupun hidup ini penuh dugaan, berpeganglah kepada Allah walaupun Dia tidak kelihatan 


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, March 23, 2012

stalk | stalker | stalking


salam jumaat! kat rumah dah..ingat nak celebrate kejayaan adik aku yang tak berjaya mengalahkan kakak dia yang pandai ni. pfft..abaikan ayat tersebut...ngek tahu tak? aku tertinggal hadiah dia kat kolej..diam dan sabar je la..terpaksa tipu cakap aku tipu je cakap ada hadiah..erm aku tak faham la intro aku sendiri tulis sebab tengah sakit perut ni.. >_< sila faham kalau entri ni tidak menepati cita rasa anda


berkenaan tajuk..kalau anda seorang stalker, anda buat kerja-kerja stalking la kan? mari perhatikan ciri-ciri seorang stalker pro a.k.a penembak senyap a.k.a penghendap (tertakluk kepada internet stalker sahaja)

1. dia tak perlu buat akaun twitter, facebook, blog etc. yang palsu untuk menghendap orang yang hendak dihendap
2. dia tak perlu nak hack akaun orang yang dihendap pun
3. dia tahu kalau ada penghendap lain yang menghendap dia
4. eh aku tak tau la apa lagi..anda tambah boleh?

kenapa nak menghendap ye? 

lelaki menghendap perempuan dan sebaliknya? itu normal..mungkin sebab minat dan suka..tapi awas jika yang dihendap itu bekas kekasih! sebagai orang yang dihendap (jika anda tahu), anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda post-kan di laman web dan laman sosial anda..si penghendap mungkin sakit hati dan bertindak agresif..normal jika anda menghendap bekas kekasih, tetapi berpada la..yang pergi, biar dia pergi..berhenti berharap..sobs! kalau dia kembali, anda tumbuk dan tampar muka dia 3 kali lepas tu anda lari hehee :D

perempuan menghendap perempuan? aaaa biasa juga..kadang-kadang perempuan yang dihendap itu yang menggantikan tempat anda di hati bekas kekasih..sebab nak tahu perempuan tu baik ke tak, elok ke, sesuai ke, memang jenis perampas ke..haa anda list-kan sendiri aku tak kuasa nak list-kan panjang-panjang..ada juga yang berhati busuk, hendap sebab nak buat cerita dongeng tentang yang dihendap tu..walaupun tak dongeng, namanya tetap mengumpat..tak baik tau..tolong ingat tuhan! 

lelaki menghendap lelaki? ehem! yang ni aku tak tahu nak ulas apa..eww..songsang mungkin? mungkin juga tidak..cuma nak buat SWOT analysis ke atas orang yang dihendap..untuk bisnes mungkin..ataupun cuma ingin bersaing untuk mendapatkan seorang awek? nak berebut? nak tau perkembangan bekas kekasih dengan orang yang dihendap..lelaki perempuan dua kali lima, dua puluh lima je..

ada penghendap yang berbahaya, ada yang sekadar menghendap je tanpa ada niat apa-apa..walaubagaimanapun, berhati-hatilah..kita tak kenal siapa yang menghendap tu, mungkin baik mungkin jahat..apa-apa pun kita minta perlindungan daripada Allah..



psst~ jangan jadi stalker kalau tak pandai jadi stalker bebeh..sila lihat nombor 3..budak perempuan ni stalker ke?? hahaa :P


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, March 20, 2012

baik-baik sayang turun tangga tu~


saya tak boleh dengar lagu ini..intro lagu pun tak boleh..sikit pun tak boleh..



kenapa? sebab ni:

tadi jatuh tangga *buat muka sedih minta lempang*
dah jatuh belum?
dah..macam tu pulak dia cakap kat kita?
hmm..apa yang sakit? kaki?
entah, terseliuh kot ni
turun tangga tu baik-baik sayang..jangan cuai-cuai
mana tau nak jatuh, malang tak berbau..
dah jangan nangis lagi..

***
~baik-baik sayang pergi kelas tu
~baik-baik sayang buat kerja..
~baik-baik sayang, jangan main panas nanti sakit kepala
~baik-baik sayang jalan, nanti jatuh..
~baik-baik sayang..guruh guruh ni jangan pegang besi, main hujan semua..ishh kata takut guruh?
~baik-baik sayang..main hujan pulak dia..balik nanti terus mandi!
~lailahaillallah muhamadur rasulullah..baik-baik sayang! nanti kita tak ada siapa nak pesan macam ni lagi?!


tak ada orang nak pesan macam tu lagi...nangis sendiri je...dia? ada..tapi tiada....







MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, March 18, 2012

ABUDEN?!


selamat pagi! berkenaan tajuk..pernah dengar tak? dan pernah tengok video ni tak? belum? anda tengok dulu..



dah faham dah abuden tu apa? hahaa..aku dah lama tak dengar perkataan ni..last dengar zaman sekolah.. bila kawan-kawan (kebanyakannya kawan-kawan cina) sebut "abuden" ni macam dah lali..yang aku tau "abuden" ni maksudnya lebih kurang "habis tu?ada yang kata 'abuden' ni asal daripada perkataan "ah but then?", kalau omputih sebut "duh!" tapi entah la..kurang pasti..

kiranya macam orang tu dah nampak kita buat apa, tapi tanya lagi kita sedang buat apa...geram kan? dah nampak kita tengah buat apa, lagi mau tanya! kita semua pernah je buat ni..tapi itu bukan satu kesalahan pun..orang kata berbasa-basi..nak memulakan perbualan..biasa la tu kan? tapi....

ni slanga orang malaysia..jangan tak tahu pulak..bila jumpa orang cakap perkataan ni, anda jangan tanya balik apa maksudnya hahahaa kena tampar nanti sebab orang tu dah geram :P



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Thursday, March 15, 2012

Saya Mahu Dia


salamun 'alaikum..sekarang ni, ketika ini,  detik ini rasa macam nak pegi ke tempat macam ni...


tinggi bukan? best kot! suka duduk tempat tinggi..kalau boleh nak macam gambar ni..tengok sunset ke sunrise ke..memang syok...last tempat paling tinggi pernah dijejaki kat tempat kereta kabel kat langkawi tu..terfikir hikmah di sebalik penciptaan gunung ganang ni dapat menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan ciptaanNya..nak naik gunung Kinabalu lepas ni boleh tak?

saya perlu ruang..saya juga sensitif seperti anda yang sensitif...cuma, saya kurang menunjukkannya...saya perlu ruang dan masa...saya mahu Dia sahaja di sisi ketika ini..




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Tuesday, March 13, 2012

isu rotan


salamunalaik..isu rotan berputik berbunga dalam kepala otak budak perempuan ni secara tiba-tiba, terus taip untuk mengelakkan daripada terlupa...tapi gua banyak isu lain nak diketengahkan ni..gua dahulukan isu ni ye..hehee (apehal gua gua gua? guava ke apa ni? hurm dah lama tak makan jambu)

ROTAN

pernah kena rotan? apa? tak pernah? shame on you! kena rotan la sedap! hahaa..ok serius..ada satu masa dua tiga tahun lepas pasal guru rotan murid, ustaz rotan budak mengaji dan sebagainya..bila aku dengar pasal ni, tak hairan bin ajaib pun..tapi yang peliknya, ibu bapa mengamuk sebab anak kena rotan..pfftt!

nampak budak perempuan ni manja gila dengan ibu ayah dia? jangan tak tahu budak perempuan ni pernah kena tali pinggang, rotan buluh, batang payung, batang paip, penyangkut baju..anda namakan benda lain..lebam lebam kaki tangan..nampak macam kena dera kan? tapi tak pernah pula tapak tangan hinggap kat muka, tak pernah buku lima dan tapak kaki hinggap kat mana-mana bahagian badan..tak pernah berdarah mengalir, tak pernah ada tulang yang patah retak pun...

tapi semua tu zaman kanak-kanak..mereka rotan sebab sayang..aku faham..bukan senang nak didik anak-anak..tambah tambah zaman syaitan semakin ligat menghasut, menarik ke neraka..tak pernah salahkan ibu ayah yang menyebabkan lebam di badan..aku lebih takut daging kat badan ni hancur dilibas cemeti api Zabaniyah, kemudian cantum balik, kena libas lagi dan berterusan begitu sampai entah berapa ribu tahun >_<

masih belajar, dan terus belajar..salah silap, marahkan aje budak perempuan ni..tapi jangan rotan sebab entah sejak bila budak perempuan ni tak tahan sakit..sayang sayang je boleh..hahaha larikkkkkkkkkkk



psst~ tak suka bukan bermakna tak pernah berbunga-bunga hati ni..malu je...




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Sunday, March 11, 2012

amnesia minor mungkin?


LUPA

assalamualaikum..manusia memang sentiasa lupa..perkataan "manusia" yang berasal daripada perkataan "insan" yang diadaptasi ke bahasa melayu daripada bahasa arab dengan kata dasarnya "nasia" membawa maksud LUPA (perghh ayat nak macam kamus je)

nak cerita pasal lupa memang susah sebab 2 3 minit lagi aku lupa nak taip apa..hurmm sat na, ada orang call ni.......ok, kena lagi 44+1 hari..selalu macam tu..tahu tak sedih? (tiba-tiba keluar lagu Aishiteru dari speaker lappy)

off topic pula..apa ah tadi? tengok, dah lupa nak taip apa ni..entah gara-gara call tadi ataupun memang aku ni pelupa..call tadi tu betul..aku tak tipu..aku lupa ni pun tak tipu..sebab tu kadang-kadang amik masa lama nak tulis 1 entri pendek pun..

tak kan setiap masa nak catat kat kertas apa nak dibuat, akan dibuat semua? short term memory ni dah semakin kritikal..perlu ubat tak? kalau ada ubat pun aku tak mahu! maka, setiap kali wuduk, masa basuhan untuk kepala, aku niatkan di hati supaya Allah kuatkan daya ingatan, mudah terima ilmu dan sebagainya..

bukan la terlupa semua perkara..ada perkara yang boleh diingat dengan sangat-sangat baik..cuma kadang-kadang keterlupaan tersebut mengganggu aktiviti seharian..dalam kes terbaru, aku hilang fail entah letak di mana..dua hari berturut..hilang petang selasa, dah jumpa rabu lepas, hilang semula pagi khamis, perasan fail tu hilang hari sabtu..aduhaii macam mana gua nak buat kerja beb? lu bagi tau sama gua sekarang apa mau buat ni?

ye aku lemah, aku lalai, aku pelupa..aku lupa mengucapkan "alhamdulillah" bila ketemu semula dengan fail itu kelmarin..ampuniku ya Allah! sememangnya Dia sahaja yang tidak pernah lalai dan tidak pernah tidur..

tolong ingatkan aku selalu :( 



psst~ jangan lupa Allah, nanti Dia lupakan kita...keterlupaan kita terhadapnya tidak memberi kesan kepadaNya tapi bila Allah sengaja melupakan kita, impaknya susah nak cerita hatta dalam belog sekali pun



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Friday, March 9, 2012

saya cintakan awak sampai mati

assalamualaikum..sebelum apa-apa, ni bukan entri jiwang geli geleman tentang pasangan bercinta ew ew ew tu (ermm budak perempuan ni tak suka la romantik geli geli tu, suka yang comel comel je haha motif sertakan snipet ni apakah?) hurm..aku tengok satu video lakonan seorang artis freelance ni..tak mahu komen tentang video tu, yang aku nak komen pasal tajuk entri ni..

ermm..macam over kan ayat tu? bukan main, sampai mati punya cinta..bila hilang, boleh mati rasa tu..faham dah kenapa orang yang putus cinta rasa nak bunuh diri, faham dah kenapa rasa tak nak hidup lagi, faham dah kenapa rasa hidup dah tidak bermakna, faham dah bila alam sekeliling rasa gelap gelita...faham sebab pernah rasa...tapi choiii semua tu!

check check! anda cinta mati kepada Allah dan Rasul tak? kalau hilang cinta Allah dan Rasul ada rasa macam tu tak? lain halnya pula keadaan dunia masa kini, hilang cinta manusia..sakit..memang sakit..sedang kita berharap si dia menemani hidup kita, tapi takdir berkata lain..sedikit demi sedikit kebenaran yang tersingkap..lepas seminggu, kebenaran yang 1 diketahui, lepas sebulan, kebenaran yang lain pula dan seterusnya..


source: weheartit

"sabarlah.." 
penat dengar perkataan tu kan? cakap senang kan? berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..ketahuilah, sebenarnya lebih berat lagi menanggung air mata di hati berbanding mengesat air mata di pipi..(tiba-tiba keluar lagu Rossa - Hati Yang Kau Sakiti dari speaker lappy >_<)

sayang, kupetik kata-kata ini untukmu, "jangan resah bila ada yang membencimu di dunia, tapi resahlah sekiranya Allah yang membencimu, kerana yang demikian berlaku, tiada lagi yang mencintaimu di akhirat nanti" (Imam Al-Ghazali)

entri ini didedikasi untuk teman tersayang..yang mengadu nasib hal begini kepadaku..serba serbi tempias terkena juga pada diri yang menaip ni dahulu..bertuah aku ada kawan-kawan realiti dan alam maya blogger yang support...bertuah beliau ada kawan seperti aku (hehee..saje je enteprem)..bertuah kita ada Allah yang masih menyayangi kita..semuanya berlaku sekarang, jangan nanti berlaku bila dah beranak-pinak..Dia dah tentukan yang begini untuk kita sebab Dia sayang kita

tabah okay! aku boleh, kau pun boleh! walaupun rasa dan ceritanya tak sama, namun kita sama-sama manusia yang ada hati dan perasaan..percayalah, bila semua kebenaran dah diketahui, rasa sakit tu akan beransur hilang..ada hikmahnya kita mengetahuinya sedikit demi sedikit..ingat ni satu perkara, aku sayang kau!

klik SINI untuk lihat video yang aku maksudkan di atas.



psst~ every broken heart is different...nope, takkan sama langsung


MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Wednesday, March 7, 2012

meow meow pakai stokin putih!

hyep! budak ni sedang cuba untuk tidak membuat entri merapu..i know, tak ada orang nak baca..haha..okay, pernah nampak kucing pakai stokin putih tak? bukan pakai stokin betul betul pun..cuma bulu kat kaki kucing tu warna favvy budak perempuan ni..heee

sumber: google images 
gugel la..aku mana ada kamera cecanggih tu..nak angkut semua meow ni amik gambar, memey dok eyh..















heheee meow pun pakai stokin ye..suka kucing macam ni sebab extra comel! dah lama tak ada kucing stokin putih macam ni..

pernah ada kucing macam ni tak?


psst~ kenapa mesti ada rasa sense of belonging ni?




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Monday, March 5, 2012

You | Awak

um..kerja sekolah dah siap..tapi...entah....tak tau la nak cakap macam mana..cuba baca lirik ni..agak-agak kenapa?

You - Nur Janah Allia
you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do


psst #1~ tak faham kenapa menangis lebih lebih ni...hati tisu much? yeahi am..sensitif tahap...entah
psst #2 ~ sorry anda semua..ingat nak jalan lompat-lompat happy kat rumah anda, tapi lain pulak jadi ni..
psst #3 ~ gastrikk! tak makan dari pagi sebab siapkan kerja sekolah..ingat lepas tu boleh freely cakap dengan....anda sambung la ayat tu sendiri..tak mampu nak sambung :'(
psst #4 masa masa ni la aku nak rindu laut..laju gila dah air mata ni..dah la



MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

Saturday, March 3, 2012

sebu!

blogging jap boleh? aku tak tahan rindu kat belog budak perempuan ni...siapa lagi nak rindu belog ni kalau tak aku kan?

salamun 'alaikum..bangun pagi tadi rasa sebu je...perut mungkin sebab 1 hari ni tak selera makan, lepas tu perut sakit sakit..sebu nak gastrik la tu (ye, kat sebelah lappy ni ada semangkuk nasi lebih kurang 10 sudu makan+2 ketul kentang potongan besar ibu jari dan beberapa cubit isi ikan..) tapi bukan sebu ni yang aku nak bebelkan

hidup..rahsia tuhan..kita tak tahu rancangan dan ketentuan Dia..tak tahu apa di hadapan, apa rahsia di belakang, kiri dan kanan..terkadang tu rasa bahagia, terkadang rasa derita..kejap ada air mata, kejap nanti gelak ketawa yang keluar..

 hidup ni tak pernah terlepas daripada pilihan..pilihan yang di kelilingi ketidakpastian, berisiko, ragu-ragu dan sebagainya..terkadang tanpa kita sedar, mood kita hari ni pun kita sendiri yang pilih..terkadang tu rasa macam tak ada pilihan lain..


favvy bracelet..tak ada motif letak gambar ni -__- buat ada ada je


hidup ni kalau tak pernah rasa cemburu dan iri hati, itu BOHONG...tolak iri hati, bukan itu yang aku nak persoalkan..terkadang kita salah tempatkan cemburu tu bagaimana, kenapa dan wajarkah rasa cemburu tu..pada aku, cemburu tu salah satu cara nak tunjuk tekanan...ketidaksukaan dengan tujuan risau..risau terhadap apa? siapa? fikir sendiri..

bukan juga tentang hidup yang aku nak bebelkan..hidup budak perempuan ini baru 22 tahun 5 bulan lebih kurang..tak layak rasanya nak membicarakan tentang hidup..garam tak cukup masin, asam tak cukup masam tapi masih boleh buat perut terkoyak..kiasan much? yes, budak perempuan ni suka kiasan dan entri pula semakin berat dengan kiasan yang entah ada orang faham atau tak..dah la..kerja sekolah pun tak siap lagi..



psst~ hati sebu...




MySpace Graphics
~maaf kerana penggunaan 'aku' pada yang lebih berusia~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails